Followers

Friday, 5 November 2010

PeRToLoNGaN AnDA DiPerLUkAN..

Ishhh...jangan risau yer semua. Bukan apa, saya dan hb tengah mencari2 baju tido utk Ainie. Mesti u all kata melambak kat kedai, kan? Memang, tapi baju Ainie ni kena cari yang special sikit. Yang cam ni,



Baju tido romper utk umur 4 tahun. Yang ni pun dapat beli online. Ada satu jer. Lengan panjang dan kaki sampai lutut. Biasa Ainie pakai seluar panjang kat dalam. Kenapa Ainie perlu baju tido cam nie? Jawapannya; Ainie suka sangat akan masukkan tangan kiri dalam pampers bila baring . Baik belakang mahupun depan. Sekiranya anda ada terjumpa baju romper, tak kisah yang pendek atau panjang, tolong belikan untuk saya dan saya akan bayar semula. Size 4 atau 5 tahun. Dah puas saya dan hb mencari. Tq..

Sedih saya bila mengenangkan habit buruk Ainie. Pernah sekali tu (semalam),tengah saya nyusukan bb 'Alim, Ainie baring kat depan TV, dan dia masukkan tangan kat belakang. Dan nak masukkan tangan dalam mulut. Nasib baik saya perasan yang tangannyer ada @#$%. Ya Allah, beristirgfar saya n cepat2 letak 'Alim. Dan saya angkat dia masuk bilik air utk cuci. Bayangkan kalau saya tak nampak? Sambil mandikan Ainie, sambil bising mulut saya dan sambil tu juga la airmata ni keluar.

Hanya Allah aje yang tau apa yang saya rasa. Apakah akan berterusan habit Ainie ni? Sampai bilakah Ainie tidak boleh berfikir secara normal? Macam mana nanti andainya saya tiada, siapa yang akan menjaga dia? Mengapa dugaan ini yang harus saya pikul? Kadang-kadang saya rasa down. Kadang-kadang saya rasa sedih. Kadang-kadang saya hilang kawalan. Kadang-kadang saya rasa marah.Kadang-kadang saya rasa sangat kecewa dengan keadaan Ainie. Kadang-kadang saya menyalahkan diri saya dengan keadaan Ainie. Kadang-kadang saya rasa tertekan. Kadang-kadang Ainie akan merasa tempiasnya sekali.

Ya Allah mengapa dugaan ini yang harus ku terima? Aku tak mampu. Aku tak kuat untuk memikul semua ini. Apa salahku, Ya Allah. Bantu la hambamu ini. Berikanlah aku kekuatan untuk terus menghadapinya. Amin.

Ainie, maafkan ibu sayang. Ibu tidak ada niat untuk membebel/marah pada Ainie. Cuma kadang-kadang ibu rasa tertekan dengan keadaan sekeliling. Kesian Ainie, kan. Kadang-kadang jadi mangsa keadaan. Maafkan ibu, sayang. Kadang-kadang ibu rasa putus asa dan cemburu tengak anak-anak seusia mu. Ibu tak kuat Ainie. Maafkan ibu. Ibu sayang padamu, nak. Ibu janji pada diri ibu yang ibu tak akan marah-marah Ainie lagi, sayang. Maafkan ibu...

3 comments:

  1. Ju,

    ila tak dapt cari kat Korea. Lagipun masa ke shoping complex terhad sangat..Banyak diorang bawak g tempat2 lain..

    Kalau ada kat sini ila cuba carikkan ye..

    Sabar jangan marah dia.Kan mak ila dah cakap anak2 mcm ne pembawa rezeki.Iye..yang menangung je tau rasanya..yg melihat boleh kata sabar je sbg penguat smgt Ju & hubby...

    Anak ila pun ada habit mcm ne jugak.. Amana pun mcm ne jugak sampai sekarang.. Tapi sejak kena jentik dgn papa dia ok jugak..Kadang2 buat jugak..sabar jela

    ReplyDelete
  2. Nnti kalau saya jumpa saya belikan ye utk Ainie.
    Sabarlah ju,(hanya itu yang blh saya katakan sebagai seorang sahabat)
    Hati ibu mana yang xsedih, pedih dan tertekan dengan keadaan itu kan? Tp igtlah, "Ketentuan Allah Adalah Rahsia Allah" :)

    ReplyDelete
  3. Ila & Ibu Aisya : tima ksh diatas sokongan anda..

    ReplyDelete