Hari ni, hari kedua kami di Banda Aceh setelah cuti Hari Raya Aidiladha tempoh hari. Dan hari ini juga dugaan yang bukan sikit2 mengganggu gugat kesabaran saya melayan puteri dan putera tercinta.
Pagi tadi saya telah mengorbankan rambut Ainie yang telah memlepasi bahu. Bukan tak sayang, tapi setiap kali dia start wat iklan shampoo dia tu, saya geram. Tapi bila saya larang wat, dia stop n senyum ketawa membodek, saya tak jadi potong. Sebab comel sgt bila rambut dia diikat. (isi bakul angkat sendiri..hehehehe).
Pagi tadi Ainie bgn kul 6 pagi waktu Indonesia dan 'Alim kul 6.50 pagi waktu Indonesia, bila dgrAyong nya ketawa sambil tepuk tangan. Ibunya plak tido2 ayam dari kul 6 tadi. Badan penat, mata berat, tapi anak punya pasal, dikuatkan juga. Disebabkan matahari belum kua sangat, tau nak wat apa, n Ainie plak dah wat iklan shampoo, so saya ambil gunting n terus gunting rambutnya. Tak marah plak dia, siap senyum lagi (x sempat ambil gamba). Alang2 dah potong, potong pendek terus. Ingat nak pendekkan lagi, tapi ayahnya kata, 'dah cukup, dah comel dah'...
Jam 10 pagi. Ainie dah start menangis nak tido. 'Alim pun sama. Saya pergi kat 'Alim bagi makan sbb tak nak makan dgn maid. Ainie plak rebut botol pada tangan adiknya sambil nangis. Habiskan dulu bg 'Alim makan, n dukung plak Ainie. Ok, dua2 dah diam. So, time dua2 utk tido. Baru masuk bilik nak tidokan Ainie, dgr 'Alim menjerit. Rupanya baru masuk buai dah menangis. Nasib baik Ainie senang tidonya. Tidokan 'Alim plak. Tak sampai 2 minit, dah tertido. Pening kepala dibuatnya.
Jam 1 tghr. Kami baru lepas makan, 'Alim bangun. Bila 'Alim diturunka dari buai, Ainie dah tepuk tangan sambil ketwa mengagah adiknya. Hepi, adik dah bangun. Si 'Alim plak masih blur, tgk jer ayongnya. Ainie usik2 tangan, muka dan kepala adiknya sambil menjerit2 sbb suka. "alim dah start cebik. Ainie menjerit lagi, 'Alim cebik lagi, n Ainie menjerit lagi kuat(berdesing telinga saya). 'Alim pun menjerit jugak... Menangis.. Saya pujuk 'Alim sambil kata " 'Alim, ayong tu. Ayong main dengan 'Alim, bukan marah 'Alim. Tak mo la nangis, sian Ayong". Nak tau apa reaksi AInie bila 'Alim menangis? Mula2 dia diam, muka terus berubah.... n menangis jugak. Ayahnya pujuk plak Ainie "ayah n ibu tak marah Ainie. Nape Ainie nangis. Ayah n ibu suka Ainie main dengan adik. Adik terkejut jer tu". Lepas dua2nya diam, main semula n turn 'ALim plak buli Ayongnya. Ditariknya rambut ayongnya.
Petangnya plak, Ainie bertambah nakal dan aktif. Minum susu tak nak, makan malam tak nak, sembur air liur, x boleh tgk ibu bg adik susu, main air tak nak stop, nak pakai baju n pampers pun tak nak.
Malam plak, tak nak tido dgn ayah. Nak jugak dgn saya. Saya tgh tidokan 'Alim, Ainie boleh tarik tangan saya, padahal saya tengah tepuk adiknya. Saya buat tak peduli, dia panjat pulak badan saya. Malas nak bagi dia nangis, 'Alim ayahnya tidokan. Kami betukar tempat. Nasib baik dua-dua senang tido malam.
Saya dan ayahnya berkira2, kenapa Ainie nakal sangat hari ni. Fikir punya fikir punya fikir...... Rupanya Ainie 'berambut' baru da... Teringat kata orang tua-tua, budak2 ni, klu lepas potong rambut, perangainya mesti pelik sikit. Aktif lain macam. Bila dua2nya da tido baru la rasa penat sangat2.
"Kalau la badan saya boleh dibelah dua, senang agaknya. Tak yah nak berebut2.. Dua2 boleh ibu layan". Ermmmm.. Dugaan...inikah dugaan untukku (lirik lagu Nora). Kuterima juga. Kadang2 saya tersenyum sendiri mengenangkan perangai dua beradik ni.
:~Di dalam duka ku ceria, di dalam ceria ku berduka~:
Seboleh boleh nya kita cuba memberi layanan dan perhatian yang terbaik untuk anak2 kan..saya pun begitu...selalu diduga begitu..penat tapi bahagia...hmm..ye ke? hi hi...
ReplyDeletedalam diri membiasakan sesuatu yang belum biasa...datang lagi ujian...mengocakkan kembali ketenangan yang baru mahu menjengah...
ReplyDeletenamun apa daya untuk mendahului perancangan...sedang diri masih berpaut...pada suatu hakikat ketentuan...
dalam diri melangkah....menyaksikan betapa bermakna nya suatu kesabaran....betapa bernilai nya hakikat suatu keredhaan....pada kembara ke alam abadi...dalam menuju keredhaan-Nya....
ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...
Wallahu'alam...
hihi.. tu baru 2 Jue, nnt2 3/4 dan seterusnya cam ne ekk?? Saya pun gitu.. kdg2 tension tp bila diaorg dah tido tersenyum sorang2 teringatkan telatah masing2.. Selamat menghadapi kerenah yg tersayang ye...
ReplyDeletemamasoffy & azma : memang pun...tengah melayan x rasa penat tp lepas diorg tido baru terasa dan tgk diorg rasa bahagia plak..
ReplyDeleteinsan kerdil : terima kasih di atas kata2 perangsang tu..
makkin aktif aini..baguslah..ju hari ne opis ada family day kat sunway lagoon.. kalau ju ada akan best
ReplyDelete