Followers

Monday 6 August 2012

Berkat bulan Ramadhan - Syukran

Salam..

Lama sudah saya menyepi dari mgupdate blog. Bukan la bz sgt, tp x tau nak tulis apa dah. Cam bosan pun ada. Bukannya x de apa nak citer, byk sebenarnya, terutama perkembangan Ainie yg sgt2 membanggakan dalam bulan pose ni. Perkembangan Ainie :-

-Sekarang dah melangkah dengan laju bila dipegang dari belakang, berbanding dulu.

- Dah laju langkahannya bila memakai kasut khasnya, berbanding dulu yg langsung x nak angkat kaki, berat kot.

- Direverse walker, pun dah mula bergerak (melangkah), jika dulu langsung x bergerak

- Tido malam kekerapan utk bangun dah kurang

- Penghadaman sudah semakin pulih ( 2 bulan ni membuang dgn sdri tanpa sebrg ubat ), sbbnya dia dah byk bergerak n dah mula makan buang. Paed pernah kata, sekiranya anak CP dah mula byk bergerak, sistem penghadamannya akan ok.

- Sudah mula makan menggunakan sudu.

- Sudah ada respon bila kita kata "Ainie, give ibu 10 ( 10 jari diangkat) dia pun akan tepuk tgn kita.

- Sudah mula melutut tanpa apa2 sokongan atau pautan

- Mula merayap serata rumah

- Di dalam kereta dah mula berdiri sendiri

- Dah mula merangkak, baru dapat 3 step

- Sudah mula menunjukkan ingin memanjat katil

- Tak boleh berdiri, mesti nak melangkah je skrg

Alhamdulillah, begitu banyak pekembangan Ainie. Insya allah sayang, ibu akan tingkatkan lagi usaha untuk 'mengerjakan' mu, nak! Kami semua x sabar mu berdiri n berjalan dengan sendirinya.

* Ku x lupa asal usulku. Aku budak kampung!* :(

Sunday 27 May 2012

Ke Busy an yang melampau

Salam 1Malaysia..

Lama betul tak mengupdate blog. Kesibukan yang melanda sejak kebelakangan yang secara tidak langsung memberi rezki ku. Tetapi alhamdulillah, mendera si chomel tetap dijalankan walau sesibuk mana pun. Apataknya kerja2 berkraf, menjahit semua dijalankan pada waktu malam. Kiranya opis beroperasi hanya waktu mlm dari jam 9 - 12 tghmlm.

Tempahan karf dari Kota Tinggi telah dapat disiapkan seperti yang dijanjikan. Rozet / bunga dada / bunga penangga pun boleh.


Sekarang dalam proses menjahit kain hanging utk supermum n superdad nye plak. Satu telah dipos utk Pn. Siti n enam helai lagi masih dalam proses pembikinan. Sudah siap 50%. Ini contoh yg telah siap.


* post melepaskan rindu.. hehehe..

*di next entry akan diceritakan perkembangan Ainie yang terbaru.

Tuesday 1 May 2012

Anak Ibu Semakin Pandai..

Alhamdulillah...AIni dah berumur 5 tahun 3 bulan.. Giginya dah tercabut 3 batang. Sebatang tercabut sendiri n 2 batang lagi ibu yang cabut kan. Pernah bw Aini eg dentist kat KPJ Shah Alam. Ibu mendapat pujian dari doc. " Pandai awak jaga gigi dia, cantik, bersih. Kanak2 tipikal pun bukan tentu cantik cam gini. Normal budak seusia dia gigi dah mula gugur". Tersipu2 ibu tersenyum. Bangga pun. Tapi mmg jadi kebiasaan saya sejakl umur dia 2 tahun, saya mulakan menggosok gigi Ainie guna berus gigi. Tapi mula2 dulu mmg agak sukar untuk mengajarnya. Alhamdulillah sekarang, bila sebut " Ainie, gosok gigi", secara spontan dia akan ngangakan mulut. Pandai anak ibu!

