Followers

Wednesday 30 March 2011

Bukan Ku Tak Bersyukur

Salam bersiaran... Ermm..sudah lama rasanya saya tidak mengupdate blog saya ini dan saya cuma berblog walking n tidak meninggalkan jejak. Bukan apa, saya agak sibuk kebelakangan ni. Lagipun saya sedang 'berperang' dengan perasaan sendiri. Berbagai rasa..Entah lah... Apa yang saya boleh buat sekarang adalah, bersabar dan terus bersabar. Berusaha dan terus berusaha.Semoga Allah tinggikan lagi tahap kesabaran saya. Amin.

Untuk pengetahuan semua, sejak dimasukkan ke PDK, dan sejak 'Alim makin lasak, Ainie menunjukkan perkembangan demi perkembangan, walaupun tak banyak. Perkembangan tersebut turut diakui sendiri oleh therapist nya di PPUM. Dan kami sendiri melihat perkembangan demi perkembangan dari Ainie walaupun sikit-sikit sahaja. Itu pun kami bersyukur sangat2. Alhamdulillah, Ya Allah. Teruskan lagi perkembangan tersebut. Amin.

Wednesday 9 March 2011

Oh PuTEri Ku..

*Rajin sggh ibu, 3 entry sekali

Ini cubaan melatih Ainie utk memegang makanan. Ini la hasilnya sekeping roti. Tapi lepas beberapa siri latihan, alhamdulillah, Ainie sudah mula menunjukkan minat utk memegang makanan, roti n biskut. Next time kita cuba lagi yer sayang. Latihan ni bagus supaya Ainie boleh memegang semua benda.

Keaktifan Membawa Tanda

Hero saya sorang ni, cukup aktif memanjat. Dah banyak kali jatuh, tp yg pagi ni memang menyakitkan. Tengok la sendiri. Ni di bawah jagaan maid. Nasib baik tak kena biji mata. Adus, kesian anak ibu.

Yang ni plak aksi ngeri nya. Tak pernah lagi la terjatuh dari walker. Minta2 nye jgn la sampai jatuh.

FiSiO

Senin lepas Ainie wat fisio kat PPUM. Alhamdulillah, walau pun tak byk perubahan, at least adalah sikit. Ainie dah nak memegang palang tu. Sebelum ni tak nak langsung. Ada angkat buntut cubaan untuk bangun. Syukur Alhamdulillah. Menangis tak ada, tp merungut. Anak ibu ni memang tau, manja sangat. Saya ada ambil beberapa pic masa kat atas 'stand' ni. (tak tau apa namanya)



Alhamdulillah, Ainie tak nangis pun kat atas ni. Mula2 jer merungut. Kena wat banyak exercise berdiri sbb Ainie nak berdiri tetapi lutut tetap nk bengkok kan. Macam gayat.

Sunday 6 March 2011

AiNiE HePi Di PDK..

Salam bersiaran... Dientry lepas saya sudah berjanji yang saya akan syer aktiviti Ainie Di PDK. Bukan saya lupa, tapi disebabkan Ainie masih baru dan belum diletakkan di bawah cikgu mane, so cam tak semangat nak citer walaupun saya mmenag bersemangat nak anta dia ari2 ke sana. Saya bawa Ainie sebanyak 2 kali jer last week. Ye la, minggu percubaan. Dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan keramahan 'student2' n cikgu cikgi kat sana.

Apa yang saya boleh kongsikan mengenai aktiviti Ainie adalah:

1st day, kami sampai agak lewat (kul 10.00 pg) coz, mula2 nak cancel sbb EBM utk 'Alim lupa nak wat. Tapi bila pg tu, MIL suruh cuba bawa bb 'Alim. Baru masuk kete dah menjerit pekik nak kat ibu gak. Pujuk punya pujuk, tak makan saman gak. Last2 g tau MIL, cuba tgglkan jer. Alhamdulillah, elok jer bila tak nampak muka ibu dia yg comel ni. (hehehe..isi bakul angkat sendiri). Sampai jer, diorg tgh break off. Tapi ada cikgu yg sambut kami n kaki Ainie di massage dulu n cikgu tersebut mmg ada skill mengurut. Dan sekali lagi saya diberitahu yang Ainie akan berjalan suatu hari nanti. Alhamdulillah. Cuba perlu bersabar + usaha tanpa jemu. Ainie nampak sangat hepi kat sana. Buat la apa saje aktiviti kat dia, senyum memanjang. Dan bagi la apa saje makanan akan makan tanpa byk 'soal'. Klu tak kat rumah, nak wat exercise sikit jer, dah menjerit. Bagi la makan lain selain yg biasa dia makan, cth mee sup, akan diluahkan atau buat2 nak muntah. Bukan tu jer, siap wat mimik muka tak suka. Ainie-ainie. Mungkin di PDK tu ramai kawan.

2nd day, kami sampai awal sikit, kul 9.30 pagi. Ari kamis adalah hari bebas. Maknanya anak2 tak de kelas. Lebih kepasa karoeka. Dan saya tak sia-siakan masa yang ada dengan wat bebrapa exercise kat Ainie dngan alat yg ada. Di sana setiap pagi dan waktu nak balik akan ada nyayian dan tarian. Jgn tak tau, puteri saya sorang ni pun saya tari kan juga. Bukan main lagi dia, tersenyum dan bila time tepu tangan siap ketawa n menjerit lagi. Hepi..Bukan AInie jer yg hepi kat situ, saya pun hepi gak. Sebabnya kat sana semua anak-anak kat sana ramah tamah. Ada yg ditemani oleh ibu dan mereka juga ramah. Dan kami boleh bertukar2 citer. Bukan la sembang kosong, sembang kami berisi. Dan saya telah dirapati oleh seorg ibu yg mempunyai anak CP, Farah nama anaknya. Dulunya, tidak diberika harapan oleh doktor untuk anak itu duduk, berdiri dan berjalan. Kerana anak ni dulunya, tidak mampu langsung utk mengangkat kepala. Namun kini anak tersebut sudah pun berjalan ketika umur dia 8 tahun. Dan saya telah diberi harapan oleh ibu tersebut bahawa Ainie akan berjalan, cuba perlu usaha lebih n bersabar. Insya allah. Kami sedang ke arah itu sekarang.

Mungkin ada yang tertanya2, nape la saya tak letak gambar, kan? Bukan apa lupa nak menangkapnya. Maklum le, bila sampai jer, dah tak ingat nak ambik gambo, bila dah nak sampai rumah baru le teringat. Insya allah, di nest entry yer. Esok Ainie ada fisio kat PPUM, petang. Harap2 Ainie bagi kerjasama cam ner terapi OT.

Thursday 3 March 2011

TuAh AiNiE

Salam semua..

Saya ingin berkongsi kegembiraan. Saya ada masuk contest untuk Ainie tempoh hari (Jan 2011) iaitu 'Contest Nama Baby Saya'. Saya pertaruhkan Ainie dan 'Alim. Tapi Ainie yang berjaya, PEMENANG UTAMA. Alhamdulillah, rezki Ainie. Meh KLIK SINI.


Terima kasih kepada penganjur contest IDMA TEXTILE kerana memilih Ainie sebagai pemenang.