Followers

Monday, 31 January 2011

Kembali ke bentuk AsAL

Salam bersiaran... (entry suka-suka)
Sejak balik ke Malaysia ni ( mcm g jauh) saya sangat bz dgn urusan anak-anak. Ditambah pula si putera tu semakin lasak. Dan yang memenatkan tu, tak boleh berenggang langsung. Memang penat. Kadang-kadang nak makan pun jd lupa. Terkejar-kejar dibuatnya. Kul 2 petang baru rest sikit bila si putera beradu. So byk masa dgn si puteri plak.

Nak dijadikan cerita, saya terjumpa la seluar jean yang dah tak muat pakai selepas bersalin ari tu (May 2010). Saje gatal nak mencuba. Kot2 muat la pulak. Eh! Muat la. Longgar lagi. So dengan kadar segera g la timbang berat. Ya Allah, 45 kg la. Ermm..patut la rasa ringan sikit. Itu berat semasa saya berkahwin dulu. Cuma ada beberapa part yg memang dah lari sikit. Biasa la, anak dah dua. Patut la ramai gak yg kata badan saya maintain jer. Rupa2nyer dah kembali ke bentuk asal.

Thursday, 27 January 2011

Mengapa Baru Sekarang?

Entry kali ini renteten dari entry Ayu, ibu Aisya. Sedih saya membaca entrynya kali ini. Dan yang membuatkan saya bertambah sedih adalah kisah 1. Seolah2 terkena tepat pada saya. Di mana anaknya tidak diberikan perhatian atau terapi oleh parents nya.

Tiba-tiba saya menjadi sedih dan saya menyalahkan diri saya dengan keadaan Ainie sekarang yang masih belum boleh berjalan. Terus terang saya katakan yg saya sgt2 jeles dengan tahap pencapaian Aisya dan Rayyan. Saya sangat2 cemburu. Bagaiman keadaanmereka semasa lahir hinggalah sekarang yang sangat baik perkembangannya, berbanding dengan Ainie. Ya. Semua tu saya salah saya. Saya telah 'merehatkan' Ainie selama setahun tanpa membawa dia terapi di hospital. Ini semua gara-gara  H1N1 yg mana waktu tu Ainie terlalu mudah dijangkiti selsema dan dinasihatkan agar jgn terlalu dedahkan dengan enviroment yg tidak sihat. Di rumah pun hanya wat yg mana terdaya sahaya kerana waktu tu saya pregnant anak kedua. Kejamkah saya? Ya, saya memang kejam dan tidak memikirkan perkembangan Ainie yang sangat penting di saat umur dia waktu itu. Saya berhenti keje kerana ingin menjaga n membuat terapi utk AInie di hospital dan di rumah, tetapi tidak banyak yangdapat dilakukan dan akibatnya Ainie belum lagi boleh berjalan yang sepatutnya dia sudah boleh berdiri sendiri sekurang-kurangnya. Ya Allah, mengapa begitu tega aku membiarkan anak ku begini. Kejam, aku memang kejam.

Saya tetap menyalahkan diri saya dalam keterlambatan Ainie sekarang. Kenapa? Sebab saya terlalu percaya dan mengharap sangat pada PDK Shah Alam. Dientry yg lepas saya ada menceritakan serba sedikit mengenai PDK tersebut. Selama setahun lebih iaitu selama Ainie tidak keterapi yang mana sebenarnya say aingin menghantar Ainie di sana. Satu kebodohan saya juga agaknya, mengapa saya mengharap dan terus mengharap di PDK Shah Alam. Kenapa saya tidak mencari inisiatif lain? Mengapa? Menyesal sekrang tiada gunanya. Seolah-olah saya seorg ibu yang tidak mementingkan kemajuan anaknya. Maafkan ibu, Ainie. Ibu bingung waktu itu. 

