Followers

Sunday 22 April 2012

~Keperluan Aini~

Salam 1Malaysia.

Lama sudah saya tidak menulis di sini. Keadaan yang memaksa untuk saya tidak menulis di sini. Kekangan masa yang sangat menghimpit. 4, 5 hari ni Aini agak meragam. Tak tau apa yang diragamkannya. Tak tau apa yang tak kena. Sehingga kadang2 hilang kesabaran saya dibuatnya. Tengah hari ni plak tak berapa nak makan.

Umur Aini dah 5 tahun. Tapi masih belum juga berjalan. Kadang2 saya rasa berputus asa bila memikirkannya. Ntah la, hati ni kadang2 sukar untuk menerimanya. Tetapi ku tetap bersyukur, kerana Aini ada menunjukkan beberapa perkembangan.

Aini memerlukan beberapa lata bantuan untuk membantunya untuk berjalan.

~ kasut, sudah diusahakan walaupun harga agak istimewa, RM7++

~reverse walker, juga telah diusahakan membelinya. Harganya juga istimewa RM9++

dan sekarang dalam usaha untuk membeli ini pula...

~ wheelchair, ye Aini memerlukannya~

Kenapa Aini memerlukannya? sebabnya twinstroller yang selalu digunakan sudah tidak muat lagi. Kakinya sudah panjang. Agak tidak selesa bila memakai kasut. Tak tahu pula berapa harga yang perlu dibayar. Untuk Aini mungkin tidak banyak yang perlu dimodified sebab Aini sudah boleh duduk sendiri dan kepala nya boleh ditegakkan.

~pool, Aini memerlukan ini untuk kekuatan kakinya, harga istimewa gak RM 190. Masih mencari~


* Insya allah akan ayah n ibu usahakan untuk keselesaan dan kemudahan Aini.