Followers

Friday 30 December 2011

RUMAH KU SYURGA KU

Salam 1Malaysia

24hb Disember lepas dengan rasminya, saya berpindah ke Taman Sri Ijok. Setelah lama menanti n mengunggu dengan sabar, akhirnya. Rumah belum settle sepenuhnya lagi, so saya tak upload gambar. Bila dah siap semuanya saya akan upload kat sini.

Kepada semua rakan2 blog, anda dijemput tuk sama-sama menghadirkan diri ke Majlis doa Kesyukuran dan doa selamat kat rumah saya di Taman Sri Ijok.

Monday 19 December 2011

CUTI....

Cewah2, cam bekerja plak yer. Sebenarnya saya bercuti dari berkraf sbb sibuk mempacking barang. Insya allah 24hb saya akan berpindah ke Taman Sri Ijok di Kuala Selangor. Kami dah beli rumah sendiri. Rumahnya agak kecil berbanding denga rumah yang duduk sekarang.

Pasal rumah baru tu saya citer next entry yer. Tgh  kemas brg kraf, tak siap2 lagi ni.

Friday 16 December 2011

~Ibu Bangga dengan mu, nak!! Bangga sangat~

~ sudah pandai keluar / masuk bilik bila ada peluang ~

~ time ni hujan, sudah pandai g sendiri kepintu sambil ingin bangun ke posisi merangkak dan yang menghepikan ibu dari pintu depan, Ainie bergerak ke tangga plak. Lagaknya seperti ingin naik tangga. Teruskan Usaha anakku! ~ 

~ Nampak plak pintu stor terbuka. Bila tengok gelap tak jadi masuk n terus ke kabinet dapur (brgn kering). Nak tau Ainie wat apa? Meh tgk kat baah ni ~ 

~ Tolong ibu susun bagi lagi kemas. Barang pertama yang dikeluarkan, bihun. Tengah syiok kakak memunggah, adik plak datang tolong memriahkan. Habis bertabur semua dikeluarkan. Santan kotak, susu cair, su un, puchuk, cornflakes. Apa2 aje la Ainie. Ibu tak marah, tapi suka sgt. Usaha lagi yer, sayang ~


Wednesday 14 December 2011

~ Dia Merajuk!!! Adoi! ~

Salam 1Malaysia..

Mesti nak tau kan sapa yang merajuk? Siapa lagi kalau bukan puteri saya yang comel ni.
"Anak, anak, bijak sungguh kamu ye".

Dua minggu yang lepas my hb g outstaion ke PD selama 10 hari, Selasa lepas baru balik. Memang lama. Sampai terdemam2 Ainie, rindukan ayahnya. Memang cenggitu le kalau ayahnya g lama2. Ibunya pun rindu gak kat ayahnya, tapi ok lagi.

So bila ayahnya balik ari Selasa tu pun dah tgh mlm, so ayahnya x dapat la bermain dgn Ainie n 'Alim. Esok paginya, dua2nya jauhkan diri dari ayahnya. Cam malu2 n merajuk2 la konon. Si 'Alim, ayahnya angkat baru nak senyum. Ainie pun cam tu. Waktu tido malam, ayahnya tidokan Ainie, Ainie merengek2 sambil kaki menendang2 ayahnya. Bila tgh mlm terjaga pun cam gitu buatnya. Tapi bila saya datang n baring kat sebelah kirinya sambil tepuk2, dia n terus tido.

Sekarangnya ni ayanhnya pun sikit, sibuk nak settlekan hal rumah kat Ijok, so tak selalu dapat bersama dgnnya. Nak dijadikan citer, petang ni Ainie tak tido petang, so malamnya dia tido awal. Mula2 nak tido, saya dah baring2 kat sebelah kanannya sambil tepuk2, n dah nak terlelap. Pastu ayahnya plak ambil alih sbb balik awal. Terus dipalingkan muka n badan membelakangkan ayahnya sambil merengek2. Bila digeletek, dia ketawa tapi tetap membelakangkan ayahnya. ' Semakin bijak anak ibu'

Ini satu lagi perkembangan yang memberangsangkan. Seolah2 Aini sudah pandai bermain dengan perasaan.

* Banyak lagi yang ingin dikongsi dinext entry ye. Ada keje sikit*

Tuesday 6 December 2011

Dapat Order Dari Oversea (Australia)

Salam 1Malaysia..

Dua minggu lepas dapat email dari Miss Nona dari Australia nak oder brooch set n sanggul brooch ( tgk kat SINI ). Dia meminta supaya menggunkan POSLAJU. Mula2 saya ingat dia main2, so saya reply acuh tak acuh je la. So hari Ahad ari tu dia minta harga semua termasuk postagenya. Semalam dia minta details Western Union. Nasib baik la kakak ipar saya ni pandai berurusan dengan benda2 cam gini terutama melibatkan Western Union. Insya allah ari Kamis ni dia akan wat payment.

Terselit perasaan bangga kerana hasil tangan rakyat Malaysia akan sampai ke Australia. Antara brooch set yang dioder :


Monday 28 November 2011

AINIE KAT PPUM - FISIO

- Ainie dah semakin kuat berdiri -

- Sekali sekala therapist melepaskan Ainie tuk dia berdiri sendiri -

- Semakin stabil berdiri di dinding -

TERUS BERUSAHA YER SAYANG... WE ALL LUV U...

Friday 25 November 2011

~ AINIE HILANG? ~

Salam semua...

JAngan terpedaya dengan tajuk ni yer. Bukan apa, Ainie hilang dari pandangan saya. Gini citernya, saya n hero malaya ('Alim) g jemur kain kat luar. Sebelum kua, saya letak Ainie kat hall. Asyk duk depan TV je, so saya angkat dia. Nak bagi dia mengexplorekan diri dia la konon. Tiba-tiba bila saya masuk, saya tengok Ainie x de kat hall, saya terus g dapur. Kot2 dia ngesot sampai ke dapur. Tengok2 x de, so sy pun pusing balik bila dengar suara adik ketawa sambil menjerit2. Nak tau kat maner Ainie berada? Meh lihat gamba2 ni...




