Followers

Wednesday, 10 November 2010

PDK OH PDK

Ermm.. sebenarnya saya jeles dengan ibu-ibu yang bekerja dapat menghantar anak-anak OKU mereka ke sekolah, PDK, terapi. Saya yang tak bekerja ni, tak dapat lakukan semua tu. Sedih sebenarnya. Tapi....Try la search PDK yang terdekat. PDK? Ermm.. ada niat nak hantar Ainie ke PDK sebenarnya. Itu pun, teringat masa umur dia 2 tahun dulu selepas balik dari terapi d PPUM.

So, sya pun dengan semangatnya search la kat google. Alhamdulillah ada satu PDK di Seksyen 19, 15 minit dari rumah. Dengan penuh semangatnya, saya pun menelefon la PDK tersebut. Rupa-rupanya diorg tak ambik umur 2 tahun. Ambik umur 3 tahun. 'Ermm.. tak pe la, lagi 5 bulan jer Ainie 3 tahun.'

Sebulan sebelum pergi Aceh, hb terbuka website Kebajikan Masyarakat dan terbaca pasal syarat-syarat PDK. 'Ish, apa la aku ni sangap sangat (setahun yang lepas). Nape la tak buka website KM. Rupa-rupanya PDK ni, tak ada had umur. Dapat elaun lagi. Elaun tu saya tak kisah. Cuma yang saya kisah kenapa PDK Seksyen 19 kata tak terima budak umur 2 tahun. Tak pe, esok saya akan call.'

Dengan nada yang lemah lembut, saya pun call la PDK tersebut. Tapi sebeno2nya tak sabor bertanya. Ni antara dialog kami. (Saya menyamar. Nak tengok ketulusan diorg)

PDK : Hello.

Saya : Hello, assalamualaikum.Saya nak tanya. Saya ada sorang anak OKU, delay development, apa prosedur yer klu nak masukkan anak tu kat sini? PDK : Bape umur anak puan yer? Dia dah boleh wat apa?

Saya : 3 tahun lebih dah. Dia dah boleh duduk sendiri, cuma tak leh jalan n cakap je lagi.

PDK : Sini tak terima budak umur 3 tahun.

Saya : o yer ker. Habis tu umur bape u all ambik yer?

PDK : Kami ambik umur 5 tahun.

Saya : O, nape plak cam tu yer?

PDK : Memang cam tu. Tapi kan puan, kat sini ada yang swasta punya. Seksyen 10.

Saya : O yer ker? Saya klu boleh nak anta kat sini jer. Tak yah bayar. Ermm..ada no tepon nya ker?

PDK : Ada puan.

Saya : Tapi klu boleh saya nak anta kat sini jugak. Tak tiap2 hari pun tak pe. Seminggu 2 kali pun tak kisah. Dapat sejam pun tak pe. Asal anak saya boleh belajar.

PDK : saya tak berani nak kata boleh puan. Puan boleh call penyelia saya. Dia tak ada, kuar. Tengahari baru balik.

Saya : ok terima kasih. Sapa yang bercakap ni yer?
Saya pun call la penyelianya. Tak angkat2. 'Ni mesti g PKNS ni. Shopping baju raya ni'. (wat kesimpulan sendiri. Berdosa jer). Saya dah mula tak puas hati n call KM yang kat KL. Cam biasa, salam diberi.

Saya : Saya ada sorang anak OKU n ingat nak hantar kat PDK. Saya dah call PDK yang kat Shah Alam, saya call tahun lepas diorg kata tak terima budak umur 2 tahun. So saya pun tggu anak saya umur 3 tahun, pas tu tak terima plak. Katanya terima umur 5 tahun. Nape yer?

PDK KL : Puan, sebenarnya tiada had umur utk layak masuk ke PDK. Umur sehari pun puan boleh anta. Tapi saya pelik nape diorg cakap cam tu. Apa alasan diorg yer puan?

Saya : Diorg kata memang prosedur cam tu. Dah besar senang sikit nak handle.

PDK KL : Saya tak boleh terima alasan diorang cam tu. Klu diorg kata ramai student, saya terima. Nape diorg pandai-pandai wat prosedur sendiri? Puan bagi tau saya nama yang cakap dengan puan tu nama PDK tu. Saya plak yang tak puas hati.

Saya : Ye la cik, saya ingat kan lagi dekat dgn rumah lagi senang saya. Tup2 takboleh plak. Sebaliknya dia suggest kan kat saya anta swasta punya. Mana la saya mampu. Saya ingat ada gomen punya senang. Tapi org gomen plak anta saya kat swasta.

