Ermmm..lama sungguh blog ni tak diupdate. Bukan apa, sibuk sikit. Mengemas barang untuk berpindah. Hah, berpindah? Ya, ikut suami yang ditugaskan ke Banda Aceh, Indonesia. ACEH? Mesti u all semua ingatkan bencana Tsunami? Ya, di situ la kami akan duduk utk setahun ni, insya allah.
Kami berangkat ke Banda Aceh pada 11.10.2010 menaiki flight Air Asia yang memakan masa 1 jam 15 minit. Alhamdulillah, perjalanan ke sana berjalan lancar. Hati masih berkata2 betul ke ini tempat yang dilanda Tsunami tu? Subhanallah! Begitu luas tempat ni. Ya Allah, lindungi lah kami di sini. Amin.
20 minit perjalanan dari airport, kami sampai di rumah yang menjadi tempat tinggal kami nanti. Ermm..sangat besar n selesa. Alhamdulillah, kawasannya sangat nyaman dan segar. Angin kat luar sangat kuat cam berada kat tepi pantai. Rupa nya sebelum Tsunami aingin tak kuat cam ni. Lepas Tsunami baru cam ni sebab rumah n pokok tinggi semua dah tak ada. Yang ada rumah bantuan dan pokok2 yang baru nak meninggi.
Mengikut kata tuan rumah, rumah ini dulu habis runtuh kena Tsunami. Yang tinggal hanya bumbung n bilik bawah sahaja. Di bumbung itu lah, ada beberpa orang tumpang berpaut. Dan di alam rumah ini terdapat beberapa mayat yang tersangkut. U all mesti kata, eeee..seramnya, tak takut ker? Itu lah kekuasaan Allah, walau berpuluh ribu yang meninggal di Aceh ini, tempat ini tidak ada sebarang gangguan setakat ini. Subhanallah!
Tuan rumah ni terselamat. Mereka berenang n sempat berpaut. Tetapi mak n anak buahnya hilang dibawa arus sehingga kini. Alfatihah untuk mereka yang telah pergi.
alhamdulilah ju dah sampai
ReplyDeleteila sekarang ada kat korea.. 17hari ada traning..
hopefully kita masih ada peluang utk jumpa 1 day..
ju rajin2la bukak blog ila ada update ila kat sini
ju amik gambar kat aceh ye..^ jangan lupa gambar budak2 nak tgokperkembangan diorang
ish...ila lagi jauh tu..
ReplyDeleteinsya allah ila..
gambo akan menyusul..
hehehehe...