Followers

Saturday, 30 October 2010

Dia Tak Layak ku Gelar DOKTOR!!.

* Sowey, post ni panjang sikit.

Seperti yang dijanjikan saya akan bercerita kisah di klinik Kota Kemuning. Tiga minggu sebelum berhijrah ke Banda Aceh anak2 tak sihat. Mula2 bb 'Alim yang demam. Bb 'Alim baru nak kebah Ainie plak demam. Bila Ainie demam, hati saya susah sebab suhu Ainie cepat naik tapi susah nak turun. En hb plak outstation ke Banda Aceh. Saya perasan pun sbb dia tak nak makan tengahari n tangan dah berkotak2. Alamak, saya jadi risau sbb bila tangan Ainie dah berkotak2 bermakna suhu dia mesti tinggi. Tepat jangkaan saya, suhu dia 38.3. Itu tinggi bagi saya. Saya terus buka baju dan seluarnya, lap badan dia sambil bibik ambil ubat demam. Saya check semula suhunya, 38.6. Tak boleh jadi ni, kena bawa g kinik. Nasib baik bb 'Alim tido waktu ni.

Alamak, mendung pulak. Kena cepat ni, susah nanti klu hujan. Saya pergi ke kinik panel hb yg kat Kota Kemuning. Daftar seperti biasa. Sementara menunggu giliran (dlm 3 pesakit) saya terdengar perbualan pesakit yang baru keluar.

Pesakit 1 : Ko tau, doktor tu kasar betul. Ada ke patut dia main tolak jer kepala aku masa nak check suhu. (Dia cakap pada kawannya yang masuk selepas itu)

Pesakit 2 (kawannya) : Ha ah, betul la ko cakap. Kepala aku pun dia tolak dengan tak bagi isyarat apa2. Ishh, kasar betul..

Aku tak ambil peduli sangat sebab tengah peluk Ainie. Tiba giliran Ainie. Baru jer saya melabuhkan punggung, doktor (India lelaki) tanya saya sama ada saya bawa Ainie pegi specialist hospital tak sebelum ni. So, saya kata, ya. Dan tiba2 dia tolak kepala Ainie ke dada saya n dia nak check suhu Ainie di kepala. Ainie pun apalagi, mengelak la tak nak. Ainie bukan suka kena terjah cam tu. Adik, adik.. Dia cuba pujuk plak. Ini antara perbualan yang membuatkan hati saya PANAS.

Doktor : Dia kenapa sebenarnya?

Saya : Dia demam. Adik dia kat rumah demam. Berjangkit agaknya.

Doktor : Bukan, maksud saya history dia.

So, saya pun bercerita la sikit, sambil pegang kepala Ainie untuk diambil suhu. Ok jer dia.

Doktor : Anak u ni CP ker?

Saya : Ya.

Doktor : Doktor tu kata apa?

Saya : Doktor kata dia boleh berjalan n bercakap. tapi lambat sikit. Kena bawa pegi therapy.

Doktor : Itu aje?

Saya : Ha ah.

Doktor : Anak u ni tak nampak dan tak dengar, kan? Tengok, saya panggil dia tak tengok saya pun.

Saya : Tak la doktor, dia nampak dan dengar. Saya dah bawa dia wat check up kat PPUM.

Doktor : No la. Dia memang tak nampak dan tak dengar.

ish doktor ni, aku pelangkung sekali kang. Hati saya mula panas. Dah la rawat anak aku kasar2, ni senang2 jer wat klasifikasi sendiri. Ainie tu tak nak tengok ko sebab dia marah kat ko. (Sowey kasar sikit sbb geram).

Saya : Saya tau la doktor anak saya nampak ker tak, dengar ker tak. Saya yang bawa dia g check kat hospital. Lagi pun kami panggil dia, ok jer. Tengok TV ok jer. Gelak ketawa tengok katun. Ok doktor, saya nak minta ubat batuk dan selsema, n demam.

Doktor: Biasa berapa sukatan ubagi kat dia?
Saya : Saya tak ingat la doktor. Dah ker doktor? Saya nakcepat ni.
Itu alasan saya sebab saya rasa cam tak betul jer doktor ni. Takkan dia tak tau sukatan berapa untuk Ainie. Ish...Saya tunggu plak untuk ambil ubat. Doktor tu tak bagi ubat batuk, katanya Ainie tak batuk. Saya tetap berkeras nak ubat batuk sebab bila dah selsema, sure akan batuk punya. Dia takut saya bg Ainie makan ubat batuk walau pun Ainie tak batuk. 'B...... betul la doktor ni, anak aku tak batuk, takkan la aku nak bagi'. Saya berkata dalam hati. Nurse tu campur kan ubat batuk dan selsema dalam satu botol, atas arahan doktor tu. Saya tak cakap apa sbb nak cepat, hari nak hujan sesangat dan alhmdulillah dudukkan ajer Ainie kat car seat, hujan pun turun. Sampai rumah, saya letak coolfever kat dahi dan tidokan dia.
Adoi, laparnya. Oh, dah pukul 3.30 petang da. Patut la lapar. Saya selalu lupa makan bila Ainie tak sihat. Selesai makan, bb 'Alim dah bangun dan merengek. Panas balik badannya. Ya Allah, 38.2. Saya terus berlari turun bawah ambil ubat dan air untuk lap badannya. Tengah kalut2 tu ada satu peristiwa yang menyayat hati (sowey tak dapat untuk syer dengan u all).