Tetapi, saya bersyukur sangat2 kerana telah menemukan saya dengan anda semua, Family Super Kids. Walaupun kita tidak pernah bertemu tetapi kemesraan tetap terasa. Dengan keprihatian anda semua, berkongsi info dan kata2 semangat yang dihulurkan, sangat berkesan pada saya dan seolah2 anda semua sudah macam saudara sendiri. Cuma saya selalu bertanya, mengapa baru sekarang saya bertemu dengan anda semua? Kenapa tidak di saat saya kebingungan dulu?  Mengapa ? Adakah sudah terlambat untuk saya memberi yang terbaik utk Ainie?  

Tetapi, saya tetap bersyukur pada Yang Berkuasa kerana telah menemukan saya dengan anda semua walau pun sudah agak terlewat. Sekarang, setelah saya berhubung dengan anda semua, semangat saya datang semula. Terima kasih semua. Yana, terima kasih krn telah byk membantu dalam memberi contact PDK Klang. Insya allah saya akan mendaftarkan Ainie di sana. Cuma keadaan yang masih belum mengizikan. Akan ibu usahakan Ainie. Sabar yer sayang. 'Ya Allah, Engkau permudahkan dan berikan kelapangan kepada kami untuk kami mendaftar Ainie di PDK Klang dengan kadar segera. Amin.'

Friday, 21 January 2011

AiNie LaGi..

Di suatu petang yang terik, hatiku berlagu girang.. "Oh Tuhan, aku bersyukur  padaMu kerana telah menunjuk sedikit demi sedikit perkembangan Ainie. Walaupun ia sekadar menyapu mukanya sendiri, tetapi aku bersyukur sangat dengan kurniaanMu itu. Engkau tunjuki lah lagi perkembangan demi perkembangan dari anak kecil ini. Amin." Tanpa ku sedar airmata ku meleleh membasahi pipi. Telefon segera kucapai n ibu di kampung segera ku ceritakan berita gumbira itu dan disambut dengan syukur oleh ibuku. Terima kasih ibu kerana hanya dirimu sahaja yang memahami diriku.

Cewah2 cam dalam novel pulak. Citernya cam gini. Petang tadi cam biasa kul 5.15 time untuk Ainie bermain air dalam tub mandi adiknya (syer). Mesti semua tertanya2 muat ker Ainie kat dalam tu. Memang tak muat tapi saya suruh dia bersila. Ermm...apalagi, seronok la dia..menepuk air. Saya syampo kan rambut dia. Bila saya bilas n lalukan air kat kepala n air jatuh la ke muka, kan?..nak tau dia wat aper? Dia sapu sendiri muka dia. Sebelum2 ni mmg saya ajar dia wat cam gitu, dan akhirnya dia boleh ikut. Saya punya gembira, saya terus cium dia n tepuk tangan. Dia ketawa n pas tu bila saya ulang semula, dia tak wat dah. Terkejut agaknya tgk ibu dia excited sgt. Sapa yang tak hepi, kan? Hehehe..tak pe sayang, nanti2 wat lagi tau.

Wednesday, 19 January 2011

Hari Yang Penuh Dengan Emosi

Berbagai-bagai perasaan yang saya rasa hari ini. Sedih, marah, tension, semua menjadi satu. Perasaan yang tak dapat nak dikawal dan rasa macam nak menangis. Tak tahu kenapa. Adakah kerana 'Mr. P' dah lama tak menjelma, sekali menjelma semua tak kena. Ntah la.

Hari ini hb g outstation sampai hari Ahad, g Banda Aceh.  Kul 6.30 pagi dah kuar rumah. Huhuhuhu..sedih ditinggalkan dengan anak2.

Pagi2 lagi dah membebel kat maid. Dah la tengah 'berperang' dengan Ainie (bg makan), 'Alim plak nangis lepas makan. Tak pe lagi. Sekali diangkat 'Alim dari walker, nampak sesuatu kat seluar 'Alim. Apalagi, 'inti pancake'. Bila ditanya, bila 'Alim membuang, dia kata tadi. So nape tak cakap, dia boleh senyum jer. Bukan saya suruh dia cuci pun. Yang menambahkan kemarahan saya ni, dia boleh letak 'Alim semula kat dalam walker tu. So tau2 jer la kan, kalau tadi mmg dah terkeluar 'inti' bila diletak semula apa jadi? Hah, akibatnya tak pasal2 kena bebel. Dah la saya ni jenis yg susah nak membebel kat maid.