Rupa2nya Ainie ada kat celah sofa. Mentang-mentang ada ruang besar. Panda masuk n tak pandai kua. Mungkin Ainie nak tengok apa ada kat situ atau mungkin dia nak kua tengok keindahan alam. Kesiannya anak ibu. Tak pe sayang, nanti kat rumah kita nanti, gerak la ke mana aje Ainie nak gerak sebab ibu n ayah tak letak banyak perabot.

Semoga Ainie diberi kekuatan dan semangat yang tinggi untuk terus berusaha. Dapat memajukan lagi dirinya. 

Thursday 24 November 2011

ALHAMDULILLAH...


Salam 1Malaysia..


Ku panjatkan kesyukuran pada Illahi dia tas rezki yang dikurniakan. Alhamdulillah, barangan kraf yang saya buat sambilan di rumah mendapat sambutan. Ada permintaan di pejabat-pejabat untuk mereka jual. Surirumah pun ada yang minta borong dari saya untuk mereka jual wat duit sampingan.


Kepada mereka yang ingin menjual atau dengan kata lain ingin berbisnes kecil-kecilan, saya amat menggalakkan. Kerana modalnya sedikit sahaja. Anda boleh beli dengan saya, dan saya akan jual murah dengan anda. Anda boleh lihat di blog AJKraf , tapi harga di blog tu belum harga borong.

* email saya untuk harga borobg.

Sunday 20 November 2011

Pasrah...

Sedayanya ku cuba lakukan yang terbaik untuk keluarga. Jika ada kekurangan ia diluar kemampuan ku sebagai seorang isteri, ibu dan menantu.
"Tiada kehidupan tanpa dugaan."
"Ketentuan Allah adalah rahsia Allah. "

Ke pasar tani bersama Pak Jaga,
Untuk membeli ikan tenggiri,
Hati orang perlu dijaga,
Hati luka rawat sendiri.

Saturday 22 October 2011

~ DESSERT ~

Kuih Sagu

Saya nak syer dengan anda semua dessert kegemaran kami sekeluarga. Sekiranya ada di kalangan kami yang rasa teringin hendak memakannya, saya la yang membuatnya. Saya tak kisahpun sebab saya memang suka memasak. Tambah-tambah pulak klu ada yg memujinya...hehehehe..bangga la sikit. Nak tak resepinya. Mesti anda semua pun tau kan cara nak buatnya, mudah jer. Tapi tak pe, saya tetap nak bagi gak...

2 cawan sagu
4 cawan air
2 cawan gula
sebiji kelapa - putihnya sahaja
sedikit pewarna
sedikit garam

Cara membuatnya:
Basuh dan rendam sagu selama 3-5 minit. Kemudian tuaskan. Mendidihkan air bersama-sama gula sehingga larut. Masukkan pewarna ikut suka. Masukkan sagu tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga sagu betul-betul masak. Jangan dibiarkan, perlu sentiasa kacau. Apabila sudah siap, boleh la dimasukkan ke dalam loyang/acuan. Biarkan sejuk, n apabila sudah sejuk gaulkan sagu tadi bersama-sama kelapa yang telah digaul dengan garam. Dan boleh dihidangkan bersama-sama kopi o..

* sekiranya tidak boleh potong dengan pisau, boleh la guna sudu.
* sekiranya inginkan lagi lembut, tambahkan sedikit lagi air.

" Selamat Mencuba"

Thursday 20 October 2011

Saya yang macam-macam....

Salam 1Malaysia..

"Saya yang macam-macam"? Apalah agaknya yang macam-macam tu yer. Tak ada apa sebenarnya. Ada yang sedia maklum dengan perangai saya ni mesti dah agak apa yang saya maksudkan. Ermmm...saya ni kan suka berbisnes, x kiranya untungnya hanya RM1 pun saya dah puas hati sebab prinsip saya " Biar untung sikit asalkan customer ramai". Itu yang saya pegang hingga ke hari ini. Dan alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. So saya nak g tau yg saya jual gak brooch. Mehla pakat ramai2 beli ngan saya. Murah-murah jer. Mesti u all ingat saya yg wat kan. Maaf, ni bukan hasil tgn saya, ni kawan saya nyer hasil tangan. Saya kurang mahir sikit wat benda ni, klu guna felt tu terror la..hihihi..Tentu u all nak tgk kan. Meh KLIK SINI Saya syer sikit gambanya.


Brooch fesyen sekarang. Klu ada yang berkenan g tau yer. Tq

Tuesday 18 October 2011

Alat Bantuan Ainie

Reverse Walker
Sekarang di rumah setiap pagi jika ada masa kelapangan saya akan wat sedikit exercise utk Ainie. Sepatutnya RW ni digunakan untuk Ainie berjalan kehadapan. Tetapi disebabkan saya tak mampu tuk melakukannya sendiri, saya hanya dirikan dia sahaja sambil menyanyi dan bersembang. Biasanya saya akan memakai dia kasut khas seperti yang di bawah. Alhamdulillah, mula2 Ainie akan kekiri dan kekanan badannya, tp lama kelamanaan, dia sudah boleh berdiri tegak dan lama (Walaupun agak mahal, tetapi rasa berbaloi dgn perkambangannay sekarang). Yang bestnya dia sudah tidak marah lagi. Saya wat ni tak lama, adalah dalam 10-15 minit sebabnya adiknya mengacau. 


Selepas itu saya akan melatih Ainie jalan mengiring, iaitu meniti 4 buah kerusi makan sambil diumpan dengan tasbih yang digantungkan di kerusi. Alhamdulillah, tak marah. Seterusnya saya akan menatihkan dia untuk berdiri dihadapan pintu, biar di berpegang di grill pintu. Aktiviti ni dia agak kurang suka. Dalam bising2 mulutnya nak juga dia melangkahkan kaki. Bila sampai je kat grill terus nak duduk. Saya akan riba sekejap n paksa dia untuk berdiri sambil berpaut. Maranya, jangan nak cakap, tp akan cool semula biasa saya wat berbagai bunyi, dari bunyi burung, kucing, sampai la menggoyangkan grill. Baru la nak bg kerjasama. Saya wat semua tak sampai sejam pun. Tapi lepas tu saya sambung semula dgn aktiviti merangkak, melutut n bangun dari duduk bertinggung. Alhamdulillah, sekarang dah tak susah sangat nak wat semua tu sebab dia dah bg banyak kerjasama. Mungkin dah biasa kot.