Sejak hb tak ada, maid tido dengan saya. Khidmat dia diperlukan bila Ainie bgn tgh malam. Suhu kedua2nya cantik. Dah semakin menurun. Tapi saya tetap pantau. Jam pukul 11 mlm. Erm..tido la, nanti Ainie bangun plak. Baru naik atas katil, Ainie merengek dan bila saya pegang badan dia, dia menggigil. Suhu 38.9. Melompat saya dari katil, tuam badan, basahkan kepala dia dan saya peluk dia. 'Ainie, Ainie kena kuat sayang. Lawan demam tu. Dah, jangan takutkan ibu. Ayah tak de ni. Lepas ibu lap ni, tak mo suhu naik lagi. Ya Allah, sembuhkan Ainie dengan segera, Ya Allah. Amin'.
Alhamdulillah, esoknya kedua-duanya dah tak demam. Tapi tengaharinya, suhu Ainie naik balik 37.9. Dengan selsemanya makin kuat. 'Ish, betul ke tak betul ubat doktor ni bagi ni.' Saya tinggalkan ubat yg doktor tu bagi n saya bagi ubat 'Alim pada Ainie. Alhamdulillah, menjelang malam, Ainie dah tak demam. Tapi flunya makin teruk sampaikan saya terpaksa kejut sil pukul 1.30 pagi utk bawa Ainie g klinik. Ainie dah tak boleh tido sebab hingus meleleh.
Kami pergi klinik yang sama tapi ni HQ nya. So sil saya dengan tak puas hatinya menceritakan kejadian di klinik semalam dan mengatakan akan hantar surat aduan kat Pengarah Klinik tu. Nasib baik doktor ni cool aje bila kena sembur dengan sil saya. Dia kata doktor tu tak sepatutnya kata kat saya dan Ainie cam tu. So dia minta maaf kat saya n sil bagi pihak doktor tu. Sejuk sikit hati kami. Dan kami telah minta ubat yang lain untuk Ainie dengan sukatan yang berbeza dari doktor semalam sebab doktor tu kata budak2 cam Ainie ni tak boleh bagi dos yang tinggi.
Alhamdulillah, bila makan ubat2 tu Ainie boleh tido dengan selesanya. Dapat la ibu tido dengan lena. Esok paginya, waktu saya nak buang ubat2 dari doktor yang tak betul tu, tergerak hati saya untuk mengoyakkan penampal kat botol ubat tu. Ya Allah, terlebih dos. Dos yang tak sepatutnya dia bagi untuk Ainie. Doktor tu tulis, ubat demam 5ml, 3 kali sehari. Kat botol tu plak, 1-5 tahun 3 ml sahaja. Panas betul hati saya. Nasib baik la saya ni jenis, klu sukatan ubat Ainie 5 ml (klu klinik biasa), saya akan kurangkan kepada 3.5 ml. Klu specialist jer saya ikut sukatannya. Nekad, saya akan wat aduan kat Pengarah klinik tu. Tapi sampai sekarang tak wat gak sebab dah sibuk mengemas utk berpindah ke Aceh.
* Peringatan untuk saya n anda semua. Perlu hati2 waktu nak bagi ubat kat anak2.

6 comments:

  1. penah jadi sekali.doc tue lagi sengal.. tapi panjang benor nak tulis..dia macam tak nak bertanggungjawab.tak nak sign apa2.tapi fadzli paksa jugak dia sign..bengap punya doktor..kan masa bagi suntikan bulanan kat budak2 kat hujung sekali kena doc sign..dia tak ,,dia cakap nanti doctor yg biasa kitaorg jumpa yg sign..gila ko yg bagi suntikanko nak doctor lain pulak yg sign..sejak tue kitaorg tak g klinik tue sedangkan doctor yg punya klinik tue amatla bagus tapi dia suruh doctor lain ganti sbb dia bersalian...

    ReplyDelete
  2. Kalau saya jadi awak..saya akan buat aduan..Itu terjadi kat kita..kalau terjadi kat ibu bapa yg lain mcm mana?

    Giler ke apa ....suka-suka bagi ubat lebih dari sukatan...kalau jadi apa2 kat anak kita mcm mana? kita saman dia pun dah tak guna..

    Awak laporkan ajer....sakit hati saya dengar..kalau kena kat saya..tau lah nasib dia mcm mana

    ReplyDelete
  3. ila & ziela : memang geram bila diingat2 balik. insya allah pas balik 9hb nov nanti, surat aduan akan dilayangkan..

    ReplyDelete
  4. ju tak reti nak masuk contest?? ju masuk apa yg ila masuk..haha..
    setiap contest tue ada link sponsor contest.
    kat link tue ada syarat2nya
    so ju ikutla syarat2 tue

    ReplyDelete
  5. teruknya..doktor macam ni pun ada.. kalau tak suka berurusan dgn org, jgn jadi doktor..kalau jadi apa2, kasihan kat org yg menanggungnya..

    ReplyDelete