Followers

Tuesday 10 August 2010

ORANG BARU (NO. 2)

Ermm...memandangkan ainie sudah pandai berkawan, so kami merancang utk mencarikannya kawan. Senang cerita adik la. Diawal kehamilan anak kedua, alahan agak teruk berbanding yang 1st. Kurang makan dan badan sengal2. Tetapi masuk trimester kedua, selera makan ku bertambah, terutama sekali makanan yang manis, coklat. Sehinggakan aku kena minum air glukos... Ohh, memang menyeksakan.. So lagi 4 hari nak chekc up, coklat aku elakkan, tapi bila dah balik check up, coklat lah yang akan aku makan dulu. Nikamat sungguh. Tambahan pila coklat memang tak putus2 ada dalam fridge..

Minggu berganti bulan dan hari sepatutnya aku bersalin pun tiba. Ermmm...kelahiran kali ni agak banyak dugaan. Hari aku masuk hospital, anak sulung demam. Sakit bersalin pun lain macam. sampai kena vacuum. Tiga jam pas tu boleh pengsan plak. NAsib baik mak turun dari kampung. So hb jaga anak kat rumah, mak jaga aku kat hospital.

Nak dijadikan cerita, sehari lepas aku bersalin hb plak demam panas. Aku berpantang di kampung. BAlik kampung plak, hb kebah, mak plak demam panas. Ohh...itulah penangan anak kedua, lelaki kot.. Memang banyak dugaan. So, nama anak lelaki ku Abdul 'Alim.

Lahir pada 28.5.2010 di KPJ Shah Alam seberat 3.35 kg. Alhamdulillah sepanjang berpantang tiada masalah dan tidak meragam. Aku bersyukur pada Mu. Cuma si kakak jeles ngan adik n adik jeles ngan kakak. Dah jd cam kembar plak.

Sunday 8 August 2010

ORANG BARU

Dua bulan perkahwinan, aku disahkan pregnant... Happy dapat berita tu. Alhamdulillah, tiada alahan teruk. kiranya semua berjalan dengan baik sekali.. Mengidam? Tak la tereuk2 sangat, cuma tak dapat makan kulat kayu jer..

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hari yang ditunggu pun bakal tiba.Pada 23.2.2007, jam 10.15 mlm, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel seberat 2.2 kg.. Walaupun tidak berpa besar, tp sakit utk melahirkannya Allah jer yg tau. Alhamdulillah, kami namakan bayi tersebut dengan nama 'Ainun Syafiqah (mata yang penyayang).

Sepanjang dalam pantang, syafiqah sangat senang dijaga. Tak banyak ragam. Masa tu aku masih bekerja. Setelah habis berpantang, aku pun mula bekerja n setiap kali bekerja, aku perlu mengapam susu sbb aku berazam utk memberi 'susu badan' pada anak sehingga umurnya 2 tahun. Kita merancang, Allah menentukan.

Baru 3 ari naik kerja, badan ku ditumbuhi dengan bintik merah. Mula2 nampak sebiji, tiba2 bila tgh hari tumbuh lagi 2 biji. Mula2 tak syak apa2, tp bila dah petang sikit, tumbuh pulak di muka. Hb bawa g kinik malam tu, n doktor sahkan 'chicken pox'. Doktor cuma kata x leh dkt dgn bb. Nak bg suntikan pun x boleh sbb bb kecil lagi. So terpaksa la aku bg susu tin. Susu ISOMIL sbb bb alergic dgn susu lembu.

Aku dihantar ke kg boleh suami sbb mak boleh jaga bb. Mmag aku tidak dibenarkan dekat dgn bb. Rindu tu. Tapi utk sementara jer. Bila aku hampir sembuh, lbh kurang seminggu, mak dapati belakang bb ada bintik merah, bila di bawa ke klinik, doc sahkan anak dijangkiti 'chicken pox' gak. So doc bg calamine lotion utk sapu pd badannya. Badannya agak panas sehingga suhu mencecah 38.5 darjah. Aku dan mak cuma pantau suhu badannya dengan letak tuala di bwh ketiak n leher seperti yg disyorka oleh sil. Alhamdulillah suhu turun.