DAN ini yang dia dapat dari aktiviti posisi merangkak.


Tapi waktu ni dia dah turunkan badan sebab 'hero malaya' tu sudah block ibunyer hp camera. Dan alhamdulillah sekarang Ainie dah kerap wat posisi ini. Syukur sangat2. "Aku bersujud padaMu Ya Allah. Engkau teruskan perkembangan demi perkembangan pada anak ini. AMIN"
Teruskan Ainie. Ibu sentiasa bersama Ainie.

*Adalagi perkembangan Ainie. Saya akan update bila ada gambar sekali.

Thursday 13 October 2011

"3rd GA RossRazif"


Jom join GA ni. Klik Banner untuk join

Tarikh tutup : 1/11/2011

Wednesday 12 October 2011

Untuk Suami & Isteri

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seoran...g isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…


Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.


Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.


Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..


TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..


SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .


PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..


Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..


Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..


Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.


Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...


Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

*Semoga pengorbananku dihargai. AMIN*

Monday 3 October 2011

Ainie & Rawatan Kak Raw

Salam 1Malaysia..

Ainie memulakan rawatan dengan Kak Raw, seminggu selepas hari raya. Sejam setengah gak la dari Shah Alam nak ke Felda Gedangsa tu. Kami bertolak jam 8.30 pagi selepas Ainie makan pagi n sampai sana lebih kurang jam 10.00 pagi. Masa kami sampai tu ada 3 buah kete je. Dalam hati seronok la orang tak ramai. Kami diberitahu ramai yang masih bercuti hari raya. Saya juga telah diberitahu oleh Ina (ibu Nabila) bahawa orang memang terlalu ramai jika hari2 biasa.

Ainie orang ke 4, sambil masa balut tu, hujan tengah hujan lebat, so tak berapa jelas apa yang diterangkan oleh kak Raw. Ainie, jangan tak tau, kuat lagi dia nangis dari bunyi hujan kat luar. Kami membawa 12 bandage, tapi tak cukup sebab tuk baut badan kena bandage yang besar.
Masa ni kepala tak balut lagi sbb x cukup bandage. & masa ni Ainie x sihat


Masa ni dah start nangis sikit2

Dah tertido, masa ni dah penat menangis, Seninnya admit kat DEMC

Ainie telah diminta untuk mandi dengan air rebusan daun pandan. Minggu pertama 35 helai, minggu kedua 25 helai dan minggu ke tiga 15 setiap hari. Kadang2 terputus gak bekalan sbb susah nak cari banyak tu setiap hari n kata kak Raw tak pe teruskan sampai minggu ke tiga. Ikut kata Kak Raw, muka Ainie ada kuning sikit n ada sawan sikit. Kata2 Kak Raw ni pernah juga disuarakan oleh arwah ayah saya sebelum ni. Selepas mandi tak boleh dilap n terus dipakaikan baju. Setiap hari rumah saya berbau sangat wangi dengan bau pandan. Ainie, jangan cakap la, semerbak baunya sampai keesok harinya. 

Minggu kedua rawatan Kak Raw kata, kuningnya dah nampak kurang n tulang kat peha dah rapat sikit. Kali ini Ainie menangis lagi kuat sebab dah sihat, x batuk n selsema. Tenaga pun kuat, sampai nak terjatuh ibu dbuatnya.

Minggu ketiga pun sama. Tapi minggu ketiga ni, saya dan suami dah nampak sedikit perubahan pada Ainie, iaitu Ainie dah ada perasaan cemburu pada adiknya. Satu malam tu, saya menyusukan adiknya n membelakangkan dia, dia boleh tarik baju saya. Selagi saya tak mengadap dia, dia akan tarik sambil menangis. Bila saya berpusing kearah dia, terus diam n peluk tangan saya, tak nak lepas. Dan satu lagi Ainie dah kerap buat perkara cam kat bwah ni.

Ibu tengah bagi makan

Minggu ke empat, Kak Raw kata Ainie dah boleh ditarik tulang. Sepatutnya buat mnggu ke lima nanti, tp disebabkan kak Raw dah nampak perubahan pada Ainie, so step tuk tarik tulang diawalkan. Dan Kak Raw memberitahu pada kami bahawa Ainie perlu dimandikan dengan air masjid sebab ada yang mengganggu Ainie. Kami telah memaklumkan pada Kak Raw bahawa kami pernah mendapatkan rawatan dengan Darul Syifa' n Kak Raw kata benda tu tak habis kaluar lagi. Sebab tu kadang2 Ainie melentik2 dan kami menyiakan sebab ada masa2nya Ainie akan takut bila dibacakan AlFatihah. Jadinya kami kena datang semula malamnya.

Penatnya hanya Allah jer yang tau. Bayangkan kami sampai rumah jam 4.30 ptg, buka balutan Ainie jam 6.30 petang. Siapkan Ainie, n bagi mandi n makan dah jam 7.30 mlm. Sian Ainie, biasanya bila dah buka balutan dia tido tp ari tu kami x bg dia tido sbb dah lambat sampaikan ibu makan pun ala kadar jer. Jam 8.00 malam dah bertolak semuala ke Gedangsa. Sampai jam 9.30 malam. Ya Allah, ramainya org, n nasib baik OKU didahulukan, dan kami ada 4 orang semua. Alhamdulillah, masa mandi je Ainie menangis sbb terkejut kot, sebab kena libas dangan air. Ibunya terkejut, inikan Ainie. Jam 12 tgh malam baru la samapi rumah n kami berempat tido dengan lenanya n sedar2 jam 7.30 pagi. Itu pun AInie yang kejut. Sampai ari ni masih berbai lagi penatnya. Alhamdulillah gak selepas mandi air masjid tu, tido malam Ainie agak lena tidak masa sebelum ni seperi yng saya citer dientry lepas. Dan minggu depannya kena mandi air masjid lagi sekali. Semoga Ainie akan hilang dari gangguan.

