Followers

Friday 23 September 2011

Hati Berbicara

Kadang-kadang hati sering membisikkan, KALAU la aku masih bekerja, mesti bestkan. Boleh window shopping, berborak2 dengan kawan-kawan, bertukar-tukat citer mengenai perkembangan anak. Macam-macam boleh diceritakan. Boleh juga melepaskan melihat gelagat manusia. Dan yang paling best sekali setiap hari Jumaat mesti g shopping kat Mydin @ UO, paling kurang 1 barang mesti beli. TAPI itu hanya dulu. Sekarang semuanya agak terbatas. Window shopping dah tak boleh nak wat, masa agak terhad. Kadang-kadang nak kua ari Sabtu atau Ahad pun terbatas masanya.

Kadang-kadang hati sering membisikkan, KALAU la aku masih bekerja, aku ramai kenalan. Tidak kira usia, baik tua mahupun muda. TAPI bila aku berhenti hilang semua kawan. Hanya 2,3 orang sahaja yang sudi bertanya kabar. Sunyi sebenarnya. Sekarang kawan ku hanya rakan-rakan alam maya.

Kadang-kadang hati berbisik, alangkah seronoknya klu aku dapat berjumpa kembali kawan-kawan ku yang lama. Kawan-kawan semasa bujang ku dulu. Bukan diorg tak buat gathering atau pun 'makan-makan' kat  rumah diorg, cuma aku tiada masa untuk hadir, walaupun mmg hakikatnya hati memberontak kata mahu pergi. Apa dayaku. 'Zura, sorry, saya mungkin tak dapat datang 25hb nanti, ikut hati mmg nak pergi, nak jumpa dengan u alls semua, tapi keadaan tak mengizinkan.'

Kadang-kadang hati berbisik, kerja dipejabat lagi seronok dari duduk rumah. Klu stress masa kerja, rasa itu akan ditinggalkan disepanjang jalan. Sampai jer rumah hati hepi dapat jumpa anak-anak. Klu duduk rumah, bila stress, kat maner nak ditinggalkan. Alamatnya memendam rasa la sendiri. Habis-habis klu tak tahan menangis sendiri. Bukan la kata duk kat rumah tak best, tapi..Ntah la.

Kadang-kadang hati berbisik, kenapa la aku duji dengan ujian yang bagi ku sangat berat. Yang kadang-kadang aku tewas dalam menanganinya. Bukan la aku menyalahkan takdir tetapi kadang-kadang perasaan itu datang.

Kadang-kadang hati berbisik, kalau la bil telefon tak perlu bayar, kan best. Sudah pasti ramai kawan-kawan yang aku call setiap hari. Tapi itu tak mungkin. Sedangkan hanya aku call mak kat kg selang 2 ari pun, bil mencecah RM100. Klu ikut kata hati mmg aku mahu menefon mak setiap hari. Klu boleh aku nak update apa saje perkembangan anak-anak kat mak, tapi.. nanti bil melambung. Ermm..kadang-kadang, aku rasa sunyi untuk bercakap sbb aku ni jenis yang banyak bercakap.

Kadang-kadang hati berbisk, kalau la Ainie normal macam kanak-kanak lain alangkah seronoknya aku. Macam-macam akan ku lakukan bersama-sama dengan adiknya. Kami boleh berwindow shopping pada ari-ari biasa. Mesti best, orang tak ramai. TAPI, itu hanya KALAU. Hakikatnya semua benda perlu ku lakukan untuknya seawal 5.30 pagi. Setiap pagi perlu 'bergaduh' setiap kali utk dimandikan, diberi makan. Tambahan pula sering diganggu dengan karenah adiknya, yang kadang-kadang membuat aku hilang sabar. Ini juga lah puncanya aku stress setiap hari. Siapa kata jd ibu sepenuh masa tak letih, best? Ya, klu anak-anak mereka normal semuanya. Sekiranya anda mempunyai anak seperti saya, Ainie yg istimewa dan 'Alim yang tak bleh saya nak hilang dari pandangannya walau sesaat, hanya suruh duk mengadap dia jer, tidakkah kesabaran sampai ketahap yang maksima? Orang hanya boleh berkata 'alah, anak baru 2, aku anak dah 5, boleh je handle'. Tapi aku yang mengalaminya.