Dua mggu gak la sampai aku ambil cuti tanpa gaji sbb pas tu anak x nak hisap botol. Susah gak nak apply cuti ni...mggu berganti bulan..anakku berumur 6 bulan..berat masih 4 kh lebih.. bulan2 check up kat Klinik Kesihatan Puchong, kita disalahkan. Kononnya bagi susu x betul la, susu yang dipump tu dah tercemar la, itu dan ini. aku juga yg dipersalahkan bila berat anak tidak memuaskan..

Kami mula berasa tidak puas hati apabila disalahkan cam gitu, n kami berpakat utk membawa anak ke hospital private (DEMC). Setelah berjumpa paed n bersoal jawab dgn paed, kami disyorkan utk membuat CT scan pada anak. Paed tidak kata anak bermasalah tapi nak kan kepastian knpa bb berkeadaan sedemikian. Aku dan hb mula rasa risau dan berbelah bahgi n wat ke tak nak. Sebab kosnya terlalu tinggi, anggaran 1k. Setelah berbincang dgn family, akhirnya kami wat CT scan di Sunway MEdical Centre.

Laporan diterima amat mengecekan hati aku sbg seorg ibu. Doc di situ mengatakan anak ku sindrom. Hati masih x puas. Kami terus ke DEMC berjumpa dgn paed. Paed meneliti laporan CT Scan tersebut. Paed tgk muka kami suami isteri. Aku memang hujan dari tadi lagi. Paed bangun n berdiri kat sebelah ku, sambil mengusapa bahuku. Bertambah lebat hujan kat DEMC.

'Puan, puan kena bersabar. Ini dugaan dari Allah. Puan dengar saya cakap baik2. Anak puan bukan Sindrom spt yg doc Sunway cakapkan tu. Tapi otak anak puan ada maslaah sikit. Otak kanannya kecil sikit dari otak kiri. Itu sebab dia lambat. Saya akan refer puan kpd paed kat SJMC pakar saraf. Insya allah puan, bykkan bersabar'..
Luluh hatiku bila paed tu kata cam gitu. Rasa cam tak mampu utk berjalan.. Allah jer yg tau perasaan ku waktu tu..

'Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini berat? Kenapa Engkau jadikan anak ku begini? Anakku lahir normal n tiada apa2 masalah, kenapa Ya Allah? Sekiranya aku pernah buat dosa, hukum la aku, jgn hukum anak aku, Ya Allah.' Aku seolah2 hilang pertimbangan dan menyalahkan takdir.

Mujur ada suami yang menenangkan aku. Airmata asyik keluar jer bila terpandangan anakku yang comel itu. Anakku begini adakah berpunca dari aku? Tidak menjaga nya dgn baik? Tidak makan makanan yang berzat?

Kami telah berjumpa dgn paed di SJMC. Paed juga mengatakan ia m b berpunca dari demam 'chicken pox'. Paed mengatakan anakku mampu utk berjalan tapi mungkin lambat. Bila, paed x dapat menetukan. Ia bergantung kepada dirinya. Aku n hb bersyukur bila dikhabarkan begitu. Sekurang2nya anak ku ada harapan utk berjalan. Insya allah. Kemudian kami diminta membawa anak membuat fisiotherapy kat PPUM.

Kami bersyukur, rupanya anak kami tidak la seteruk kanak2 lain di sana. Ada lagi yang lebih teruk dari anak kami yang menjalankan fisio di PPUM. Hatiku sebagai ibu tersentuh pada mula2 anakku menjalankan fisio tersebut. Aku tak sangka anakku akan berkeadaan sedemikian. Hatiku bertambah pedih, bila dia mula menangis. Mungkin dia berkata, 'ibu, kenapa diorg wat saya cam ni.. saya tak nak ibu..'. Ibu pun tak nak sayang diperlakukan begitu, tp sayang itu utk kebaikan sayang juga. Ibu dan ayah sayang kat aini. Ibu dan ayah sanggup wat apa aje untukmu sayang.