Harap2nya Sabtu nanti boleh jumpa dengan rakan2 yang lain. Minggu ni kami akan datang pagi.Pagi pun dalam jam 8.30 kua rumah, sebab sabtu lepas, kami sampai jam 2 petang pun orang ramai.

Harapan saya n suami, semoga dengan rawatan kak Raw ni akan memberi sinar baru pada Ainie. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ya Allah, kami memohon padaMu agar peliharala perjalanan pergi n balik kami dari membuat rawatan Ainie ni dan Engkau redhaila usaha kami ini. AMIN..

* ada lagi perubahan Ainie ari ini. Akan saya citerkan di next entry, dah nak tido...zzzzzzz


Friday 30 September 2011

My Hero







Saya asyik bercerita mengenai Ainie dan diri sendiri jer, hampir terlupa plak nak citerkan mengenai 'Hero Malaya' saya ni. Umurnya dah 1 tahun 4 bulan. Dia punya aktif jgn cakap la. Sampai naik darah dibuatnya. Pinggan mangkuk n periuk belanga dah ada tukar kemas. Agaknya ibu susun tak kemas kot. Dikemasnya semula. Stok2 makanan dalam kabinet tu usah cakap la, keluar masuk, keluar masuk sampaikan pintunya dah jd arwah dah.
Sekarang ni dapat peel baru, suka menyorokan apa jer barang bawah almari, katil, pantang nampak lubang yang terbuka, hbs dimasukkan semua barang.

Dan paling menaikkan darah ibunya ni, bila dia selalu mangacau ayong nye main. Apa aje yg ayong pegang akan dirampasnya dan pernah sekali saya tampar kakinya. Ada ke patut, ayongnya tengah main botol air mineral, dia boleh datang n sepak botol tu bawah meja. Dia ketawa, ayong nya menangis. Adoi anak2.

Saya ppening sikit dengan hero sorang ni bukan apa, saya tak boleh hilang dipandangan matanya, sampaikan nak ambik air minum pun dia blh menangis. Dah pening kepala, tak tau nak wat cam ner. Kiranya saya mmg tak boleh bergerak langsung, klu nak bergerak kena bawa dia sekali. Sebab tu la banyak benda yang tertangguh. Apa yang dirancang semua kena hold dulu. "Kita merancang, Allah jua yang menentukannya"

Thursday 29 September 2011

Emmmmm.... Masalah Lagi...

Salam 1Malaysia..

Klu ikut pada tajuk kat atas tu mcam dilanda masalah besar jer. Tapi tak la besar sangat, cuma rasa cam geram sesangat. Ni la pasal blog ni. Ntah kat maner silapnya, kita dah 'sign in' disuruh kita sign in semula bila nak balas komen. Plak tu bila kita 'sign in' kua la 'dashboard' n bila klik 'view blog' disuruhnya 'sign in'. Adoi poning kepalo dah ni.

Maaf ye kawan-kawan semua, komen anda saya tak dapat reply. Tapi kadang-kadang, ok jer. Bila nak bg komen kat blog orang boleh plak. Adoiiii....

Ada sesapa tau tak apa masalah sebenarnya n jalan penyelesaian nya. time kasih semua..

Wednesday 28 September 2011

Dugaan Lagi...

Salam 1Malaysia...

Awal bulan Sept, lepas raya Ainie dimasukkan ke wad di DEMC. Semuanya gara batuk berkahak. 3 hari 2 malam gak la kami berkhemah kat sana. Alhamdulillah dah pulih sepenuhnya.

Tengah  tengok Tv

Dan Aini juga telah memulakan rawatan dengan kak Raw seminggu sblm admitted tempoh ari, dan dah 3 kali pegi. Nak dijadikan cerita selepas rawatan yang ke 2 dan dalam proses mandi daun pandan (35 helai sehari - smggu) setiap malam Aini akan bangun n merengek2 dan akan membawa kepada tangisan yg syahdu. yang tak tahannya kakinya akan menendang2 ayah atau ibunya. Tak tau apa yang silap. Setiap kali bangun tu saya akan urut kaki dan badannya dgn minyak. Tetap sama. Bila dah penat menangis (sejam lbh krg) akan tido semula. Begitu la setiap malam shgga ari ni dan bukan sekali, kdg2 2, 3 kali satu malam.

Tak tau kenapa. Kadang-kadang membuat kan ayah dan ibu hilang sabar, dilepuk juga punggungnya. Sebab semua dah dibuat ak juga menjadi. Diurut kaki dan tangan, dipeluk, dibacakan alfatihah, ayatul kursi, 3 qul, zikir, semua dah. Tapi tetap sama. Marah, kesian semua ada. Anak, anak, apa la puncanya dikau menangis begini. Andai la ibu dan ayah tau.

Adakah badan terasa lenguh2 sebab balutan bandage tu?
Adakah badan rasa berbisa-bisa?
Adakah badan tak selesa sebab mandi dengan air daun pandan? (lepas mandi x leh lap)
Adakah sebenarnyanya Ainie ingin bermanja?
Issshhhh.... fening ibu memikirkannya. Kadang-kadang rasa trauma bila malam menjelma.

Ya Allah, Engkau lindungi lah anak ini dari perkara-perkara yang tidak diingini, berikanla kekuatan kepada dia dan kami jua untuk mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan, kuatkan semangat dia untuk memajukan dirinya sendiri. Tabahkan hati kami untuk menghadapinya, hentikan tangisannya pada setiap malam, berikan kesihatan kepada dia, tolong lah kami, Ya Allah. Kami dah tak sanggup lagi mendengar tangisan setiap malam kerana kami tidak tau apa punca. Kepada Mu, kami berserah. Amin Ya Rabbal Ngalamin.

Monday 26 September 2011

Ok tak?

Salam 1Malaysia..