Sekarang, Ainie dah mula merangkak. Baru jer, 1 1/2 step. Hehehe... gelabah je ibu ni kan. Itu pun nak bangga sangat. Siap tulish kat blog. Hey! Sapa kata ibu tak bangga, mesti la ibu bangga sebab anak ibu makin pandai n maju kehadapan. Biarla apa org nak cakap, ibu nak gak tulish kat sini. Semoga semakin banyak step yer sayang!

Dan lagi kan...

Ainie dah mula nak berdiri sendiri sambil berpaut. Hehehe.. tapi ni dalam kete je la dulu yer. Hah, ini pun ibu bangga tau. Bila masuk kete jer, mesti nak duk kat tgh. Mula2 ibu ingatkan nape, rupanya2 dia berpaut kat dua2 kerusi tu tuk berdiri. Bila dapat berdiri, bukan main hepi nye dia. Bukan dia jer hepi dgn ibu2 dia menjerit dalam kete tu, sampai terkejut ayahnya... hehehe.. kelakarkan ibu ni..

Dan lagi kan...

Aini dah mula melangkahkan kaki bila ibu dirikan kat depan tv atau kat hall. Klu kat hall dia akan melangkah utk ke meja tv, klu depan tv, dia melangkah utk makin dekat dgn tv. Ini pun atas usaha ibu berdirikan Ainie di reverse walker n melangkahkan kakinya. Tak sia2 usaha ibu. Best, best.. memang best..

Dan lagi kan...

Aini dah boleh bangun sendiri. Cam ner dia bangun sendiri? Cam ni, saya dudukkan dia atas riba, saya duduk cam duduk 2 sujud dalam solat tu, pastu tekan lututnya, letak tgn kita bwh ketiak dia, tolah sikit je..pastu dia akan usaha utk bgn sdiri. Dan sekarang sangat mudah jer dia wat.. Alhamdulillah.. Suka, suka, ibu memang suka sayang...

Dan lagi kan..

Ainie akan berpaut pada badan ibu atau ayah utk melutut. Pastu bila dah dapat melutut, ketawa2 sambil tepuk badan kita. Kalu kita duk kat sofa plak, dia akan datang n melutut sambil tepu peha kita.

Dan lagi kan... ini last...hehehe..

Ainie dah mula nak memanjat. Maksudnya nak naik atas sofa. Pernah la sekali, dirikan dia kat celah kangkang, dia angkat kaki sebelah atas sofa nak usaha utk naik. Walaupun x berjaya naik, tp ibu, ayah n opah time tu ada sekali, hepi ssgt. Kitaorg tepuk tangan. Tapi tu la Ainie, bila org tepuk tangan dia terus stop. Yang kita ni plak terlalu excited.. hehehehe.. clever anak ibu.. Terus maju yer sayang. Semoga Allah terus menguatkan semangat anak ibu. AMIN.

Sunday 22 April 2012

~Keperluan Aini~

Salam 1Malaysia.

Lama sudah saya tidak menulis di sini. Keadaan yang memaksa untuk saya tidak menulis di sini. Kekangan masa yang sangat menghimpit. 4, 5 hari ni Aini agak meragam. Tak tau apa yang diragamkannya. Tak tau apa yang tak kena. Sehingga kadang2 hilang kesabaran saya dibuatnya. Tengah hari ni plak tak berapa nak makan.

Umur Aini dah 5 tahun. Tapi masih belum juga berjalan. Kadang2 saya rasa berputus asa bila memikirkannya. Ntah la, hati ni kadang2 sukar untuk menerimanya. Tetapi ku tetap bersyukur, kerana Aini ada menunjukkan beberapa perkembangan.

Aini memerlukan beberapa lata bantuan untuk membantunya untuk berjalan.

~ kasut, sudah diusahakan walaupun harga agak istimewa, RM7++

~reverse walker, juga telah diusahakan membelinya. Harganya juga istimewa RM9++

dan sekarang dalam usaha untuk membeli ini pula...

~ wheelchair, ye Aini memerlukannya~

Kenapa Aini memerlukannya? sebabnya twinstroller yang selalu digunakan sudah tidak muat lagi. Kakinya sudah panjang. Agak tidak selesa bila memakai kasut. Tak tahu pula berapa harga yang perlu dibayar. Untuk Aini mungkin tidak banyak yang perlu dimodified sebab Aini sudah boleh duduk sendiri dan kepala nya boleh ditegakkan.

~pool, Aini memerlukan ini untuk kekuatan kakinya, harga istimewa gak RM 190. Masih mencari~


* Insya allah akan ayah n ibu usahakan untuk keselesaan dan kemudahan Aini.

Tuesday 27 March 2012

~ Si Hero yang alim (alim ke?)

~tengah makan biskut pun nak pakai kopiah~


~Lepas belajar, belajar pun nak pakai kopiah~

Diam tak diam umur budak chomey dah nak masuk 2 tahun bulan 5 ni.
Semakin umur meningkat semakin bijak n 'cerdik'.
Kakaknya asyik dibuli, direbutnya mainan si kakak, hadang ayongnya tengok TV, menangis la si ayong. Apalagi, keluarla suara ibu yang lemah merdu ni marah kan si 'Alim.. Panjang la muncungnya, cam boleh diikat.
Tapi,   alhamdulillah dah boleh diharap. Dah boleh suruh buang pampers, masuk baju dalam bakul, tolong susun bantal.
Hai, anak-anak..
Ayah n ibu sangat berharap agar 'Alim dapat menjaga ayong dengan baik nanti bila ayah n ibu tiada nanti. Amin.

Wednesday 21 March 2012

ALHAMDULILLAH...

ALHAMDULILLAH..SYUKUR...

Hanya itu yang mampu saya ucapkan...
Bersyukur sangat dengan rezki yang Allah kurniakan utk kami..
Rezki yang mmg tidak disangka-sangka.. Apa dia???? Saya syer dengan member semua..

1. Perkembangan Ainie yang sangat membanggakan. Dari masa ke semasa.

2. Perniagaan yang makin berkembang. Terutama penjualan majun (MAB) yang meningkat.

3. En suami memenangi pertandingan BONUSLINK - percutian 3 hari 2 malam di BELUM Resort. Yang ni saya x dapat ikut serta sbb anak2 x dibenarkan ikut sbb diaorg ada jungle tracking. Kiranya msuk n kuar hutan.

Friday 24 February 2012

YB datang kat PDK Sri Cahaya

Pengerusi PDK, Pegawai JKM, Bendahari dan pelatih

 
YB Parthiban tgh berucap n alhamdulillah PDK dapat RM10k

Thursday 23 February 2012

AINIE DI PDK SRI CAHAYA

 
Ainie tgh belajar

Ainie di standing Frame n dlm kelas LEGO

 
Ainie dalam walker n tgh menari sblm balik

 
Pelatih tgh bersukan

Sunday 22 January 2012

Gedangsa - FRUST BETUL!!!!!!...

Salam 1Malaysia..

Tengok tajuk pun dah tau yang saya tengah marah. Bila teringatkan Gedangsa, mesti rasa berapi. Memang sy n hb sangat FRUST n bengang betul dengan assistant Kak Raw tu. Citernyer gini;

Semalam, ari Sabtu kami ke gedangsa cam biasa. Sampai2, orang mmg ramai, so kami ambik no tuk esok (Ahad). DApat la no 6. So kami balik dengan senang hati sebb esok blh dapat awal.

Nak dijadikan citer, kami sampai kat gedangsa kul 10 pagi. Tgk2 no belum dipanggil. Nombor melompat2. Ok la gak. Saya duk la kat2 kak Raw, kot2 sampai turn x dgr plak dipanggil. Kak Raw tgh balut sorang buda besar, dalam 8, 9 tahun kot. Asst.nya ramah je bersembang dangn mak bapak budak tu. Pastu dipanggilnya sorang lagi, masa tu saya dah pasan nama budak kat no 15. Mak budak tu (2nd) semabng sambil peluk2 n urut2 kak Raw. Ai, mesranya. Rupa2nya sedara mara deme. So sy tdgr la, nama budak tu ditulis smlm (sabtu), terlambat tulis sbb lupa.

