Followers

Tuesday 27 March 2012

~ Si Hero yang alim (alim ke?)

~tengah makan biskut pun nak pakai kopiah~


~Lepas belajar, belajar pun nak pakai kopiah~

Diam tak diam umur budak chomey dah nak masuk 2 tahun bulan 5 ni.
Semakin umur meningkat semakin bijak n 'cerdik'.
Kakaknya asyik dibuli, direbutnya mainan si kakak, hadang ayongnya tengok TV, menangis la si ayong. Apalagi, keluarla suara ibu yang lemah merdu ni marah kan si 'Alim.. Panjang la muncungnya, cam boleh diikat.
Tapi,   alhamdulillah dah boleh diharap. Dah boleh suruh buang pampers, masuk baju dalam bakul, tolong susun bantal.
Hai, anak-anak..
Ayah n ibu sangat berharap agar 'Alim dapat menjaga ayong dengan baik nanti bila ayah n ibu tiada nanti. Amin.

Wednesday 21 March 2012

ALHAMDULILLAH...

ALHAMDULILLAH..SYUKUR...

Hanya itu yang mampu saya ucapkan...
Bersyukur sangat dengan rezki yang Allah kurniakan utk kami..
Rezki yang mmg tidak disangka-sangka.. Apa dia???? Saya syer dengan member semua..

1. Perkembangan Ainie yang sangat membanggakan. Dari masa ke semasa.

2. Perniagaan yang makin berkembang. Terutama penjualan majun (MAB) yang meningkat.

3. En suami memenangi pertandingan BONUSLINK - percutian 3 hari 2 malam di BELUM Resort. Yang ni saya x dapat ikut serta sbb anak2 x dibenarkan ikut sbb diaorg ada jungle tracking. Kiranya msuk n kuar hutan.