Saya nak minta satu pendapat je dari anda semua.
Ok tak klu blog ni saya campurkan sekali dengan contest atau GA?
Bukan apa blog contest saya dilanda masalah ntah dari mana..
Tak leh nak join GA orang.

hehehe..tq

Friday 23 September 2011

Hati Berbicara

Kadang-kadang hati sering membisikkan, KALAU la aku masih bekerja, mesti bestkan. Boleh window shopping, berborak2 dengan kawan-kawan, bertukar-tukat citer mengenai perkembangan anak. Macam-macam boleh diceritakan. Boleh juga melepaskan melihat gelagat manusia. Dan yang paling best sekali setiap hari Jumaat mesti g shopping kat Mydin @ UO, paling kurang 1 barang mesti beli. TAPI itu hanya dulu. Sekarang semuanya agak terbatas. Window shopping dah tak boleh nak wat, masa agak terhad. Kadang-kadang nak kua ari Sabtu atau Ahad pun terbatas masanya.

Kadang-kadang hati sering membisikkan, KALAU la aku masih bekerja, aku ramai kenalan. Tidak kira usia, baik tua mahupun muda. TAPI bila aku berhenti hilang semua kawan. Hanya 2,3 orang sahaja yang sudi bertanya kabar. Sunyi sebenarnya. Sekarang kawan ku hanya rakan-rakan alam maya.

Kadang-kadang hati berbisik, alangkah seronoknya klu aku dapat berjumpa kembali kawan-kawan ku yang lama. Kawan-kawan semasa bujang ku dulu. Bukan diorg tak buat gathering atau pun 'makan-makan' kat  rumah diorg, cuma aku tiada masa untuk hadir, walaupun mmg hakikatnya hati memberontak kata mahu pergi. Apa dayaku. 'Zura, sorry, saya mungkin tak dapat datang 25hb nanti, ikut hati mmg nak pergi, nak jumpa dengan u alls semua, tapi keadaan tak mengizinkan.'

Kadang-kadang hati berbisik, kerja dipejabat lagi seronok dari duduk rumah. Klu stress masa kerja, rasa itu akan ditinggalkan disepanjang jalan. Sampai jer rumah hati hepi dapat jumpa anak-anak. Klu duduk rumah, bila stress, kat maner nak ditinggalkan. Alamatnya memendam rasa la sendiri. Habis-habis klu tak tahan menangis sendiri. Bukan la kata duk kat rumah tak best, tapi..Ntah la.

Kadang-kadang hati berbisik, kenapa la aku duji dengan ujian yang bagi ku sangat berat. Yang kadang-kadang aku tewas dalam menanganinya. Bukan la aku menyalahkan takdir tetapi kadang-kadang perasaan itu datang.

Kadang-kadang hati berbisik, kalau la bil telefon tak perlu bayar, kan best. Sudah pasti ramai kawan-kawan yang aku call setiap hari. Tapi itu tak mungkin. Sedangkan hanya aku call mak kat kg selang 2 ari pun, bil mencecah RM100. Klu ikut kata hati mmg aku mahu menefon mak setiap hari. Klu boleh aku nak update apa saje perkembangan anak-anak kat mak, tapi.. nanti bil melambung. Ermm..kadang-kadang, aku rasa sunyi untuk bercakap sbb aku ni jenis yang banyak bercakap.

Kadang-kadang hati berbisk, kalau la Ainie normal macam kanak-kanak lain alangkah seronoknya aku. Macam-macam akan ku lakukan bersama-sama dengan adiknya. Kami boleh berwindow shopping pada ari-ari biasa. Mesti best, orang tak ramai. TAPI, itu hanya KALAU. Hakikatnya semua benda perlu ku lakukan untuknya seawal 5.30 pagi. Setiap pagi perlu 'bergaduh' setiap kali utk dimandikan, diberi makan. Tambahan pula sering diganggu dengan karenah adiknya, yang kadang-kadang membuat aku hilang sabar. Ini juga lah puncanya aku stress setiap hari. Siapa kata jd ibu sepenuh masa tak letih, best? Ya, klu anak-anak mereka normal semuanya. Sekiranya anda mempunyai anak seperti saya, Ainie yg istimewa dan 'Alim yang tak bleh saya nak hilang dari pandangannya walau sesaat, hanya suruh duk mengadap dia jer, tidakkah kesabaran sampai ketahap yang maksima? Orang hanya boleh berkata 'alah, anak baru 2, aku anak dah 5, boleh je handle'. Tapi aku yang mengalaminya.

Kadang-kadang hati berbisik, kalau la aku banyak duit, macam-macam boleh ku lakukan untuk Ainie dan akan aku buka perniaagan sendiri. Itu cuma KALAU.

Kadang-kadang hati menjerit...aaarrrrgggggggggggggggggggg.....tensionnnnnnnn... 'Ntah la, hati-hati. Jangan la kau berbisik dengan perkara-perkara yang tak mungkin terjadi.

Thursday 15 September 2011

SeLaMaT HaRi RaYa

Salam 1Malaysia..

Lama sudah saya tidak megupdate blog. Bukan tak ada cerita yg mahu diceritakan, tapi saya dah x pandai utk menyusun ayat supaya sedap bunyinya. Maklum la dah lama meninggalkan bidang penulisan. Ok, saya akan mencerita secara ringkas perkembangan Aini yang terkini.

Pada bulam Ramadhan yang lepas merupakan bulan yang sangat menggembirakan kami sekeluarga. Banyak perkambangan yang Ainie tunjukkan. Ianya tidak la besar. Kecik2 jer. Contohnya jika sebelum ni Ainie tak nak bangun melutut sendiri di meja, KINI dia telah mula menunjukkan kemahuannya dan telah melakukannya di depan therapistnya n therapistnya sesangat la hepinya (sy ada syer kat FB). Jika sebelum ni dia akan buat dalam bilik air jer, kat baldi besar. Sekiraya dulu di PPUM dia tak nak berdiri (tanpa dipegang) di tangga kayu (apa ntahnya) KINI dia dah mula ada keyakinan bila dilepaskan. Ni pun therapistnya hepi. Sekiranya dulu Ainie amat susah utk menggenggamkan tangan KINI dia sudah mula menggenggamkan tangan (berpaut). Sekiranya dulu Ainie hanya duduk di kerusi makannya sahaja bila tiba time makan KINI Ainie sudah mula bangun utk berdiri walaupun separuh jer (sebab terhalang dengan tray). Walaupun sekali dua jer dalam sehari dia wat, tapi saya tetap rasa berbangga dengan perkembangan yang Ainie tunjukkan.