Anakku dijaga oleh ibu mertuaku. Akhirnya kami berpakat dan aku berhenti kerja semata utk menjaga anakku. Dan ditambah pula tempat ku bekrja kurang memahami keadaanku. Biar lah..Rezki ada dimana-mana. Dan tak sia2 aku berhenti kerja, apabila baru 2 minggu anakku telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik setiap kali p g fisio. Ada ajer benda baru dibuatnya. Dan menambah gembirakan kami bila beratnya naik 1 kg dlm masa sebulan yg sebelum ini hanya naik dalam 200 ke 500 sahaja. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah.

Pada bulan June sebelum aku berhenti, Wartawan dari majalah PA & Ma ada menelefon utk menginterview aku n anakku. Wah anakku glamor, kua kat majalah Pa & Ma, Keluarga n Mingguan wanita.



Bukan aku berbangga anakku masuk dalam majalah, tapi aku ingin beri kesedaran pada diri aku sendiri dan ibu2 diluar sana. Jangan jadi seperti ku yang pada awalnya sangat malu ada anakku istimewa macam tu. Mereka bukan minta dijadikan begitu, tp itu semua takdir dari Allah untuk menguji kita. 'Allah tak akan menguji hambanya, sekiranya hambanya itu tidak mampu'. Kita adalah hamba pilihanNya. Antara aksi2 anakku sayang.





Sudah 3 tahun 6 bulan umurnya sekarang. Cepat berjalan yer sayang. Ibu dan ayah sayang kat ainie.. MUUUAAAHHHHH..

CINTA..

Errmmm..CINTA..besar maknanyer nie... Kiranya pengalaman bercinta dengan hb tersayang..

Perkenalan 30.4.1996. Mesti u all nak tanya cam ner leh kenalkan.. Ingat lagi tak dengan 'Rakan Muda'.. Ye, saya dan hb adalah salah seorang yang mendaftar dengan Belia n Sukan Hilir Perak. Nak dijadikan cerita, BNS ada wat perkhemahan di air terjun Lata Kinjang, Perak, 2 ari satu malam..

Tak sangka plak hb pun p g sekali.. Mula2 jeling, pandang2 n tak sangka plak terus ke hati.. Ingatkan saya bertepuk sebelah tangan, rupa pihak sana pun rasa apa yang saya rasa. 'CINTA'lah.. Tapi CINTA tidak diluahkan diawal2 perkenalan.. KAmi lebih selesa berkawan.. Makan masa gak utk bercinta..

Dan akhirnya pada tahun 2000 hb meluahkan perasaan tersebut. Ermm, apa lagi, syok la... Banyak dugaan n rintangan kami terpaksa tempuh selama perhubungan tersebut. Dan akhirnya pada tahun 2004 kami bertunang, n pada tahun 30.4.2006 kami pun bernikah. Genap 10 tahun perkenalan. Kiranya dah kenal sangat hati budi masing-masing. Di harapkan perkahwinan ini kekal selama-lamanya disamping kaluarga tersayang.

Selamat Datang

Salam semua..

Sebenar tak tahu nak tulis apa kat blog ni. Errmmm..lagi pun tak reti nak citer apa. Tapi tak pe la, saje nak syer apa2 citer dgn kawan-kawan disamping menambahkan kenalan. Almaklum la, sejak jadi suri rumah ni, kawan terhad dan perbualan dgn kawan-kawan jugak terhad. Nak jimat kos. Tambahan pula atas cadangan seorang kawan, Ila namanya. Katanya, klu saya ada blog, diorg tau perkembangan saya selepas ni.

Oh, kawan..terharu dibuatnya. Yela, insya allah, lepas raya ni saya akan berpindah ke Aceh, Indonesia, ikut hb. Ada projek di sana. Mungkin setahun n mungkin gak 3 tahun. So, dengan adanya blog ini, diharapkan hubungan ku dengan kalian semua tidak terputus.