So kami tggu lagi, tp nama Ainie x dipanggil, sblknya nama yang no ke bwh di panggil. So datang la sorang budak ni bertanya kan tuk adiknya yang ber no 9. So asst.nya jawab ' tunggu dulu dipanggil baru datang', so beredarla budak ni.

Dan datang lagi sorang budak bertanya kan tuk adiknya yang CP. No bape, sy tak psan, tapi yg pasti no kat atas. Nak tau apa asst.nya jawab yg membuatkan saya n hb geram?
" tnggu dulu boleh tak? Dah panggil baru datang. Tunggu nama dipanggil dulu. Sabar la. Aku dah pening dah ni. Tunggu je la"
dengan suara yang meninggi sampai semua mata tertumpu kat depan. Kesian budak tu, malu dia. Tak boleh ke cakap elok2. Tak salah klu berbudi bahasa.
*Ni asst. yang muda tu. Klu tak boleh sabar dengan karenah 'pesakit atau waris' jangan wat keje cam gini. Klu sedara mara deme datang, bersembang.... sampai luar tempat rawatan tu boleh dgr.

Panas betul saya. Bayangkan samapi kul 12 tghr kami sampai, no 5,6,7 - 12, x dipanggil. sebaliknya no bawah. Saya bertanya dekat sorang adik ni dia no bape, dia no 8, datang dari pagi. So kami pun terus angkat kaki n hb terus nekad tak nak p g lagi. x tau lagi cam ner.

Wednesday 4 January 2012

Pendaftaran Ainie di PDK Ijok

Salam 1Malaysia..

Hari ni semua ibu bapa g daftar anak tuk ke Tadika n sekolah Tahun 1. Sekiranya Ainie sihat seperti kanak2 lain, tentunya saya n ayahnya antara yang tersibuk untuk pendaftaran si anak. Tapi apakan daya, takdir Allah mengatasi segalanya.

Walaupun kami tak dapat merasai kesibukan mendaftarkan Ainie ke Tadika, tetapi tetap merasai mendaftarkan Ainie ke sekolah gak, PDK Ijok. Alhamdulillah, sangat menarik PDK Ijok berbanding dua PDK yang telah saya pergi. Bukan nak kata yang lain2 tak elok tetapi yang ini lebih menarik hati kami, rasa bersyukur sgt bila dah pindah ke Ijok. Kenapa saya kata menarik?

1. Ainie cuma pergi kelas hari Khamis n Jumaat sahaja. Sebab hanya budak2 yang belum boleh berjalan sahaja kerana perlu ikuti kelas terapi yg hanya ada pd hari Kamis n Jumaat.

2. Therapist akan datang pada minggu pertama n minggu ketiga setiap bulan. So klu kat sini dah ok, tak yah g ulang laik ke PPUM dah. Jauh tu...hehehehe..

3. Kawasan yang sangat selesa, luas.

4. Penyelia, Pn Rokiah yang sangat mementingkan kabajikan pelatih.

5. Cikgu2 akan mengajar (terapi) bersama2 dgn parent. Tidak seperti di setengah tempat, parent yg wat sendiri tuk anak mereka.

6. Yang membuatkan kami berpuasa hati, pelatih ada seramai 52 org. Tetapi tak semua datang serentak sbb penyelia Pn. Rokiah dah wat jadual supaya PDK tidak padat dengan pelatih. N kawan2 Ainie nanti ada seramai 8 orang je, so blh diorg bg tumpuan kat pelatih2 yg perlu terapi.

Wat masa ni, ni je yang saya baru nampak. Sok adalah ari pertama Ainie g 'sekolah'. hehehehe.. Nak juga perkataan 'sekolah' tu.