Ainie plak ari nie asyik ketawa n menjerit tanpa henti sampai saya jadi stress, marah. Mana tak saya jd marah bila dia ketawa n menjerit, bila makan, semua makanan terkeluar. Ye la, dah ternganga jer, kan. Dengan mulut yang tak renti bercerita. Perasaan marah tu memang ada tapi...sabar jer la..

HAti saya menjadi sedih bila menonton Wanita Hari Ini di TV3 tengahari tadi. Saya terus menyalahkan diri saya, apbila saya tidak dapat memberikan yang terbaik untuk Ainie. Hati saya meronta2 untuk menghantar Ainie ke sekolah atau pusat2 terapi yang lain,seperi WQ Park di Kelana Jaya tersebut. Tempatnya memang bagus. Tetapi yurannya antara RM100- Rm200 satu sesi. Alangkah bagusnya jika saya menpunyai sekurang-kurangnya Rm800 setiap bulan yang saya boleh gunakan untuk Ainie. Ermmm...Bilakah akan menjadi kenyataan? Bilakah? Inilah yang menambahkan kestressan saya. Tiba2 saya rasa sebak. Saya menyalahkan diri sendiri. Maafkan ibu Ainie. Ibu dah cuba, tapi...byk sangat dugaan dan ibu tak mampu untuk....Maafkan ibu.. Ya Allah, tolong la hambaMu ini. Berikan aku kekuatan, Ya Allah...

Saya nekad yang saya akanpergi ke PDK di Klang Selatan esok sendirian bersama anak2. Sampai bila nak mengharapkan bantuan orang lain atau hb. Hb plak sibuk sekarang. Insya allah Ainie, ibu akan berusaha untuk bagi yang terbaik Ainie.

Monday, 17 January 2011

ReZKi AnAk-anak, MunGkiN...

(Flashback)
31.7.2010 sehari selepas besday saya telah diundang ke RTM menjadi tetamu jemputan untuk berkongsi rahsia bisnes di rumah dalam segmen Apa Kata Wanita bersama Zamzarina. Kononnya jadi usahawan yang berjaya la. Berjaya ker? Hehehehe... berjaya la jugak. Tapi biasa la, ada pasang surutnya bisnes maya ni. Tapi alhamdulillah, rezki anak2 mungkin. Kat sini ada beberapa gamba saya kat RTM.
Pada awal tahun 2011 saya telah mendapat panggilan dari Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, yang juga penceramah bebas untuk menjadi tenaga pengajar jahitan manik di dalam program beliau yang akan diadakan pada 22.1.2011 di Dewan Besar Masjid Negara. Gementar sebenarnya. (nanti saya syer di next entry) Boleh ker saya handle ni sbb pesertanya ramai gak dalam 50 orang. Saya tak pernah plak mengajar ramai2 cam gini. Ya Allah, engkau permudahkan segalanya, Ya Allah. Amin. Tapi saya mungkin bawa sekali kakak ipar sebab putera saya tu tak boleh berpisah dengan ibunya.

Nak syer juga dengan rakan blogger semua yang saya baru dapat order shawl n inner cotton dari customer kat KL dalam jumlah yang bagi saya agak banyak. Tak kurang hebat gak yang order Maajun Anggun Bestari (MAB), hehehe..ini untuk rawatan dalaman wanita. Alhamdulillah sejak berhenti kerja, rezki tetap ada walau pun tak banyak. Aku bersyukur, Ya Allah dengan rezki yang Engkau limpahkan untuk kami sekeluarga. Amin.

Saturday, 15 January 2011

FruST..

Di entry sebelum ni, saya ada mengatakan yg Ainie ada appoitment kat PDK Selayang kul 3 petang. So kami pun kuar la dari rumah kul 2.20 petang. Kali ni hb ikut jalan lain, lagi dekat la konon2. Ya Allah, punya la banyak kete. Last2 samapi kul 3.15 petang. Dah tutup la plak. Ishh nape la diorg tak tunggu kejap ker, bukan kita sengaja dtg lambat. Yang saya plak tak teringat nak call dulu.

