Followers

Tuesday, 1 May 2012

Anak Ibu Semakin Pandai..

Alhamdulillah...AIni dah berumur 5 tahun 3 bulan.. Giginya dah tercabut 3 batang. Sebatang tercabut sendiri n 2 batang lagi ibu yang cabut kan. Pernah bw Aini eg dentist kat KPJ Shah Alam. Ibu mendapat pujian dari doc. " Pandai awak jaga gigi dia, cantik, bersih. Kanak2 tipikal pun bukan tentu cantik cam gini. Normal budak seusia dia gigi dah mula gugur". Tersipu2 ibu tersenyum. Bangga pun. Tapi mmg jadi kebiasaan saya sejakl umur dia 2 tahun, saya mulakan menggosok gigi Ainie guna berus gigi. Tapi mula2 dulu mmg agak sukar untuk mengajarnya. Alhamdulillah sekarang, bila sebut " Ainie, gosok gigi", secara spontan dia akan ngangakan mulut. Pandai anak ibu!

Sekarang, Ainie dah mula merangkak. Baru jer, 1 1/2 step. Hehehe... gelabah je ibu ni kan. Itu pun nak bangga sangat. Siap tulish kat blog. Hey! Sapa kata ibu tak bangga, mesti la ibu bangga sebab anak ibu makin pandai n maju kehadapan. Biarla apa org nak cakap, ibu nak gak tulish kat sini. Semoga semakin banyak step yer sayang!

Dan lagi kan...

Ainie dah mula nak berdiri sendiri sambil berpaut. Hehehe.. tapi ni dalam kete je la dulu yer. Hah, ini pun ibu bangga tau. Bila masuk kete jer, mesti nak duk kat tgh. Mula2 ibu ingatkan nape, rupanya2 dia berpaut kat dua2 kerusi tu tuk berdiri. Bila dapat berdiri, bukan main hepi nye dia. Bukan dia jer hepi dgn ibu2 dia menjerit dalam kete tu, sampai terkejut ayahnya... hehehe.. kelakarkan ibu ni..

Dan lagi kan...

Aini dah mula melangkahkan kaki bila ibu dirikan kat depan tv atau kat hall. Klu kat hall dia akan melangkah utk ke meja tv, klu depan tv, dia melangkah utk makin dekat dgn tv. Ini pun atas usaha ibu berdirikan Ainie di reverse walker n melangkahkan kakinya. Tak sia2 usaha ibu. Best, best.. memang best..

Dan lagi kan...

Aini dah boleh bangun sendiri. Cam ner dia bangun sendiri? Cam ni, saya dudukkan dia atas riba, saya duduk cam duduk 2 sujud dalam solat tu, pastu tekan lututnya, letak tgn kita bwh ketiak dia, tolah sikit je..pastu dia akan usaha utk bgn sdiri. Dan sekarang sangat mudah jer dia wat.. Alhamdulillah.. Suka, suka, ibu memang suka sayang...

Dan lagi kan..

Ainie akan berpaut pada badan ibu atau ayah utk melutut. Pastu bila dah dapat melutut, ketawa2 sambil tepuk badan kita. Kalu kita duk kat sofa plak, dia akan datang n melutut sambil tepu peha kita.

Dan lagi kan... ini last...hehehe..

Ainie dah mula nak memanjat. Maksudnya nak naik atas sofa. Pernah la sekali, dirikan dia kat celah kangkang, dia angkat kaki sebelah atas sofa nak usaha utk naik. Walaupun x berjaya naik, tp ibu, ayah n opah time tu ada sekali, hepi ssgt. Kitaorg tepuk tangan. Tapi tu la Ainie, bila org tepuk tangan dia terus stop. Yang kita ni plak terlalu excited.. hehehehe.. clever anak ibu.. Terus maju yer sayang. Semoga Allah terus menguatkan semangat anak ibu. AMIN.

2 comments:

  1. wah seronoknye bercerita.. semoga aini terus kuat. auntie doakan dari sini ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...time kasih auntie ila.. miss u..

      Delete