Followers

Wednesday 22 June 2011

BERKONGSI DEBARAN

Salam semua...

Selasa yg lepas bawa Aini g fisio terapi di PPUM. Aini diperkenalkan dengan alatan baru. Lupa namanya. Nanti saya update berserta gambar sekali. Cam biasa, Ainie akan menolak, tp alat ni sangat bagus utk Ainie praktikkan. Ia sesuai untuk melatih Ainie yg malas untuk berdiri. Harganya agak mahal sikit.

Ok, berbalik pada tajuk di atas, pada ari Selasa tu jugak masa dalam lift di PPUM, saya dapat call dari Karangkraf. erkejut gak, apahal plak diorg call. Rupa2nya, diorg terjumpa BLOG KRAF saya dan tertarik untuk buat shooting dengan saya. Ermmm...mula2 cam tak nak tp bila fikir balik peluang datang sekali, so seya pun memberi kata setuju. Dan insya allah ari Kamis ni, kul 10.30 pagi diorg datang. Harap2nya berjalan dengan lanjar. Berdebar gak ni. Doa2kan nyer kawan2. Saya akan update yg lain dientry akan datang.

Thursday 16 June 2011

Minta Maaf....

Salam semua...

Maaf saya pohom sebab blog saya sekali sekala jer sy update..
Bukan apa, saya agak bz kebelakangan ni dgn aktiviti2 yg sy sendiri cari, bukan apa tuk tambah pendapatan,...hehehe..nak tau apa saya nyer aktiviti?
Meh saya list sikit:-

1. Ambik upah menjahit barut baby - sapa2 yg nak beli barut baby, blh roger sy.

2. Sibuk wat kelas asas kraf - Ina ibu Nabila salah sorang murid saya...hehehe..harap2 Ina berpuashati dan ada sapa2 nak belajar g tau saya.

3. Sibuk gak wat kelas asas jahitan manik - permintaan kurang sikit n insya allh bulan pose ni ada projek masyuk..

4. Dah dekat nak raya ni, so dah mula terima tempahan jahit manik plak - Meh pakat anto klu nak tempah.

5. Sibuk nyiapkan tempahan kraf - Dah start anta kat kedai n org perseorangan yg nak jualkan. Sapa2 nak tmph tuk sbrg majlis boleh juga... Meh tgk kat SINI

Nak tau bila masa sy wat semua ni? Meh sy syer....

- Kelas kraf n jht manik sy wat pagi sambil jaga anak2 sambil ngajar. Anak2 tak saya abaikan, terutama Ainie.

- Siapkan tempahan, sy wat waktu malam. (Nasib baik anak2 tido awal.)

So, x ada masa sangat nak update blog. Tapi klu ada perkembangan terbaru dari Aini, saya akan update.
Cuma saya nak minta maaf kat semua, sy dah lama tak tinggalkan jejak kat blog2 kalian. Masa kurang mengizinkan. Sebenarnya hb tak berapa setuju sy wat benda2 ni semua, tp saya minat sgt n secara tak langsung boleh cari duit poket. hehehe... Alhamdulillah, ada saje permintaan. Rezki anak2 mungkin.

Thursday 2 June 2011

Terbaru Dari Ainie

Maaf videonya senget.. x reti nak betulkan...
Amat susah untuk dia ambil n suap sendiri ke mulut.
Walaupun dia pegang tak lama, tp alhamdulillah, akhirnya nak juga dia wat.
Teruskan anakku. Ibu bangga dengan mu.