Followers

Showing posts with label PDK. Show all posts
Showing posts with label PDK. Show all posts

Friday, 24 February 2012

YB datang kat PDK Sri Cahaya

Pengerusi PDK, Pegawai JKM, Bendahari dan pelatih

 
YB Parthiban tgh berucap n alhamdulillah PDK dapat RM10k

Thursday, 23 February 2012

AINIE DI PDK SRI CAHAYA

 
Ainie tgh belajar

Ainie di standing Frame n dlm kelas LEGO

 
Ainie dalam walker n tgh menari sblm balik

 
Pelatih tgh bersukan

Wednesday, 4 January 2012

Pendaftaran Ainie di PDK Ijok

Salam 1Malaysia..

Hari ni semua ibu bapa g daftar anak tuk ke Tadika n sekolah Tahun 1. Sekiranya Ainie sihat seperti kanak2 lain, tentunya saya n ayahnya antara yang tersibuk untuk pendaftaran si anak. Tapi apakan daya, takdir Allah mengatasi segalanya.

Walaupun kami tak dapat merasai kesibukan mendaftarkan Ainie ke Tadika, tetapi tetap merasai mendaftarkan Ainie ke sekolah gak, PDK Ijok. Alhamdulillah, sangat menarik PDK Ijok berbanding dua PDK yang telah saya pergi. Bukan nak kata yang lain2 tak elok tetapi yang ini lebih menarik hati kami, rasa bersyukur sgt bila dah pindah ke Ijok. Kenapa saya kata menarik?

1. Ainie cuma pergi kelas hari Khamis n Jumaat sahaja. Sebab hanya budak2 yang belum boleh berjalan sahaja kerana perlu ikuti kelas terapi yg hanya ada pd hari Kamis n Jumaat.

2. Therapist akan datang pada minggu pertama n minggu ketiga setiap bulan. So klu kat sini dah ok, tak yah g ulang laik ke PPUM dah. Jauh tu...hehehehe..

3. Kawasan yang sangat selesa, luas.

4. Penyelia, Pn Rokiah yang sangat mementingkan kabajikan pelatih.

5. Cikgu2 akan mengajar (terapi) bersama2 dgn parent. Tidak seperti di setengah tempat, parent yg wat sendiri tuk anak mereka.

6. Yang membuatkan kami berpuasa hati, pelatih ada seramai 52 org. Tetapi tak semua datang serentak sbb penyelia Pn. Rokiah dah wat jadual supaya PDK tidak padat dengan pelatih. N kawan2 Ainie nanti ada seramai 8 orang je, so blh diorg bg tumpuan kat pelatih2 yg perlu terapi.

Wat masa ni, ni je yang saya baru nampak. Sok adalah ari pertama Ainie g 'sekolah'. hehehehe.. Nak juga perkataan 'sekolah' tu.

Sunday, 6 March 2011

AiNiE HePi Di PDK..

Salam bersiaran... Dientry lepas saya sudah berjanji yang saya akan syer aktiviti Ainie Di PDK. Bukan saya lupa, tapi disebabkan Ainie masih baru dan belum diletakkan di bawah cikgu mane, so cam tak semangat nak citer walaupun saya mmenag bersemangat nak anta dia ari2 ke sana. Saya bawa Ainie sebanyak 2 kali jer last week. Ye la, minggu percubaan. Dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan keramahan 'student2' n cikgu cikgi kat sana.

Apa yang saya boleh kongsikan mengenai aktiviti Ainie adalah:

1st day, kami sampai agak lewat (kul 10.00 pg) coz, mula2 nak cancel sbb EBM utk 'Alim lupa nak wat. Tapi bila pg tu, MIL suruh cuba bawa bb 'Alim. Baru masuk kete dah menjerit pekik nak kat ibu gak. Pujuk punya pujuk, tak makan saman gak. Last2 g tau MIL, cuba tgglkan jer. Alhamdulillah, elok jer bila tak nampak muka ibu dia yg comel ni. (hehehe..isi bakul angkat sendiri). Sampai jer, diorg tgh break off. Tapi ada cikgu yg sambut kami n kaki Ainie di massage dulu n cikgu tersebut mmg ada skill mengurut. Dan sekali lagi saya diberitahu yang Ainie akan berjalan suatu hari nanti. Alhamdulillah. Cuba perlu bersabar + usaha tanpa jemu. Ainie nampak sangat hepi kat sana. Buat la apa saje aktiviti kat dia, senyum memanjang. Dan bagi la apa saje makanan akan makan tanpa byk 'soal'. Klu tak kat rumah, nak wat exercise sikit jer, dah menjerit. Bagi la makan lain selain yg biasa dia makan, cth mee sup, akan diluahkan atau buat2 nak muntah. Bukan tu jer, siap wat mimik muka tak suka. Ainie-ainie. Mungkin di PDK tu ramai kawan.

2nd day, kami sampai awal sikit, kul 9.30 pagi. Ari kamis adalah hari bebas. Maknanya anak2 tak de kelas. Lebih kepasa karoeka. Dan saya tak sia-siakan masa yang ada dengan wat bebrapa exercise kat Ainie dngan alat yg ada. Di sana setiap pagi dan waktu nak balik akan ada nyayian dan tarian. Jgn tak tau, puteri saya sorang ni pun saya tari kan juga. Bukan main lagi dia, tersenyum dan bila time tepu tangan siap ketawa n menjerit lagi. Hepi..Bukan AInie jer yg hepi kat situ, saya pun hepi gak. Sebabnya kat sana semua anak-anak kat sana ramah tamah. Ada yg ditemani oleh ibu dan mereka juga ramah. Dan kami boleh bertukar2 citer. Bukan la sembang kosong, sembang kami berisi. Dan saya telah dirapati oleh seorg ibu yg mempunyai anak CP, Farah nama anaknya. Dulunya, tidak diberika harapan oleh doktor untuk anak itu duduk, berdiri dan berjalan. Kerana anak ni dulunya, tidak mampu langsung utk mengangkat kepala. Namun kini anak tersebut sudah pun berjalan ketika umur dia 8 tahun. Dan saya telah diberi harapan oleh ibu tersebut bahawa Ainie akan berjalan, cuba perlu usaha lebih n bersabar. Insya allah. Kami sedang ke arah itu sekarang.

Mungkin ada yang tertanya2, nape la saya tak letak gambar, kan? Bukan apa lupa nak menangkapnya. Maklum le, bila sampai jer, dah tak ingat nak ambik gambo, bila dah nak sampai rumah baru le teringat. Insya allah, di nest entry yer. Esok Ainie ada fisio kat PPUM, petang. Harap2 Ainie bagi kerjasama cam ner terapi OT.

Monday, 28 February 2011

PDK KLANG SELATAN LaGi..

Salam.. sejak 3 hari ni saya sangat sibuk sampai tak sempat nak blogging walking. Malam ni saya curi sikit masa setelah petang tadi cukup 'rehat' - lawan 'beradu' dengan puteri n putera yang comel. Sebabnya malam semalam pergi Tasik Putri kat Rawang g melawat SIL yg tak sihat. Zaman sekarang ni masih ada lagi orang yang suka 'membuat orang'. Dan orang Darul Syifa' dipanggil dan berlaku lah sesi rawatan. Waktu rawatan tu kami dah balik sbb paginya kena berkejar ke JKM Klang pulak.

Alhamdulillah,
Puan Siti Hajar ada di pejabat hari ni seperti yang dijanjikan. Kami telah pun mendapat surat permohonan dari JKM yg mengatakan kami akan menghantar Ainie ke PDK Klang Selatan. Pastu, kami terus mendaftarkan Ainie di PDK Klang Selatan dan insya allah Ainie akan start 'bersekolah' mulai esok. Saya hepi sebenarnya. Sebab saya mmg teringin merasai perasaan/pengalaman ibu-ibu diluar sana apabila anak2 mereka bersekolah Tadika diawal usia 4 tahun. Saya akan merasainya nanti, insya allah.

Semoga semuanya baik2 esok dan diharapkan perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar. Amin.

p/s: saya akan syer aktiviti Ainie di sana nanti, insya allah..

Saturday, 19 February 2011

Yeay!!! IbU LULUS!!!!..

Alhamdulillah...Happy rasanya. Dientry semalam saya ada menyatakan bahawa saya tidak jadi hantar Ainie ke PDK kerana hb tidak berapa yakin melepaskan saya drive seorg diri ke sana kerana keadaan yg sesak dgn kenderaan. Dan petang tadi, saya telah diuji oleh hb utk drive ke sana. Sewaktu pergi, di Klang sedang hujan. Alamak... Saya menjadi kecut. Saya tak biasa bawa kete dalam keadaan hujan dan sesak dgn kenderaan. Kalau di highway tu biasa la. Saya baca ayatul kursi banyak2, dan alhamdulillah perjalanan lancar sampai ke PDK Klang Selatan..

Tapi waktu nak balik saya kecut sikit sebab perlu melalui roundthe board besar. Tak ada traffic light plak tu. Masa pegi ada. Tapi alhamdulillah, dipermudahkan. Ye la, ari Sabtu, kan? Kete tak banyak sgt. Bila dah masuk highway balik, hb terus kata "ok, u lulus. So, nanti bawa anak2 ke PDK, hati2 yer sebab waktu bekerja, so kete banyak". "Baik abang. Insya allah." Berbunga2 hati saya bila hb kata LULUS. Ye la, sebab saya tak sabar nak anta Ainie ke PDK tu. Harap2 Allah pelihara perjalananpergi n balik kami nanti.

Friday, 18 February 2011

Dugaan..

Salam semua..
Mood minggu ni, tak berapa nak ada. Semuanya gara-gara kegagalan berurusan dengan pegawai JKM untuk dapatkan surat permohonan kemasukan Ainie di PDK Klang Selatan. Pegawai tersebut cuti, staff yang bertugas pulak kata, nak masuk PDK, mana ada surat. Masuk je la. Dan bila call penyelia PDK tak angkat la plak. Padahal hb dah kat sana. Last2nya balik dgn tangan kosong. Dan petang tu saya call semual penyelia PDK Klang Selatan n dia ternyata terkejut bila dimaklumkan masuk PDK tak perlu surat permohonan. Jika 7 tahun dulu yer, katanya. Surat itu perlu sekiranya berlaku apa-apa masalah dan proses pembayaran elaun. Ia akan lebih mudah. Adoi fening kepala. Sehingga la kehari ini saya call pegawai PDK semua tak ada, terlibat dengan perbarisan la pulak.

Adakah ini memberi pertanda bahwa saya tak perlu hantar ke PDK Klang Selatan. Bukan apa setelah kami g ke PDK tersebut, memang kami sangat teruja untuk menghantar Ainie ke sana. Tetapi bila urusan pertama di JKM gagal, dan hb pergi waktu bekerja, terus hb bertukar fikiran utk tidak menghantar Ainie ke sana. Bukan apa., hb tak berapa yakin melepaskan kami 3 beranak ke sana sendirian. Ini kerana keadaan kenderaan yg banyak terutama sekali lori n traler. Hb riasukan keselamatan kami dan lagipun saya tidak pernah drive seorang diri dngan anak-anak di jalan begitu. Tetapi setelah kami berbincang semula, kami tetap akan menghantar Ainie ke sana tetapi dengan syarat. Syaratnya adalah bila saya lulus 'driving' esok. Semua Allah permudahkan segala urusan. Amin 

Monday, 7 February 2011

PDK Klang Selatan

Alhamdulillah, Allah telah melapangkan masa untuk kami pergi survey PDK Klang Selatan. Tempatnya memang menarik. Banyak alat-alat terapi kat situ. Penyelianya Puan Rusnah juga sangat ramah dan beliau mempunyai pengalaman selama 20 dalam bidang PDK ini. Tenaga pengajar kat situ pun semuanya ramah-ramah belaka. Saya dan hb telah diberi sedikit taklimat oleh Puan Rosnah. Kat sana dah tersedia jadual harian. Maknaya hari-hari ada aktiviti dilakukan dan di sana juga pada hari Selasa, anak-anak bermain kolam (air). Terdapat juga bilik 'disco', lupa la apa namanya. Saya tak ambil gambar sebab handphone dalam kete. Masa saya datang tu, tak ramai sangat anak-anak sebab esoknya CNY. Lagipun saya datang dah lewat, jam 11 pagi. Tapi senang kata memang selesa dan kawasannya bersih dan teratur. PDK Klang Selatan adalah antara PDK yang terbaik.

Kepada mereka yang hendak hantar anak-anak kat sini perlu sediakan beberapa dokumen. Yang penting perlu pergi JKM Klang untuk mendapakan surat permohonan. Saya hari tu tak tau, so tak daftar lagi Ainie kat situ. Kena pergi JKM dulu. Kena tunggu hb lapang sikit. Lagi perlu ada surat dari doktor (salinan borang OKU), surat beranak dan mykid anak, KP ayah dan ibu. Gambar, rasanya 2 keping. Rasanya itu jer. Oh yer, yuran pendaftaran RM50, duit makan RM30 sebulan. Untuk elaun anak RM150 @ RM300 sebulan, ikut kategori. Bagi melayakkan anak dapat elaun perlu hadirkan diri sebanyak 4 kali dalam sebulan. Ermm...itu jer rasanya. Apa2 maklumat akan saya update kendian yer.