Followers

Saturday 12 February 2011

RAWATAN KAK RAW GEDANGASA

Semalam, hari Jumaat ada tengok pasal rawatan Kak Raw yang kat Gedangsa tu. Ermm... menarik minat saya untuk mencuba tapi jauh la plak. Ada bertanyakan pada hb, tp hb kata memang jauh. Jadi saya ingin minta pandangan dari anda, sesiapa yg pernah membawa anak ke sana utk mendapatkan rawatan dari Kak Raw. Boleh tak anda berkongsi pengalaman anda.

Apakah perubahan anak anda setelah mendapat rawatan tersebut?
Berapa lama sekali sesi rawatan?
Apa yang diperlukan?
Berapa bayaran yang perlu dibayar?
Adakah ianya menyakitkan anak dengan balutan tersebut?
Hari apa dan waktu rawatan, sama ada pagi, tghr atau petang?

Dalam WHI semalam, terdapat 2 org anak syurga yg telah mendapat rawatan Kak Raw telah byk berubah dari baring sahaja dah pandai byk benda, anak Afiq dan seorang lagi (sy lupa nama) yg teldah pandai menguruskan diri, pandai berhias dan dah pandai menolong di dapur. Memang saya kagum dengan anak-anak ini. Saya sangat2 memerlukan pengalaman anda untuk saya menimbangkan bagi mencuba pada Ainie. Bukan saya meragui kebolehan Kak Raw, cuma saya ingin mengukuhkan lagi keyakinan tersebut. Terima kasih.

9 comments:

  1. Jue, rawatan Kak Raw mmg berkesan. jue boleh rujuk blog fieza. Dia dah byk kali try.. nmpk perkembangan positi pada sofie tp skang pc dia prob, lama dah tak update blog tpi jue still boleh rujuk sana kay... url: http://umisofie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Jiey penah bwk Ian skali.. Tapi tak proceed.. :P
    Ina, Put, Ita n Zura, masing2 setia bwk anak-anak gi kat Kak Raw.. Mesti diorg leh bg info..

    ReplyDelete
  3. azma : time kasih azma..

    jiey : tq.. tu ada baca kat blog jiey yg jiey pernah bw n Ian mngis yer? tu yg takaut nak bw tu.. tq, jiey

    ReplyDelete
  4. Kalau jue nak tau boleh baca entry2 ina dalam label rawatan..ada ina cerita tentang rawatan kak raw.Ina bawak nabila since umo dia 11 bulan lagi...

    ReplyDelete
  5. teringin nak pergi, tp jarak yg jauh n keadaan suami tdk mengizinkan

    ReplyDelete
  6. ina : o yer ker.. thanx ina..

    jue : tu la.. ni tgh nak timbg2kan..

    ReplyDelete
  7. sy bwk pegi dalam 20minggu gitu..rawatan stat jam 8pg tp kena beratur amik no..biasanya sape gi kul 7 pg giliran anda adalah waktu ptg..byran seikhlas hati..perjalanan dari putrajaya sejam lebih ke 2 jam ikut laju mana bwak keta...sy dh brenti pegi sana atas sebab yg kukuh bg keluarga sy n habib...ibu2 yg lain kt anak mereka bertmbh baik ke sana..so cubalah mana tau serasi ngan aini...

    ReplyDelete
  8. jue....tak salah kalau nak cuba....

    sebelum kami decide utk gi kak raw, kami pikir panjang2 dulu...kami dok jauh...nun di skudai...setiap hari jumaat malam, lepas keje mulalah perjalanan kami...jumaat malam balik mlk...pagi sabtu tuh bertolak dari mlk ke gedangsa...

    mmg penat...tapi alhamdulillah, penat kami berbaloi....sejak gi kak raw, perubahan paling ketara pada yusuf ialah, tido malam dia dah nyenyak...kalau tak, dulu, 3 tahun yati tak penah tido nyenyak...yusuf bangun tiap2 malam,menangis, mengamuk....

    2nd thing, dia semakin aktif n ligat....

    tapi yati percaya, stimulasi,therapy pun perlu seiring...bukan just rely on rawatan alternative semata2...

    cublah try...mane tahu serasi....esok yati nak ke gedangsa....jom...boleh jumpa...;)

    -haryati yaacob-

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete