Followers

Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Friday, 30 September 2011

My Hero







Saya asyik bercerita mengenai Ainie dan diri sendiri jer, hampir terlupa plak nak citerkan mengenai 'Hero Malaya' saya ni. Umurnya dah 1 tahun 4 bulan. Dia punya aktif jgn cakap la. Sampai naik darah dibuatnya. Pinggan mangkuk n periuk belanga dah ada tukar kemas. Agaknya ibu susun tak kemas kot. Dikemasnya semula. Stok2 makanan dalam kabinet tu usah cakap la, keluar masuk, keluar masuk sampaikan pintunya dah jd arwah dah.
Sekarang ni dapat peel baru, suka menyorokan apa jer barang bawah almari, katil, pantang nampak lubang yang terbuka, hbs dimasukkan semua barang.

Dan paling menaikkan darah ibunya ni, bila dia selalu mangacau ayong nye main. Apa aje yg ayong pegang akan dirampasnya dan pernah sekali saya tampar kakinya. Ada ke patut, ayongnya tengah main botol air mineral, dia boleh datang n sepak botol tu bawah meja. Dia ketawa, ayong nya menangis. Adoi anak2.

Saya ppening sikit dengan hero sorang ni bukan apa, saya tak boleh hilang dipandangan matanya, sampaikan nak ambik air minum pun dia blh menangis. Dah pening kepala, tak tau nak wat cam ner. Kiranya saya mmg tak boleh bergerak langsung, klu nak bergerak kena bawa dia sekali. Sebab tu la banyak benda yang tertangguh. Apa yang dirancang semua kena hold dulu. "Kita merancang, Allah jua yang menentukannya"

Thursday, 3 March 2011

TuAh AiNiE

Salam semua..

Saya ingin berkongsi kegembiraan. Saya ada masuk contest untuk Ainie tempoh hari (Jan 2011) iaitu 'Contest Nama Baby Saya'. Saya pertaruhkan Ainie dan 'Alim. Tapi Ainie yang berjaya, PEMENANG UTAMA. Alhamdulillah, rezki Ainie. Meh KLIK SINI.


Terima kasih kepada penganjur contest IDMA TEXTILE kerana memilih Ainie sebagai pemenang.

Sunday, 20 February 2011

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Minggu ni, kami sekeluarga menggunakan masa sebaik2nya. Hari sabtu lepas dah meronda Puchong n Klang. Dan hari ini kami telah meronda pulak kat SUMMIT. Niat dihati nak beli toys baru untuk Ainie. Kami telah pergi ke USL seperti yang diberitahu Zura . Kami sampai kat sana jam 12 tghri. Tutup la pulak, g lunch. So, kami pun g la makan nasi goreng kat sana. Plan tak nak makan kat sana sbb MIL dah siap masak, tp terpaksa tukar plan la.. Tapi ok gak sebab dah lama tak makan kat luar dgn hb..hehehehe.. TQ darling..

Nak tengok apa yg kami dapat kat USL n Babyland?

Toys Ainie + 'Alim

 utk mahirkan Ainie pegang benda kecil

 utk menguatkan genggaman

 ini utk apa yer? utk kemahiran tgn gak

utk regangan - tarik2

ini 'Alim punya. fisher n price tu sesuai gak utk Ainie. Sama2 main

Semuanya disponsor oleh en. hb. Banyak gak diakaun kat USL. Hadiah birthday Ainie in advanced dari ayah (23 Feb). Mulai esok saya ajar Ainie main semua benda2 nie. Walaupun petang tadi dah cuba n dia tak bagi kerjasama. Mungkin sebab baru kot. Tak pe Ainie, kita main sama2. Semua toys lama ibu akan simpan sbb Ainie dah tak berminat dengan semua toys2 tu kecuali piano.

Sunday, 13 February 2011

PAMPERS @ CLOTH DIAPERS

Hari Ahad yang lepas, hb pergi ke Giant untuk membeli sedikit barang. Biasanya kami membeli barang di MyDIN, tetapi disebabkan malas, p g jer Giant yang baru buka kat rumah ni. Terlanjur hb g Giant, saya kirim la beli pampers utk Ainie, Drypers. Punya la hb terkejut tgk pampers Drypers saiz XL harga RM40++. Mahalnya. Biasa kami beli satu bag RM35 sahaja di MyDIN. Dan kadang2 saya beli kat kilang Drypers je. Lagi murah. So next time beli kat kilang, senang.

Saya ingin cuba bagi Ainie pakai CD dan telah saya order n dah dapat dah pun. Tapi malangnya Ainie tak sesuai pakai walaupun saiz yang saya beli besar (18kg). Cawatnya pendek n nampak tak selesa pada Ainie. Bukan apa, saje utk pakai waktu di rumah.

Untuk 'Alim, dah ada 4 koleksi dan ini antaranya.

Saya pakaikan pada 'Alim waktu tengahari dan petang jer. Pagi n malam pakai pampers. Anak lelaki ni kuat kencing, baru pakai 3 jam dah lenjun, saje nak berjimat sikit. Kalau ada yang berminat boleh tgk2 kat SINI. Fabriknya memang lembut, selesa utk baby. Mudah untuk dicuci. Mesra alam gitu.

Tuesday, 1 February 2011

Keakraban Dua Beradik

Kali ni saya nak bercerita sikit mengenai dua beradik ni yang bagai tak boleh dipisahkan. Di mana ada Ayong, di situ ada adik. Tapi tak pulak di mana adik di situ ada Ayong. Yang sebenarnya adik yang jeles dengan ayong nye. Pantang tengok ayong nyer pegang apa pun, pasti dia nak jugak. Kalau ayong dengan ibu lagi la, menangis terus. Dipanjat nya badan ayongnya, nak duduk dekat  riba ibu, tak bagi ayong. Yang ayongnya pulak tak heran sangat kalau adik dengan ibu, tapi kalau dibiarkan dia main sorang-sorang tak dilayan, menangis la dia. Bila ibu datang dekat n tanya kenapa, terus baring atas riba ibu. Yang adiknya tengok jer. Mungkin dia kata 'yeay, alim dah menang, ibu dukung alim'. Kadang-kadang kelakar ada, nak marah pun ada. Ermm...anak-anak. Masing-masing nak meraih simpati ibu. Ibu sayangkan anak-anak ibu. Baik ayong mahupun 'alim. Korang la permata dan pengarang jantung ibu.

* mari kita saksikan aksi-aksi dua beradik ni.

adiknya pun sibuk nak tolak buai

tgh berebut. adik pancung depan, ayong pancung atas.

ibu tengah pakaikan baju tido ayong, adik sibuk panjat ayong

selagi daya nak kesebelah kanan ibu pulak. yang ayongnya lagi kuat menyandar kat ibu