Berbagai-bagai perasaan yang saya rasa hari ini. Sedih, marah, tension, semua menjadi satu. Perasaan yang tak dapat nak dikawal dan rasa macam nak menangis. Tak tahu kenapa. Adakah kerana 'Mr. P' dah lama tak menjelma, sekali menjelma semua tak kena. Ntah la.
Hari ini hb g outstation sampai hari Ahad, g Banda Aceh. Kul 6.30 pagi dah kuar rumah. Huhuhuhu..sedih ditinggalkan dengan anak2.
Pagi2 lagi dah membebel kat maid. Dah la tengah 'berperang' dengan Ainie (bg makan), 'Alim plak nangis lepas makan. Tak pe lagi. Sekali diangkat 'Alim dari walker, nampak sesuatu kat seluar 'Alim. Apalagi, 'inti pancake'. Bila ditanya, bila 'Alim membuang, dia kata tadi. So nape tak cakap, dia boleh senyum jer. Bukan saya suruh dia cuci pun. Yang menambahkan kemarahan saya ni, dia boleh letak 'Alim semula kat dalam walker tu. So tau2 jer la kan, kalau tadi mmg dah terkeluar 'inti' bila diletak semula apa jadi? Hah, akibatnya tak pasal2 kena bebel. Dah la saya ni jenis yg susah nak membebel kat maid.
Ainie plak ari nie asyik ketawa n menjerit tanpa henti sampai saya jadi stress, marah. Mana tak saya jd marah bila dia ketawa n menjerit, bila makan, semua makanan terkeluar. Ye la, dah ternganga jer, kan. Dengan mulut yang tak renti bercerita. Perasaan marah tu memang ada tapi...sabar jer la..
HAti saya menjadi sedih bila menonton Wanita Hari Ini di TV3 tengahari tadi. Saya terus menyalahkan diri saya, apbila saya tidak dapat memberikan yang terbaik untuk Ainie. Hati saya meronta2 untuk menghantar Ainie ke sekolah atau pusat2 terapi yang lain,seperi WQ Park di Kelana Jaya tersebut. Tempatnya memang bagus. Tetapi yurannya antara RM100- Rm200 satu sesi. Alangkah bagusnya jika saya menpunyai sekurang-kurangnya Rm800 setiap bulan yang saya boleh gunakan untuk Ainie. Ermmm...Bilakah akan menjadi kenyataan? Bilakah? Inilah yang menambahkan kestressan saya. Tiba2 saya rasa sebak. Saya menyalahkan diri sendiri. Maafkan ibu Ainie. Ibu dah cuba, tapi...byk sangat dugaan dan ibu tak mampu untuk....Maafkan ibu.. Ya Allah, tolong la hambaMu ini. Berikan aku kekuatan, Ya Allah...
Saya nekad yang saya akanpergi ke PDK di Klang Selatan esok sendirian bersama anak2. Sampai bila nak mengharapkan bantuan orang lain atau hb. Hb plak sibuk sekarang. Insya allah Ainie, ibu akan berusaha untuk bagi yang terbaik Ainie.
ina tgk gak tadi whi.Kalau jue nk tau WQ Park sebulan cost dia dlm 1000++. yang bagusnya segala terapi mak nenek..semua ada kat situ.yang penting ada duit!
ReplyDeletebetul kdg2 baik usaha sendiri even kita slalu bgantung pd somi.ina slalu pun lakukan sendiri.bila dah decide..br bgtau somi...huhu..
ina : tu la ina..excited tgk td, ainie pun senyum2 jer, tapi duit oh duit. betul ina, yg susahnya saya kena bawa anak2 sekali...huhuhu..
ReplyDeletejue..jgn risau.insyaAllah akan ada jalan buat jue.
ReplyDeletekak ieda : tq kak..insya allah..