Kadang-kadang hati berbisik, kalau la aku banyak duit, macam-macam boleh ku lakukan untuk Ainie dan akan aku buka perniaagan sendiri. Itu cuma KALAU.

Kadang-kadang hati menjerit...aaarrrrgggggggggggggggggggg.....tensionnnnnnnn... 'Ntah la, hati-hati. Jangan la kau berbisik dengan perkara-perkara yang tak mungkin terjadi.

6 comments:

  1. Ju..tak semestinya..ina yang keje ni nak rasa duduk di rumah..stress kat tempat keje..pastu kat umah sibuk melayan anak..lagi rasa terbeban. Itu belum tambah lagi kena gi kursus..Sebab bukan senang nak tinggalkan anak...huhu..agaknya kita berdua ni dah bosan dengan life kita sekarang ni kot hehe...

    ReplyDelete
  2. hidup adalah 'pengajaran' yang 'mengajar' dalam 'belajar'....

    perjalanan kehidupan...sering dipertemukan dengan persimpangan....yang biar pun seperti 'tersedia' pilihan....namun ada ketika nya...ianya hanya pilihan dalam menerima....

    meski pun demikian.....yang saling membezakan di antara nya......adalah pada matlamat...kekangan....kaedah....

    biar pun ada ketika nya....'rasa' sering 'mendahului' fikiran....membuatkan 'pertimbangan' serta 'percaturan' asal...menjadi 'telahan' untuk terus 'diramal'......

    tiap sesuatu itu ada 'harga' nya....meski pun ada ketika nya.....ianya seperti 'terlindung'....di sebalik 'rimbunan' rasa....namun ianya bisa 'tersingkap'....pabila terus percaya dan yakin...pada-Nya...Penentu...Pemilik...Pemutus....yang Maha Esa...Maha Mengetahui....Maha Mengasihani......

    Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji...dan Dia sama sekali tidak akan menzalimi....

    semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat buat tiap hati yang teruji dan diuji...dalam menuju redha Ilahi....

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  3. Ju, byk2 bersabar dan istigfar ye.... Nanti dtg rumah akak, kita leh sembang2... Kesian ju....

    ReplyDelete
  4. Ju...yang xbekerja rasa best kalau bekerja tapi bagi ayu yang bekerja ni selalu jer cakap 'KALAULAH AKU XBEKERJA'kan seronok ;) Macam2 ayu plan nak buat pada si aisya dan kakak tapi kedudukan kewangan kami terbatas.Begitulah manusia kan?xpernah puas dengan apa yang mereka ada.Hopefully ju kuat, tabah dan banyakkan sabar.Biasalah...ayu yang anak 2 ni pun sama, kadang2 jadi tarzan gak kat umh tuh.hahaha..

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua sebab bg saya moral support.. tu la manusia ni x pernah puas. u all la teman maya ku yg baik2...

    ReplyDelete
  6. Salam kenal... betapa hebatnya cabaran yg lalui, harap banyak bersabar kerana besar pahalanya... walaupun sy tak alami tapi sebagai bapa kpd 5 anak yg masih kecil memang sedikit sebanyak memahami situasi... paling penting menyedarkan diri betapa besarnya pengorbanan isteri/ibu dalam membesarkan anak, terus-terang sy cakap semakin menyayangi isteri di atas usahanya (walaupun kelam-kabut)... kalau inginkn teman rasanya my wife ayuarjuna boleh diajak berborak & berkongsi pengalaman ibu, dia memang cepat mesra :)

    ReplyDelete