Ermm..nampak nya hi, hi, bye, bye le PDK Selayang tu walau pun dari luar nampak menarik. Nampanya kena cari PDK lain plak. Kat Klang kot. Erm, apa plak no tepon yg kat Klang Selatan tu yer? Adakah terapi sekali kat sana? Ada sapa2 yang tau nanti g tau saya yer.

Friday, 14 January 2011

KeRIUHan Si PuTEri

Sejak balik dari PPUM semala, jumpa doktor Chow, mulut Ainie tak henti2 bercakap. Tengah makan bercakap. Tengah minum bercakap. Bila ibu datang lagi la bising. Tengah mandi bercakap. Tak tau apa yang dicakapkan nyer. Hepi mungkin dan mungkin dia faham apa yg doktor cakapkan kot. Agaknya Ainie pun bersemangat cam ibu n ayah kot.

video
Tengah breakfast roti telur mayonis
Tengok la keriuhan mulutnya. Sebelum ni memang mulut dia riuh tapi kali ni lagi riuh sebab celik jer mata bercakap. Even bangun pagi tadi, terus duduk n bercakap tanpa henti sambil senyum la, tepuk tangan lagi. Cam menceritakan sesuatu. Ainie, Ainie.
Dalam kehepian Ainie pun, dia ada wat hal gak hari ni. Dibantainya asyik menjerit2 sambil tersenyum. Bila tgk iklan yg menarik n rancak dia keluarkan sound yg membingitkan. Tengok kartun danny n dady pun menjerit ketawa. Sampai si adik tak dapat tido lena. Apa lagi menangis la sebab tak cukup tido. Bila adik menangis, kakak pun menangis. SO terpaksa la ibu pujuk Ainie n 'Alim maid yg pujuk. Bila reda setgh jam menjerit lagi, menagis lagi 'alim. Pastu kedua2nya menangis. Penat ibu dibuat dua beradik ni. Mengurut dada ibu dibuatnya.
Sudah la stress dgn perangai dua beradik ari ni, ditambah plak dengan 'ketensionan' yg lain. Ya Allah berila aku kekuatan dan kesabaran yg tinggi. Amin.

Thursday, 13 January 2011

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH.... Hanya itu yang termampu untuk saya ucapkan pagi tadi.

Setelah setahun tak jumpa doctor rehab, pagi tadi bermula sesi tersebut dan akan diikuti dengan fisio dan OT di PPUM. Maklum la dah setahun tak jumpa doktor, so pagi tadi berbagai pertanya yg ditanyakan. Dansemuanya dapat dijawab dengan jayanya...hehehehe macam jawab soalan periksa plak.

Sebenarnya saya dan suami sangat hepi apabila doktor kata chance utk Ainie berjalan amat tinggi setelah beberpa 'ujian' yang dijalan kat doktor seperti hanya memegang punggung. Samaada Ainie boleh berdiri atau tidak, n jawapannya ya. Dipegang dengan menggunakan dua jari pun Ainie masih boleh berdiri dengan jayanya. Tapi apabila dilepaskan, Ainie nak terjatuh. Sebab masih tak dapat balance kan diri. Lagi pulak kaki Ainie tak betul menapak cam kita. Dan yang amat membanggakan kami ialah apbila doktor tu pegang tangan dia, n diminta melangkah, dengan senyumannya Ainie melangkah 3 tapak dengan mudah. Seolah2 dah pandai berjalan. Ish2..anak ibu ni bijak betul la, bila doktor suruh berjalan, melangkah dengan baik. Siap ditepuknya tangan doktor tu sambil ketawa riang. Tapi kat rumah, ibu suruh berjalan,siap dikeraskan kaki sambil menangis lagi. Anak, anak.. Manja mungkin. Itu sebab la ibu nak juga anta Ainie ke PDK yang mana2 sesuai. Insya allah sabtu ni kita g PDK Selayang, tgk cam maner.

JAdinya, mulai 10hb Feb 2011 bermula sesi fisio dan OT Ainie di PPUM. Ya Allah, Semoga ada banyak perkembangan dan perubahan untuk Ainie pada tahun 2011 ini. Permudahkan lah segala-galanya. Amin

Saturday, 8 January 2011

aLaHaI...