ReplyDeletejue ila pun dah mula belajar berdikari..sekarang ila pegi sendiri je.kalau tidak dulu bawa keta pun takut..susah kalau mengharap org je..bukan hasbd tak blh hantar tapi nak tunggu dia free alahiiiiiiiiiii kurun ke 17 pun lum tentu sampai...
ReplyDeletesabar insya allah akan ada rezeki jue bukan 800 je 80K pun akan ada nanti
ila : betul ila..cuma bila nak g tempat baru, krg rasa confident.. insya allah ila...doa2kan yer...amin...
ReplyDeleteDear, kat WQ Park, last year, yuran dia RM1.6K per month. Tahun ni dah naik lagi.. Jiey tahu pun sbb Kak Reenaz aka Mak Ridhwan yang bercerita pasal anak CP tu bagitau. Kitorang kenal coz anak kami sama doctor and sama therapist.. In fact, kat blog Kak Reenaz tu ada wat entry pasal WQ Park. Dr. Sofiah yang bagi penerangan tu plak doktor Rayyan gak.. Masa kitorang nyer appoinment last monday, Jiey ada citer pasal skolah Rayyan n dia pun nak bagi la brochur WQ Park.. Dan dan tu jugak Jiey cakap, takpe la doktor.. kami tak mampu.. Ye lah, mana nak cekau RM2K per month
ReplyDeleteactually jue.. takpelah tak mengharap kat tempat tu pun sbb ainie di bawah jagaan jue sendiri.. macam2 aktiviti stimulasi yang jue boleh buat kat ainie sendiri.. lagi puas hati tau.. =)
O yer ker jiey...tq..Dr Safiah tu pun doc ainie gak tp disebabkan mulut doc tu agak celupar, hb tak berkenan nak berurusan dgn dia, n kami tukar kat DEMC paed kat sana..sempat gak la 6 kali app. dia kata saya tak bg ainie makan n mcm2 la..
ReplyDeleteskrg ni, ainie dah pandai mengelat dari wat exercise..nangis n trs x nak wat ape2 pun...
btl cakap jiey..perkembangan dibwh jagaan sendiri mmg berpuas hati..
A'ah, mulut dia mmg laser sket.. first time kitorg jumpe dia, mmg direct je dia marah kata kitorg biar je rayyan teruk macam tu..
ReplyDeletepastu kitorg sahut cabaran dia, stimulate selagi terdaya..
and the latest eeg test yang dia buat, dia sdr terkejut tgk result rayyan and dia pun puas ati..
tapi tu la, as always, kena giatkan lagi usaha..
=)
Sabar ye kak.Ikutkan hati memang nak semua yang terbaik untuk anak kita kan?nak hantar tempat paling bagus untuk mereka tapi apakan daya...memang xmampu.huhuhu..
ReplyDeleteK.jue beruntung sebab leh jaga sendiri ainie..banyak terapi yang leh buat sendiri kat ainie bila di rumah.so, banyakkan latihan dan stimulate dia.
jiey : saya la punca nya Ainie masih tak jalan lagi sampai skrg..saya terhimpit dgn keadaan.. semuanya salah saya..tu yg kdg2 saya rasa sedih bila saya tgk dgn kejayaan yg jiey n hb capai dlm perkembgn rayyan yg sgt baik skrg..
ReplyDeleteayu : memang seronokboleh jaga Ainie sendiri ayu, tapi... insya allah saya cuba wat yg terbaik utk Ainie..
ReplyDeleteJue, takmo cakap camtu.. Setiap ibu buat yang terbaik untuk anaknya.. Ainie memang beruntung sebab dapat duduk ngan mama dia 24 hours.. jgn salahkan diri sendiri.. kita pun manusia jugak.. ada waktu, rasa penat n just nak berehat.. So takpe la.. Dont take it too hard on you dear..
ReplyDeletejangan salahkan diri sendiri eh.. cheer up.. Rayyan pun takleh jalan gal lagi..
yang penting, kita terus usaha dan doa eh..
=)