Followers

Saturday 22 October 2011

~ DESSERT ~

Kuih Sagu

Saya nak syer dengan anda semua dessert kegemaran kami sekeluarga. Sekiranya ada di kalangan kami yang rasa teringin hendak memakannya, saya la yang membuatnya. Saya tak kisahpun sebab saya memang suka memasak. Tambah-tambah pulak klu ada yg memujinya...hehehehe..bangga la sikit. Nak tak resepinya. Mesti anda semua pun tau kan cara nak buatnya, mudah jer. Tapi tak pe, saya tetap nak bagi gak...

2 cawan sagu
4 cawan air
2 cawan gula
sebiji kelapa - putihnya sahaja
sedikit pewarna
sedikit garam

Cara membuatnya:
Basuh dan rendam sagu selama 3-5 minit. Kemudian tuaskan. Mendidihkan air bersama-sama gula sehingga larut. Masukkan pewarna ikut suka. Masukkan sagu tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga sagu betul-betul masak. Jangan dibiarkan, perlu sentiasa kacau. Apabila sudah siap, boleh la dimasukkan ke dalam loyang/acuan. Biarkan sejuk, n apabila sudah sejuk gaulkan sagu tadi bersama-sama kelapa yang telah digaul dengan garam. Dan boleh dihidangkan bersama-sama kopi o..

* sekiranya tidak boleh potong dengan pisau, boleh la guna sudu.
* sekiranya inginkan lagi lembut, tambahkan sedikit lagi air.

" Selamat Mencuba"

No comments:

Post a Comment