Dan yang terkini Ainie baru jer discharge dari DEMC, ari Rabu lepas. Citer cam gini..... Nak dijadikan sebab raya ari tu, saya cuti lama kat kg ( 5 ari 4 malam). Tak ada apa yang berlaku. Cuma kami asyik keluar berjalan, ye la, namanya pun raya kan. Cuaca gak panas la jugak. Tapi tak de kami berjjemur. So balik sini ari Ahad pagi. Petang tu dah nampak 'Alim nak selsema, asyik bersin jer. Ainie ok lagi. So esoknya 'Alim dah selsema n tengharinya Ainie plak selsema. So, saya pun bg la balance ubat yang ada. Ari Rabu plak diorg dua beradik dah start batuk2. Ari Kamis g kinik, tp doc lambat masuk n dah nak mahgrib, kami ambik ubat jer tanpa jumpa doc. Ari Sabtu plak bawa Ainie g rawatan Kak Raw. Start dari petang lepas rawatan tu, Ainie nampak lembik jer. Batuk makin kuat n bila bg ubat kahak kua byk sgt. N dari ari sabtu sampai ahad, Ainie x nak makan. Macam2 bg x nak. Ari Senin bawa Ainie g DEMC tempat rawatan dia sebelum ni (2 tahun lepas). Sekali paed check, kahak dah byk sgt kena neb setiap 3 jam n perlu diawasi, so admit la 3 ari 2 malam.

Masa jumpa paed Ainie tempoh ari, rata2 ibu bapa bawa anak2 diorg batuk n selsema. Dari bb hingga yang sudah bersekolah. Apala agaknya puncanya, kan? Klu nak dikatakan lama kat kg, kotor persekitaran, so budak2 tu pun agaknya balik kg n kg diorg pun x bersih kot. Klu nak kata saya jaga tak betul, tak bersih, agaknya ibu bapa diorg pun jaga x betuk kot, tak bersih. Klu nak katakan badan byk kuman, agaknya badan anak2 diorg pun byk kuman kot. Ntah la. Saya dah jaga anak2 saya sebaik yang mungkin. Tapi klu ditakdirkan diorg sakit, saya hanya menerima qada' dan qadar dari Allah yang sentiasa menguji hamba-hambanya.

Ni saya selitkan sekeping gamba raya kami sekeluarga.

SeLaMaT HaRi RaYa
MaaF ZaHiR & BaTiN

Monday 18 July 2011

Ainie Lagi

Salam 1Malaysia....

Masa saya begitu agak terhad. Kesibukan sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja. Pekerja? Ya, saya buat kerja sambilan seperti yang sya cerita di entry yang lepas. Alhamdulillah, rezki tak putus-putus. Sampai kadang-masa cam tak cukup jer masa yang ada, 24 jam tu.

Ouhhh... Maid dah tak ada semula. Tak tau di mana silapnya, dia cuti terus lari. Call, sms x reply. Last2nya off hp. Tapi bukan itu yg saya nak syer kan di sini. Saya nak syerkan perkembangan Ainie yang terbaru.

Seminggu yang lepas Aini demam. Alhamdulillah demam dah baik, tggl selsema n batuk jer lagi. Itu pun dah beransur pulih. Ainie dah pandai melutut. Jika sebelum ni dia wat seminggu ada la sekali. Tetapi sejak dia demam ari tu, setiap hari dia wat. Walaupu dia wat kat dalam bilik air, setiap kali mandi, tapi kami semua hepi sesangat. Termasuk therapistnya. Ye la, dia kan `suka main air. Setiap kali mandi, mesti dia melutut kat kolah. Saya, mak mertua n kakak ipar semua tepuk tgn n mengucap syukur.

Saya sempat rakam aksinya, tp x leh publish kat sini, bahaya... Maklumla tgh mandi, kan. Therapistnya pun hepi n katanya ' x pe, mula-mula kat bilik air, next time kat dalam rumah plak'. Satu pencapaian yg agak membanggakan dari Ainie. Teruskan Ainie, ibu n ayah bangga dengan mu, nak.

Syukur padaMu Ya Allah. Engaku kuatkan lah semangatnya untuk dia terus berusaha lagi. Amin

Wednesday 22 June 2011

BERKONGSI DEBARAN

Salam semua...

Selasa yg lepas bawa Aini g fisio terapi di PPUM. Aini diperkenalkan dengan alatan baru. Lupa namanya. Nanti saya update berserta gambar sekali. Cam biasa, Ainie akan menolak, tp alat ni sangat bagus utk Ainie praktikkan. Ia sesuai untuk melatih Ainie yg malas untuk berdiri. Harganya agak mahal sikit.

Ok, berbalik pada tajuk di atas, pada ari Selasa tu jugak masa dalam lift di PPUM, saya dapat call dari Karangkraf. erkejut gak, apahal plak diorg call. Rupa2nya, diorg terjumpa BLOG KRAF saya dan tertarik untuk buat shooting dengan saya. Ermmm...mula2 cam tak nak tp bila fikir balik peluang datang sekali, so seya pun memberi kata setuju. Dan insya allah ari Kamis ni, kul 10.30 pagi diorg datang. Harap2nya berjalan dengan lanjar. Berdebar gak ni. Doa2kan nyer kawan2. Saya akan update yg lain dientry akan datang.

Thursday 16 June 2011

Minta Maaf....

Salam semua...

