Followers

Saturday 30 October 2010

Dia Tak Layak ku Gelar DOKTOR!!.

* Sowey, post ni panjang sikit.

Seperti yang dijanjikan saya akan bercerita kisah di klinik Kota Kemuning. Tiga minggu sebelum berhijrah ke Banda Aceh anak2 tak sihat. Mula2 bb 'Alim yang demam. Bb 'Alim baru nak kebah Ainie plak demam. Bila Ainie demam, hati saya susah sebab suhu Ainie cepat naik tapi susah nak turun. En hb plak outstation ke Banda Aceh. Saya perasan pun sbb dia tak nak makan tengahari n tangan dah berkotak2. Alamak, saya jadi risau sbb bila tangan Ainie dah berkotak2 bermakna suhu dia mesti tinggi. Tepat jangkaan saya, suhu dia 38.3. Itu tinggi bagi saya. Saya terus buka baju dan seluarnya, lap badan dia sambil bibik ambil ubat demam. Saya check semula suhunya, 38.6. Tak boleh jadi ni, kena bawa g kinik. Nasib baik bb 'Alim tido waktu ni.

Alamak, mendung pulak. Kena cepat ni, susah nanti klu hujan. Saya pergi ke kinik panel hb yg kat Kota Kemuning. Daftar seperti biasa. Sementara menunggu giliran (dlm 3 pesakit) saya terdengar perbualan pesakit yang baru keluar.

Pesakit 1 : Ko tau, doktor tu kasar betul. Ada ke patut dia main tolak jer kepala aku masa nak check suhu. (Dia cakap pada kawannya yang masuk selepas itu)

Pesakit 2 (kawannya) : Ha ah, betul la ko cakap. Kepala aku pun dia tolak dengan tak bagi isyarat apa2. Ishh, kasar betul..

Aku tak ambil peduli sangat sebab tengah peluk Ainie. Tiba giliran Ainie. Baru jer saya melabuhkan punggung, doktor (India lelaki) tanya saya sama ada saya bawa Ainie pegi specialist hospital tak sebelum ni. So, saya kata, ya. Dan tiba2 dia tolak kepala Ainie ke dada saya n dia nak check suhu Ainie di kepala. Ainie pun apalagi, mengelak la tak nak. Ainie bukan suka kena terjah cam tu. Adik, adik.. Dia cuba pujuk plak. Ini antara perbualan yang membuatkan hati saya PANAS.

Doktor : Dia kenapa sebenarnya?

Saya : Dia demam. Adik dia kat rumah demam. Berjangkit agaknya.

Doktor : Bukan, maksud saya history dia.

So, saya pun bercerita la sikit, sambil pegang kepala Ainie untuk diambil suhu. Ok jer dia.

Doktor : Anak u ni CP ker?

Saya : Ya.

Doktor : Doktor tu kata apa?

Saya : Doktor kata dia boleh berjalan n bercakap. tapi lambat sikit. Kena bawa pegi therapy.

Doktor : Itu aje?

Saya : Ha ah.

Doktor : Anak u ni tak nampak dan tak dengar, kan? Tengok, saya panggil dia tak tengok saya pun.

Saya : Tak la doktor, dia nampak dan dengar. Saya dah bawa dia wat check up kat PPUM.

Doktor : No la. Dia memang tak nampak dan tak dengar.

ish doktor ni, aku pelangkung sekali kang. Hati saya mula panas. Dah la rawat anak aku kasar2, ni senang2 jer wat klasifikasi sendiri. Ainie tu tak nak tengok ko sebab dia marah kat ko. (Sowey kasar sikit sbb geram).

Saya : Saya tau la doktor anak saya nampak ker tak, dengar ker tak. Saya yang bawa dia g check kat hospital. Lagi pun kami panggil dia, ok jer. Tengok TV ok jer. Gelak ketawa tengok katun. Ok doktor, saya nak minta ubat batuk dan selsema, n demam.

Doktor: Biasa berapa sukatan ubagi kat dia?
Saya : Saya tak ingat la doktor. Dah ker doktor? Saya nakcepat ni.
Itu alasan saya sebab saya rasa cam tak betul jer doktor ni. Takkan dia tak tau sukatan berapa untuk Ainie. Ish...Saya tunggu plak untuk ambil ubat. Doktor tu tak bagi ubat batuk, katanya Ainie tak batuk. Saya tetap berkeras nak ubat batuk sebab bila dah selsema, sure akan batuk punya. Dia takut saya bg Ainie makan ubat batuk walau pun Ainie tak batuk. 'B...... betul la doktor ni, anak aku tak batuk, takkan la aku nak bagi'. Saya berkata dalam hati. Nurse tu campur kan ubat batuk dan selsema dalam satu botol, atas arahan doktor tu. Saya tak cakap apa sbb nak cepat, hari nak hujan sesangat dan alhmdulillah dudukkan ajer Ainie kat car seat, hujan pun turun. Sampai rumah, saya letak coolfever kat dahi dan tidokan dia.
Adoi, laparnya. Oh, dah pukul 3.30 petang da. Patut la lapar. Saya selalu lupa makan bila Ainie tak sihat. Selesai makan, bb 'Alim dah bangun dan merengek. Panas balik badannya. Ya Allah, 38.2. Saya terus berlari turun bawah ambil ubat dan air untuk lap badannya. Tengah kalut2 tu ada satu peristiwa yang menyayat hati (sowey tak dapat untuk syer dengan u all).

Sejak hb tak ada, maid tido dengan saya. Khidmat dia diperlukan bila Ainie bgn tgh malam. Suhu kedua2nya cantik. Dah semakin menurun. Tapi saya tetap pantau. Jam pukul 11 mlm. Erm..tido la, nanti Ainie bangun plak. Baru naik atas katil, Ainie merengek dan bila saya pegang badan dia, dia menggigil. Suhu 38.9. Melompat saya dari katil, tuam badan, basahkan kepala dia dan saya peluk dia. 'Ainie, Ainie kena kuat sayang. Lawan demam tu. Dah, jangan takutkan ibu. Ayah tak de ni. Lepas ibu lap ni, tak mo suhu naik lagi. Ya Allah, sembuhkan Ainie dengan segera, Ya Allah. Amin'.
Alhamdulillah, esoknya kedua-duanya dah tak demam. Tapi tengaharinya, suhu Ainie naik balik 37.9. Dengan selsemanya makin kuat. 'Ish, betul ke tak betul ubat doktor ni bagi ni.' Saya tinggalkan ubat yg doktor tu bagi n saya bagi ubat 'Alim pada Ainie. Alhamdulillah, menjelang malam, Ainie dah tak demam. Tapi flunya makin teruk sampaikan saya terpaksa kejut sil pukul 1.30 pagi utk bawa Ainie g klinik. Ainie dah tak boleh tido sebab hingus meleleh.
Kami pergi klinik yang sama tapi ni HQ nya. So sil saya dengan tak puas hatinya menceritakan kejadian di klinik semalam dan mengatakan akan hantar surat aduan kat Pengarah Klinik tu. Nasib baik doktor ni cool aje bila kena sembur dengan sil saya. Dia kata doktor tu tak sepatutnya kata kat saya dan Ainie cam tu. So dia minta maaf kat saya n sil bagi pihak doktor tu. Sejuk sikit hati kami. Dan kami telah minta ubat yang lain untuk Ainie dengan sukatan yang berbeza dari doktor semalam sebab doktor tu kata budak2 cam Ainie ni tak boleh bagi dos yang tinggi.
Alhamdulillah, bila makan ubat2 tu Ainie boleh tido dengan selesanya. Dapat la ibu tido dengan lena. Esok paginya, waktu saya nak buang ubat2 dari doktor yang tak betul tu, tergerak hati saya untuk mengoyakkan penampal kat botol ubat tu. Ya Allah, terlebih dos. Dos yang tak sepatutnya dia bagi untuk Ainie. Doktor tu tulis, ubat demam 5ml, 3 kali sehari. Kat botol tu plak, 1-5 tahun 3 ml sahaja. Panas betul hati saya. Nasib baik la saya ni jenis, klu sukatan ubat Ainie 5 ml (klu klinik biasa), saya akan kurangkan kepada 3.5 ml. Klu specialist jer saya ikut sukatannya. Nekad, saya akan wat aduan kat Pengarah klinik tu. Tapi sampai sekarang tak wat gak sebab dah sibuk mengemas utk berpindah ke Aceh.
* Peringatan untuk saya n anda semua. Perlu hati2 waktu nak bagi ubat kat anak2.

Wednesday 27 October 2010

-:AiNiE DaH PaNdAi KiSs:-

Ayah : Ainie, meh kiss ayah. Meh, cam ni..Ayahnya cium pipi Ainie... Senyum2 Ainie.. Memang suka dicium.. Last2nya Ainie tundukkan muka dia n dahi diletakkan atas muka ayah nya.

Ayah :'Yang, tgk ni, Ainie kiss ayah'.. Ainie lagi sekali'..

Sambil senyum2 n ketawa kecil, aini tundukkan kepalanya lagi sekali. Ini saya lihat sendiri. Ianya tidak berhenti setakat malam tu aje.

Siangnya pulak, dia kiss adiknya. Saya bermain dengan Ainie sambil meriba 'Alim. Ainie berpaling sambil ketawa kecil n bercakap dalam bahasa yg tidak difahami, dia menundukkan kepalanya dan dahinye terkena muka adiknya. Dia punya hepi, bertepuk tangan sambil terbongkok2. Adiknya pun senyum2 tengok gelagat ayongnya.

Mungkin Ainie kata ' ibu, ayong nak cium adik. Adik, ayong cium adik ya. Ayong sayang adik tau(sambil cium). Yeay! Yeay! Yeay!..Ayong cium adik'.

Agaknya itu yang Ainie cakapkan sebelum dan selepas dia cium adiknya. Walaupun Ainie menggunakan dahi, tapi ibu n ayah gembira sangat sayang. Dan adiknya, macam faham keadaan ayongnya, diam aje apa yang dilakukan ayong padanya. Ada masanya adik akan tersenyum n ketawa bila diacan ayongnya.

Petangnya.. 'aboo..aboo..aboo..boo..boo..boo...' bising mulutnya sambil memegang tangan saya.
'Ya, ya, ya sayang.. Ainie panggil ibu ye?'
'Ainie dah pandai panggil ibu, ye?' kata maid.
'Betul ke Tek, dia panggil ibu?'
'Betul la tu, Ju. Tak pe, pelan2. Dah nak mula la tu'
'Alhamdulillah'

Begitu la keadaannya bila saya tgglkan dia bermain seorg n bila saya datang balik padanya. Mungkin katanya, 'yeay3, ibu datang, ibu datang'. Alhamdulillah, Ya Allah.

Dan satu lagi kejadian petang tadi. Selepas bangun dari tido petang, dgn ibunya sekali tido, cam biasa letak Ainie kat depan TV dengan toys nya. Dari pagi memang terperasan yang dia punggah semua toys n cam cari sesuatu. Tak terfikirplak apa yang dicarinya. Bila dah petang, baru la saya tau yang sebenar2nya, dia mencari satu lagi toy kesayanganya, Igor. Saya perasan pun bila dia menangis sambil bergerak hendak ke kerusi. Rupanya dia nampak Igornya kat atas tu. Semalan tghr saya basuh Igor tu, sbb cam dah kotor (suka gigit ekor Igor). Cuaca x berapa panas semalam. Jadinya bila jemur balik ari ni, Igor nya ada bau masam. Ingatkan letak atas kerusi nak basuh semula esok. Bila Ainie dah nangis nak Igor, bagi jer dulu. Esok pagi baru basuh semula.

Dalam hati terus berkata ,'Ya allah, Ainie memang nampak jelas. Subhanallah. Syukur, Ya Allah'. Terus saya teringat peristiwa di klinik di Kemuning. Akan saya ceritakan dientry akan datang.
Banyak sungguh perkembangan positif Ainie sejak kebelakangan ni. Adakah ini kesan dari pengambilan Vitamin Appeton (taurine) n NeuroGain (utk ibu pregnant) yang disarankan Doktor? Atau juga sebab Ainie dah ada kawan (adiknya)?