PDK KL : Betul tu puan. Saya minta maaf ye puan. Boleh puan bagi nama penuh, no ic, nama anak dan mslhnya. Saya nak isi borang aduan utk puan. Lagipun esok ada meeting kat sini, HQ. Semua cawangan berkumpul. Saya akan sampaikan aduan puan ni. Dan saya bagi no telefon pengawai PDK Shah Alam. Puan boleh telefon dia untuk penempatan anak puan.

Saya : O, ini HQ KM ker? Tapi saya dah call penyelia tu, tp x angkat.

PDK KL : Tak puan. Ini pegawai di KM Shah Alam. Dia yang pantau PDK kat selangor.
So, saya telefon dan bercerita apa yang saya cerita pada pegawai di KL. Dan saya diminta utk isi borang aduan melalui telefon. Saya diminta hubungi nya semua 2 mggu kemudian. Saya tak follow up dengan pegawai tersebut sebab dapat tau kena berpindah ke Aceh. Tapi saya telah menelefon kembali PDK shah alam. Nak menyiasat kononnya, diorang ambik action ker tak? Agaknya PDK Seksyen 19 dah kena kot sbb bila saya call, diorg tak cakap mcm ari tu, tapi sebalik memberi alasan tak cukup tenaga pengajar. Saya terima alasan tu.

Agaknya kalu saya tak call HQ KM, diorg tak tau PDK seksyen 19 wat cam tu. Kesiannya kat ibu-ibu yang tak dapat anta anak ker PDK cam saya. Terima kasih Cik Eny Idayu sbb ambik action dengan cepat. Terbela nasib anak2 OKU klu semua pegawai cam ni.

9 comments:

  1. bersimpati sy dgn keadaan yg dihadapi, patut dia suggestkan pdk lain yg hampir.

    ReplyDelete
  2. Hurm..susah juga..ina ada gak dengar kes2 begini. Nabila dulu daftar pun takdelah dia tanya umo 2 tahun ke apa ke baru leh masuk. Malah daftarnya paling senang. Cuma dengan syarat..kita kena ada skali dengan anak. Mmg itupun niat dihati. takdelah sampai nak tinggalkan Nabila kat situ. Cukuplah dia dok kat Tasputra. Sekarang sayang klu tak pergi PDk. Sebab PDK Nabila seronok..Rasanya ia antara PDK terbaik kot kat KL ni..

    PDK nabila penah ckp..mmg ada PDK yang ikut had umur. Hurm..susah la klu gitu. Patutnya mestila buat awal2..ni dah keras baru nak buat..tak guna lah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. asslam..kak yasmin nabilah pernah hantar anak di Tasputra ampang hilir ke.....tk ok ke tmpt tut kak...

      Delete
  3. tindakan yg dapat membantu insan lain yg turut memerlukan tempat di PDK. Tahniah ye.. kalau tak, tak tau la berapa ramai lagi yg senasib dengan Ainie..

    ReplyDelete
  4. nuyin2u : itu la tu. ni suggest plak yg swasta. tq

    ina: saya jeles dgn ina n nabila tau.. diorg x leh wat cam tu. kenareport sepatutnya. kesian kat diorg yg x tau tu @ mmg susah nak g hospital wat terapi.. huhuhu..

    azma : betul tu..hehehe..tq

    ReplyDelete
  5. salam..PDK mmg ambik budak tak kira umur berapa pun.alhamdulillah yg kat tempat saya ni semua staff ok2 belaka.tak pernah buat muka masam @ tak puas hati bila saya lambat ambik nabila.kadang2 call bgtau bila sekolah cuti.mmg puas hati.cuma nabila ja ngelat..malas pi sekolah..hehe

    ReplyDelete
  6. PASAL ELAUN TUE.. MAK ILA ADA CAKAP DULU DIA SURUH BAGITAU JU.. DIA KATA ANAK JU LAYAK DAPAT ELAUN TAPI TAH KENAPA ILA TAK CAKAP.. AGAKNYA TAK TAU NAK MULA CAKAP DARI MANA KOT.. ILA TAKUT SALAH CAKAP..

    ReplyDelete
  7. k.ieda : bestnyer dapat anta anak g PDK..insya allah, Ainie pun akan g gak PDK.

    ila : ha ah ila..elaun tu akan tp kena msk sekolah pendidikan khas n PDK kena g full, rasanya..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum Ida
    saya pun tak sempat2 nak gi PDK lagi.
    dulu ada juga pegawai JKM call saya suruh saya wat terapi kat PDK.dia terkejut bila saya call sebab selama ini sayalah yang membbantu uruskan pelajar saya dgn JKM dan PDK,tup2 bila tahu diri saya sendiri,pegawai tu pun rasa sedih.begitulah lumrah alam ini,kan Ju.
    bila pndah di tempat skrg ni, susah juga nak cari PDK @ mungkin saya yg tak tahu

    ReplyDelete