Followers

Monday 28 November 2011

AINIE KAT PPUM - FISIO

- Ainie dah semakin kuat berdiri -

- Sekali sekala therapist melepaskan Ainie tuk dia berdiri sendiri -

- Semakin stabil berdiri di dinding -

TERUS BERUSAHA YER SAYANG... WE ALL LUV U...

Friday 25 November 2011

~ AINIE HILANG? ~

Salam semua...

JAngan terpedaya dengan tajuk ni yer. Bukan apa, Ainie hilang dari pandangan saya. Gini citernya, saya n hero malaya ('Alim) g jemur kain kat luar. Sebelum kua, saya letak Ainie kat hall. Asyk duk depan TV je, so saya angkat dia. Nak bagi dia mengexplorekan diri dia la konon. Tiba-tiba bila saya masuk, saya tengok Ainie x de kat hall, saya terus g dapur. Kot2 dia ngesot sampai ke dapur. Tengok2 x de, so sy pun pusing balik bila dengar suara adik ketawa sambil menjerit2. Nak tau kat maner Ainie berada? Meh lihat gamba2 ni...




Rupa2nya Ainie ada kat celah sofa. Mentang-mentang ada ruang besar. Panda masuk n tak pandai kua. Mungkin Ainie nak tengok apa ada kat situ atau mungkin dia nak kua tengok keindahan alam. Kesiannya anak ibu. Tak pe sayang, nanti kat rumah kita nanti, gerak la ke mana aje Ainie nak gerak sebab ibu n ayah tak letak banyak perabot.

Semoga Ainie diberi kekuatan dan semangat yang tinggi untuk terus berusaha. Dapat memajukan lagi dirinya. 

Thursday 24 November 2011

ALHAMDULILLAH...


Salam 1Malaysia..


Ku panjatkan kesyukuran pada Illahi dia tas rezki yang dikurniakan. Alhamdulillah, barangan kraf yang saya buat sambilan di rumah mendapat sambutan. Ada permintaan di pejabat-pejabat untuk mereka jual. Surirumah pun ada yang minta borong dari saya untuk mereka jual wat duit sampingan.


Kepada mereka yang ingin menjual atau dengan kata lain ingin berbisnes kecil-kecilan, saya amat menggalakkan. Kerana modalnya sedikit sahaja. Anda boleh beli dengan saya, dan saya akan jual murah dengan anda. Anda boleh lihat di blog AJKraf , tapi harga di blog tu belum harga borong.

* email saya untuk harga borobg.

Sunday 20 November 2011

Pasrah...

Sedayanya ku cuba lakukan yang terbaik untuk keluarga. Jika ada kekurangan ia diluar kemampuan ku sebagai seorang isteri, ibu dan menantu.
"Tiada kehidupan tanpa dugaan."
"Ketentuan Allah adalah rahsia Allah. "

Ke pasar tani bersama Pak Jaga,
Untuk membeli ikan tenggiri,
Hati orang perlu dijaga,
Hati luka rawat sendiri.