Semuanya di atas Kehendak dan KekuasaanMu, Ya Allah. Engkau kuatkan lah kakinya jua untuk dia berdiri sendiri dan berjalan seperti kanak2 lain, Ya Allah. Dan Engkau berikan lah keajaiban, Ya Allah. . Aku memohon dariMu jua. Engkau bertuturkan lah anakku. Ya Allah. Engaku teruskan perkembangan demi perkembangan pada anakku Ainie, Ya Allah. Ya Allah, aku hanya insan yang lemah, hanya tahu memohon dan berdoa. Makbulkan doaku Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Saturday 23 October 2010

EMBUN KAKI

Sekarang, Aini sudah mula keluar waktu pagi, dalam pukul 7 pagi. Saya bawa dia bermain embun dan menyedut udara segar waktu pagi dan bagi kena cahaya matahari pagi.






Aini, memang la seronok dibawa keluar. Kalau ikut dia, dia nak turun. Tapi apakan daya..... Kesian Aini. Insya allah Aini, ibu akan bawa Aini embunkan kaki setiap pagi. Itu pun kalau kedua-dua anak ibu bangun awal. Dalam pada tu, dapat kenal dengan jiran tetangga. Alhamdulillah, mereka ramah-ramah semuanya.


Antara gambar rumah yang saya duduk sekarang, rumah tinggalan Tsunami dan beberapa gambar Aini n ' Alim.

Friday 22 October 2010

'AINUN SYAFIQAH











Ini lah antara aksi-aksi Aini yang saya suka. Aini pantang orang nak ambik gambo dia, sengih memanjang. Aini, ibu sayangmu, nak.. Muuuaaaahhhh...

LAGI DARI AINI...

Perkembangan demi perkembangan Aini tunjukkan. Hari ni, dia dah pandai berebut toys dengan adiknya. Aini bawa banyak toys, so tak de la belikan untuk 'Alim. Kira syer la sesama. Aini ada beberapa favourite toys. Bola tu ada loceng dalamnya, mmg dia excited klu orang baling kat dia. Dia punya menjerit sampai nak pecah gegendang telinga. Mak cik dia belikan. Yang paling dia sayang adalah zirafah tu. Igor namanya. Kemana pergi mesti bawa. Pernah gantikan dengan zirafah lain, tak nak nyer. Nak gak yang dah lusuh tu. Ini pun mak cik dia belikan. Boleh dikatakan semua toys aini, makcik dia yang belikan. Dan yang berebut dengan 'alim, pedang tu. Biladi goyang ada bunyi nlampu. Itu yang dia suka kot.
So tghr tadi tengah bagi Aini makan, saya ambil la salah satu toys dia ( pedang bermuzik)dan bagi kat adiknya yang tengah meniarap. Tetiba dia menangis sambil kibas-kibas tangan n tak nak makan. Ingat kan kenapa. So, saya pun ambil la pedang tu dari 'Alim n bagi kat dia. Secara automatik, terus senyap. Padahal pada dia dah ada 'Soft Singing Radio'. N terus sambung makan sambil menggoyang-goyang kan pedangnya. Saya n maid ketawa gembira. Petangnya saya wat pulak kat depan ayahnya, n dia wat reaksi yg sama. Kami ketawa gumbira. Alhamdulillah, kami mengucap syukur.