Jumaat lepas saya bawa Ainie g PDK kat Seksyen 19, Shah Alam.

Mula2 masuk pintu pagar, saya dah berkira2, betul ker PDK ni?

Nape saya cakap cam gitu?

Sebabnya, ramai sangat budak2 besar. Kiranya umur dari 9 - 17 tahun.

Tapi disebabkan dah sampai, so masuk jer la. Penyelia dah balik sebab dah pukul 5 petang.

Sesi perkenalan dengan sorang staff kat situ. So, saya diminta untuk isi form.

Katanya diorang tak ada terapi kat situ sebab tak ada therapist. Alatan ada. Tapi saya tak nampak plak.

Rupanya PDK tu lebih kepada Taska. Oooo..patut la diorang tak terima Ainie. Rupanya diorang akan jaga yang dah pandai berjalan. Katanya diorang akan ajar anak2 utk berdikari, cam g toilet.

Saya diminta isi form dan anta kat PDK tu, dan saya boleh bawa Ainie bila2 saje. Seminggu 3 kali untuk melayakkan Ainie mendapat elaun dari JKM.

Ada dua sesi kelas pembelajaran. Sesi pagi dari jam 8.30 - 10.00 pagi dan petang dari jam 2.30 - 4.00 petang. Ermm, tap tak tanya plak apa yang diajar.

Itu pun saya tak tau nak bawa ker tak sebab saya nak tempat yang ada wat terapi sekali.

Kalau untuk dedahkan Ainie kepada pergaulan mungkin boleh tapi klu untuk kemajuan cam tak boleh. Tapi saya akan g PDK kat Selayang plak sebab tempatnya cam menarik.

Nanti saya syer di next entry

p/s : Tak ada gambar sebab cam frust sikit...

Tuesday, 4 January 2011

DaH LaLi, tapi Sakit hAti plak..

(Di Gunung Besaout, Sungkai)
Mak cik A : Ish... kesian nya tgk dia..tak boleh jalan lagi ke?
My Mom : Belum lagi..
Mak cik A : Bape umur dia? (sambil terjenguk2 cam x pernah tgk)
My Mom : dah nak masuk 4 tahun..
Mak cik A : cuba buatkan papan yg ada roda utk dia bergerk.. kesian dia bergerak cam tu jer?
My mum : tak pe.. biar dia bergerak sikit. Biar dia usaha.. tak payah benda tu..

Semua terdiam..
So, my mum pun citer la latar belakang nape Ainie jd cam tu. Saya n hb x berapa nak jawab sebb saya kurang selesa deangan gelagat mak cik tu yang macam tak pernah tengok anak syurga ni.
.
Mak cik A : Eh boleh makan?
My mum : Boleh. (bagi ainie makan pisang goreng)

Ainie terbatuk sikit.

Mak cik A : Ishh.. betul ker dia boleh makan pisang tu? ( sambil tersengit2 badan mengintai Ainie yg atas riba my mum)
SAya : Boleh mak cik.. Kalau tak boleh tak kan saya bagi dia makan pisang goreng tu.

Semua diam sambil saya bagi Ainie minum. Dan saya lepas AInie bebas meneroka rumah mak cik saya. Rupanya bukan saya saje yang kurang senang dengan karenah MAk cik A tu, tapi mak cik saya pun sama.Dari hall tgh sampai ke hall dpan Ainie mengesot (menjulur). Alhamdulillah..satu perkembangan terbaru dari Ainie. Kalau tak sebelum ni, Ainie tak akan bergerak sejauh itu. Biasanya dia hanya bergerak sikit dari tempat di mana dia di letakkan. Dan ia tidak berhenti di situ sajer. Ainie akan meneroka disetiap sudut rumah. Tidak kira rumah siapa pun.

Alhamdulillah, permulaan yang baik dipenghujung tahun 2010 dan di awal tahun 2011. Semoga terus memberikan sinar kegembiraan, keceriaan, kesihatan dan kejayaan untuk puteriku, Ainie.