Followers

Thursday 27 June 2019

Apabila TERPAKSA

Setiap anak istimewa mesti mempunyai habit yg berbeza dan kadang2 habit tak sepatutnya. Tapi ye la benda yang memang tak boleh dikawal oleh dia sendiri. 😥

Habit my angel, dia suke seluk pampers. Klau dia seluk, dan tak ada isi. Ok lagi. Kita boleh baduh tangan dia. Tp klau "BERISI"? 😣😭
Tak sah plak klau tangan  tu masuk mulut. Jadinya, apa jadi klau tangan tu ada "isi" 😓. Dah jd dia makan "benda" tu 😣😪

Mcm2 dh ibu buat. Buat seluar romper, tetap juga blh seluk. Baju baju dalam seluar dia tarik bajunya. Last skli ibu letak pin. Akibatnya, habis baju betlubang2. Dah macam anak terbuat, pakai baju koyak 😭😭

Sekali tu petgi Aeon nampak jumpsuit utk budak2. Beli 1, n berjaya. Dia tak dapt seluk. Nk beli lagi, tapi mahaiii... hehe.. RM59.90 klau tak silap.

Akhirnya ibu try gunting sendiri utk dijadikan baju raya dia. Itu pun disebabkan gara2 salah tgk baju ayong. Ingat maroon.. rupenya purple. Yang lain2 maroon.

Terus dpt idea utk buat jumpsuit. N kain plak ada warna maroon. Apa lagi.. ibu try la... tadaaaaa... ni hasilnya


Alhamdulilah, menjadi.. hehe.. ibu akan jahit lagi. Kain dah potong, tggal jahit je.





Monday 17 June 2019

RASA



Ada kala ibu tewas dengan ragammu
Ada kala ibu hampir putus asa
Ada kala ibu hilang kesabaran dalam menjagamu
Ada kala ibu hilang arah
Ada kala ibu menyalahkan takdir
Ada kala ibu rasa nak pergi jauh-jauh
Ada kala ibu malu
Ada kala ibu rasa terbeban
Ada kala air mata menemani lelah ibu
Macam-macam yang ibu rasa
TETAPI
IBU LUPA... ALLAH uji sebab ALLAH tahu yang ibu ni  seorang yang hebat.
IBU LUPA... padamu SYURGA ibu menanti
IBU LUPA... saham AKHIRAT ibu
IBU LUPA... padamu rezki ibu terkumpul
IBU LUPA... apalah yang dirimu faham
ALLAHUAKBAR, berdosanya ibu
YA ALLAH, Engkau permudahkan segala urusan kami untuk membesarkannya
YA ALLAH, Engkau kuat dan tabahkan hati kami dalam menangani ragamnya
YA ALLAH, Engkau kurniakan kami rezki yang luas supaya dapat kami meneruskan ikhtiar dalam mencari penawar.
Ayong, maaf kan ibu sekiranya ada masa2nya ibu marah pada ayong. Kesian ayong.

Friday 14 June 2019

Gadget baru untuk ayong
Semoga ia dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan dia untuk berjalan :)

Nak dijadikan cerita, TERORDER 1 pc each design 🤣
Nanti ayah beli lagi, ye
Sesuai dipakai semasa tidur.
Ada sesiapa yang sedang mencari Soft Night Splint? Boleh sekali jalan:)

#softsplint
#splint