Dan satu lagi yang membanggakan saya ialah Aini sudah pandai membalas ( memukul ) balik. Aini memang susah sikit pakai baju lepas mandi. So cam biasa, dia akan menangis bila pakai baju, so saya pun marah dia. 'Aini, berpa kali ibu kata, pakai baju x nak menangis. Tak elok (masa tu dah siap). Nak tau dia wat aper? Dia duduk kat depan saya, tangan mengibas-ngibas kena tangan saya sambil menangis. So, saya pun kata 'oo, dah pandai lawan ibunyer'. Lagi dipukulnya tangan saya. Ianya disaksikan oleh maid. Kami senyum kegembiraan. Diceritakan pada ayahnya. Sekali lagi kami mengucap syukur, Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya sudah ada respond dari Aini. Tak dapat ku gambarkan perasaanku saat itu. Hanya Allah saja yang tahu. Ya Allah, aku bersyukur padaMu, Ya Allah. Aku memohon dariMu jua, Engkau sembuhkan lah anakku Aini, agar dapat dia berjalan dan bercakap agar dapat dia bermain seperti kanak-kanak seusianya, Ya Allah. Kasihanilah dia, Ya Allah. Hanya padaMu aku memohon. Amin.

Tuesday 19 October 2010

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH....Aku bersyukur padaMu Ya Allah.
Anakku Abdul 'Alim sudah mula meniarap sejak semalam. Asyik2 niarap, pastu nangis minta angkat sebab tak tau pusing balik. Mesti ada yang kata 'apa yang seronok sangat, anak meniarap. Biasa la budak'.
Ya, saya memang seronok sebab anak pertama ku mula meniarap umur 7 bulan. Itu pun kepala tak angkat lagi. Insya allah anakku yang kedua ini akan menjalani kehidupan normal seperti kanak2 lain..

'Alim juga sudah mahu dengan maid yang baru ni (aceh). Syukur sangat-sangat. Dapat la saya membuat exercise kat kakaknya. Ari ni, tak banyak yang kami buat. Saya cuma urut2 kakinya dengan menggunakan krim Nivea. Dia suka sangat.

Dan lagi satu, kakak dan adik sudah mula mahu main bersama. Bila si kakak tepuk tangan, si adik akan mengikik ketawa. Kakak dah tak tampar muka adiknya. Kakak dah pegang baik2 muka dan kepala adiknya. Tapi si adik pula dah mula tarik rambut kakaknya. Kesian si kakak. Tapi kakak senyum jer, tak balas pun.

Saturday 16 October 2010

DIRANTAU ORANG..

Ermmm..lama sungguh blog ni tak diupdate. Bukan apa, sibuk sikit. Mengemas barang untuk berpindah. Hah, berpindah? Ya, ikut suami yang ditugaskan ke Banda Aceh, Indonesia. ACEH? Mesti u all semua ingatkan bencana Tsunami? Ya, di situ la kami akan duduk utk setahun ni, insya allah.

Kami berangkat ke Banda Aceh pada 11.10.2010 menaiki flight Air Asia yang memakan masa 1 jam 15 minit. Alhamdulillah, perjalanan ke sana berjalan lancar. Hati masih berkata2 betul ke ini tempat yang dilanda Tsunami tu? Subhanallah! Begitu luas tempat ni. Ya Allah, lindungi lah kami di sini. Amin.

20 minit perjalanan dari airport, kami sampai di rumah yang menjadi tempat tinggal kami nanti. Ermm..sangat besar n selesa. Alhamdulillah, kawasannya sangat nyaman dan segar. Angin kat luar sangat kuat cam berada kat tepi pantai. Rupa nya sebelum Tsunami aingin tak kuat cam ni. Lepas Tsunami baru cam ni sebab rumah n pokok tinggi semua dah tak ada. Yang ada rumah bantuan dan pokok2 yang baru nak meninggi.

Mengikut kata tuan rumah, rumah ini dulu habis runtuh kena Tsunami. Yang tinggal hanya bumbung n bilik bawah sahaja. Di bumbung itu lah, ada beberpa orang tumpang berpaut. Dan di alam rumah ini terdapat beberapa mayat yang tersangkut. U all mesti kata, eeee..seramnya, tak takut ker? Itu lah kekuasaan Allah, walau berpuluh ribu yang meninggal di Aceh ini, tempat ini tidak ada sebarang gangguan setakat ini. Subhanallah!

Tuan rumah ni terselamat. Mereka berenang n sempat berpaut. Tetapi mak n anak buahnya hilang dibawa arus sehingga kini. Alfatihah untuk mereka yang telah pergi.