Followers

Monday, 17 January 2011

ReZKi AnAk-anak, MunGkiN...

(Flashback)
31.7.2010 sehari selepas besday saya telah diundang ke RTM menjadi tetamu jemputan untuk berkongsi rahsia bisnes di rumah dalam segmen Apa Kata Wanita bersama Zamzarina. Kononnya jadi usahawan yang berjaya la. Berjaya ker? Hehehehe... berjaya la jugak. Tapi biasa la, ada pasang surutnya bisnes maya ni. Tapi alhamdulillah, rezki anak2 mungkin. Kat sini ada beberapa gamba saya kat RTM.
Pada awal tahun 2011 saya telah mendapat panggilan dari Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, yang juga penceramah bebas untuk menjadi tenaga pengajar jahitan manik di dalam program beliau yang akan diadakan pada 22.1.2011 di Dewan Besar Masjid Negara. Gementar sebenarnya. (nanti saya syer di next entry) Boleh ker saya handle ni sbb pesertanya ramai gak dalam 50 orang. Saya tak pernah plak mengajar ramai2 cam gini. Ya Allah, engkau permudahkan segalanya, Ya Allah. Amin. Tapi saya mungkin bawa sekali kakak ipar sebab putera saya tu tak boleh berpisah dengan ibunya.

Nak syer juga dengan rakan blogger semua yang saya baru dapat order shawl n inner cotton dari customer kat KL dalam jumlah yang bagi saya agak banyak. Tak kurang hebat gak yang order Maajun Anggun Bestari (MAB), hehehe..ini untuk rawatan dalaman wanita. Alhamdulillah sejak berhenti kerja, rezki tetap ada walau pun tak banyak. Aku bersyukur, Ya Allah dengan rezki yang Engkau limpahkan untuk kami sekeluarga. Amin.

3 comments:

  1. Ju berenti keje ye..?? Saya masih terkapai2 berfikir ttg hal ni. Nampak ok perkembangan meniaga.. Saya pun selalu terfikir nak meniaga online cuma x tahu nak meniaga apa. Lgpun, bab2 meniaga ni otak saya 'beku' sket..:)

    ReplyDelete
  2. go go jueeeee... baju yg ju bagi kak aida tue lawa2 tapi i ne dah tak badan ala2 supermodel lagi..sedih tol tak dapat beli waaaaaaaaaaa.. promote org lain jela beli..

    ReplyDelete
  3. azma : ha ah azma... dah 1 thn 7 bulan..alah azma, saya masa benti tu jual majun jer, pas tu tambah sikit2, tdg la, baju la.. tp jgn jual byk sgt..sikit je dulu..tgk market dulu..

    ila : tq, ila..ila,blouse tu mmg cutting nyer kecik2 sikit, dari india..yg dari aceh x sempat sampai sana, dah hbs..yg tu besar n cantik2..x ada rezi ila tu, insya allah next time..

    ReplyDelete