Maaf saya pohom sebab blog saya sekali sekala jer sy update..
Bukan apa, saya agak bz kebelakangan ni dgn aktiviti2 yg sy sendiri cari, bukan apa tuk tambah pendapatan,...hehehe..nak tau apa saya nyer aktiviti?
Meh saya list sikit:-

1. Ambik upah menjahit barut baby - sapa2 yg nak beli barut baby, blh roger sy.

2. Sibuk wat kelas asas kraf - Ina ibu Nabila salah sorang murid saya...hehehe..harap2 Ina berpuashati dan ada sapa2 nak belajar g tau saya.

3. Sibuk gak wat kelas asas jahitan manik - permintaan kurang sikit n insya allh bulan pose ni ada projek masyuk..

4. Dah dekat nak raya ni, so dah mula terima tempahan jahit manik plak - Meh pakat anto klu nak tempah.

5. Sibuk nyiapkan tempahan kraf - Dah start anta kat kedai n org perseorangan yg nak jualkan. Sapa2 nak tmph tuk sbrg majlis boleh juga... Meh tgk kat SINI

Nak tau bila masa sy wat semua ni? Meh sy syer....

- Kelas kraf n jht manik sy wat pagi sambil jaga anak2 sambil ngajar. Anak2 tak saya abaikan, terutama Ainie.

- Siapkan tempahan, sy wat waktu malam. (Nasib baik anak2 tido awal.)

So, x ada masa sangat nak update blog. Tapi klu ada perkembangan terbaru dari Aini, saya akan update.
Cuma saya nak minta maaf kat semua, sy dah lama tak tinggalkan jejak kat blog2 kalian. Masa kurang mengizinkan. Sebenarnya hb tak berapa setuju sy wat benda2 ni semua, tp saya minat sgt n secara tak langsung boleh cari duit poket. hehehe... Alhamdulillah, ada saje permintaan. Rezki anak2 mungkin.

Thursday 2 June 2011

Terbaru Dari Ainie

Maaf videonya senget.. x reti nak betulkan...
Amat susah untuk dia ambil n suap sendiri ke mulut.
Walaupun dia pegang tak lama, tp alhamdulillah, akhirnya nak juga dia wat.
Teruskan anakku. Ibu bangga dengan mu.

Sunday 29 May 2011

Apabila MAID berhenti

Salam 1Malaysia...
Maaf sebab saya dah lama tak update blog ni. Bukan apa, bila maid dah berhenti, semua keje saya kena langsaikan. So hbtak izinkan saya utk tido lewat. Hb bg bersaiaran sehingga jam 10 mlm sahaja. Bayangkan klu anak2 tido jam 9.30 mlm, so byk mana sgt masa saya boleh bersiaran, kan? Ni pun dah terlajak sikit.

Maaf juga saya pohon pada anda semua sbb sy tak dapat nak follow citer2 terbaru mengenai anak2 comel semua. Cuma kat FB (FAMEkids) je saya boleh follow. Itupun x semua. Maklumlah si hero ni dah semakin lasak n aktif.

AINIE? ermm...alhamdulillah... Dia sihat dan semakin bijak. PERKEMBANGAN? Memang ada, walaupun x banyak. Saya tak dapat bak citerkan pada entry ni, m b dientry akan datang. Insya allah. Ermmm...saya nak g tau kat anda semua yg saya dah 'bina' satu lagi blog. Kat blog ni semuanya mengenai hasil tangan saya, kraf. Sekiranya anda berminat utk menempah, sgt2 dialu2kan. Mana tau kot2 nak wat sourvinier ke, blh la g tau saya. Meh KLIK SINI . Ok lah saya akan sambung kendian yer.s

Wednesday 30 March 2011

Bukan Ku Tak Bersyukur

Salam bersiaran... Ermm..sudah lama rasanya saya tidak mengupdate blog saya ini dan saya cuma berblog walking n tidak meninggalkan jejak. Bukan apa, saya agak sibuk kebelakangan ni. Lagipun saya sedang 'berperang' dengan perasaan sendiri. Berbagai rasa..Entah lah... Apa yang saya boleh buat sekarang adalah, bersabar dan terus bersabar. Berusaha dan terus berusaha.Semoga Allah tinggikan lagi tahap kesabaran saya. Amin.

Untuk pengetahuan semua, sejak dimasukkan ke PDK, dan sejak 'Alim makin lasak, Ainie menunjukkan perkembangan demi perkembangan, walaupun tak banyak. Perkembangan tersebut turut diakui sendiri oleh therapist nya di PPUM. Dan kami sendiri melihat perkembangan demi perkembangan dari Ainie walaupun sikit-sikit sahaja. Itu pun kami bersyukur sangat2. Alhamdulillah, Ya Allah. Teruskan lagi perkembangan tersebut. Amin.

Wednesday 9 March 2011

Oh PuTEri Ku..

*Rajin sggh ibu, 3 entry sekali

Ini cubaan melatih Ainie utk memegang makanan. Ini la hasilnya sekeping roti. Tapi lepas beberapa siri latihan, alhamdulillah, Ainie sudah mula menunjukkan minat utk memegang makanan, roti n biskut. Next time kita cuba lagi yer sayang. Latihan ni bagus supaya Ainie boleh memegang semua benda.

Keaktifan Membawa Tanda

Hero saya sorang ni, cukup aktif memanjat. Dah banyak kali jatuh, tp yg pagi ni memang menyakitkan. Tengok la sendiri. Ni di bawah jagaan maid. Nasib baik tak kena biji mata. Adus, kesian anak ibu.

Yang ni plak aksi ngeri nya. Tak pernah lagi la terjatuh dari walker. Minta2 nye jgn la sampai jatuh.

FiSiO

Senin lepas Ainie wat fisio kat PPUM. Alhamdulillah, walau pun tak byk perubahan, at least adalah sikit. Ainie dah nak memegang palang tu. Sebelum ni tak nak langsung. Ada angkat buntut cubaan untuk bangun. Syukur Alhamdulillah. Menangis tak ada, tp merungut. Anak ibu ni memang tau, manja sangat. Saya ada ambil beberapa pic masa kat atas 'stand' ni. (tak tau apa namanya)



Alhamdulillah, Ainie tak nangis pun kat atas ni. Mula2 jer merungut. Kena wat banyak exercise berdiri sbb Ainie nak berdiri tetapi lutut tetap nk bengkok kan. Macam gayat.

Sunday 6 March 2011

AiNiE HePi Di PDK..

Salam bersiaran... Dientry lepas saya sudah berjanji yang saya akan syer aktiviti Ainie Di PDK. Bukan saya lupa, tapi disebabkan Ainie masih baru dan belum diletakkan di bawah cikgu mane, so cam tak semangat nak citer walaupun saya mmenag bersemangat nak anta dia ari2 ke sana. Saya bawa Ainie sebanyak 2 kali jer last week. Ye la, minggu percubaan. Dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan keramahan 'student2' n cikgu cikgi kat sana.

Apa yang saya boleh kongsikan mengenai aktiviti Ainie adalah:

1st day, kami sampai agak lewat (kul 10.00 pg) coz, mula2 nak cancel sbb EBM utk 'Alim lupa nak wat. Tapi bila pg tu, MIL suruh cuba bawa bb 'Alim. Baru masuk kete dah menjerit pekik nak kat ibu gak. Pujuk punya pujuk, tak makan saman gak. Last2 g tau MIL, cuba tgglkan jer. Alhamdulillah, elok jer bila tak nampak muka ibu dia yg comel ni. (hehehe..isi bakul angkat sendiri). Sampai jer, diorg tgh break off. Tapi ada cikgu yg sambut kami n kaki Ainie di massage dulu n cikgu tersebut mmg ada skill mengurut. Dan sekali lagi saya diberitahu yang Ainie akan berjalan suatu hari nanti. Alhamdulillah. Cuba perlu bersabar + usaha tanpa jemu. Ainie nampak sangat hepi kat sana. Buat la apa saje aktiviti kat dia, senyum memanjang. Dan bagi la apa saje makanan akan makan tanpa byk 'soal'. Klu tak kat rumah, nak wat exercise sikit jer, dah menjerit. Bagi la makan lain selain yg biasa dia makan, cth mee sup, akan diluahkan atau buat2 nak muntah. Bukan tu jer, siap wat mimik muka tak suka. Ainie-ainie. Mungkin di PDK tu ramai kawan.

2nd day, kami sampai awal sikit, kul 9.30 pagi. Ari kamis adalah hari bebas. Maknanya anak2 tak de kelas. Lebih kepasa karoeka. Dan saya tak sia-siakan masa yang ada dengan wat bebrapa exercise kat Ainie dngan alat yg ada. Di sana setiap pagi dan waktu nak balik akan ada nyayian dan tarian. Jgn tak tau, puteri saya sorang ni pun saya tari kan juga. Bukan main lagi dia, tersenyum dan bila time tepu tangan siap ketawa n menjerit lagi. Hepi..Bukan AInie jer yg hepi kat situ, saya pun hepi gak. Sebabnya kat sana semua anak-anak kat sana ramah tamah. Ada yg ditemani oleh ibu dan mereka juga ramah. Dan kami boleh bertukar2 citer. Bukan la sembang kosong, sembang kami berisi. Dan saya telah dirapati oleh seorg ibu yg mempunyai anak CP, Farah nama anaknya. Dulunya, tidak diberika harapan oleh doktor untuk anak itu duduk, berdiri dan berjalan. Kerana anak ni dulunya, tidak mampu langsung utk mengangkat kepala. Namun kini anak tersebut sudah pun berjalan ketika umur dia 8 tahun. Dan saya telah diberi harapan oleh ibu tersebut bahawa Ainie akan berjalan, cuba perlu usaha lebih n bersabar. Insya allah. Kami sedang ke arah itu sekarang.

Mungkin ada yang tertanya2, nape la saya tak letak gambar, kan? Bukan apa lupa nak menangkapnya. Maklum le, bila sampai jer, dah tak ingat nak ambik gambo, bila dah nak sampai rumah baru le teringat. Insya allah, di nest entry yer. Esok Ainie ada fisio kat PPUM, petang. Harap2 Ainie bagi kerjasama cam ner terapi OT.

Thursday 3 March 2011

TuAh AiNiE

Salam semua..

Saya ingin berkongsi kegembiraan. Saya ada masuk contest untuk Ainie tempoh hari (Jan 2011) iaitu 'Contest Nama Baby Saya'. Saya pertaruhkan Ainie dan 'Alim. Tapi Ainie yang berjaya, PEMENANG UTAMA. Alhamdulillah, rezki Ainie. Meh KLIK SINI.


Terima kasih kepada penganjur contest IDMA TEXTILE kerana memilih Ainie sebagai pemenang.

Monday 28 February 2011

PDK KLANG SELATAN LaGi..

Salam.. sejak 3 hari ni saya sangat sibuk sampai tak sempat nak blogging walking. Malam ni saya curi sikit masa setelah petang tadi cukup 'rehat' - lawan 'beradu' dengan puteri n putera yang comel. Sebabnya malam semalam pergi Tasik Putri kat Rawang g melawat SIL yg tak sihat. Zaman sekarang ni masih ada lagi orang yang suka 'membuat orang'. Dan orang Darul Syifa' dipanggil dan berlaku lah sesi rawatan. Waktu rawatan tu kami dah balik sbb paginya kena berkejar ke JKM Klang pulak.

Alhamdulillah,
Puan Siti Hajar ada di pejabat hari ni seperti yang dijanjikan. Kami telah pun mendapat surat permohonan dari JKM yg mengatakan kami akan menghantar Ainie ke PDK Klang Selatan. Pastu, kami terus mendaftarkan Ainie di PDK Klang Selatan dan insya allah Ainie akan start 'bersekolah' mulai esok. Saya hepi sebenarnya. Sebab saya mmg teringin merasai perasaan/pengalaman ibu-ibu diluar sana apabila anak2 mereka bersekolah Tadika diawal usia 4 tahun. Saya akan merasainya nanti, insya allah.

Semoga semuanya baik2 esok dan diharapkan perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar. Amin.

p/s: saya akan syer aktiviti Ainie di sana nanti, insya allah..