Followers

Monday, 6 December 2010

Anak-anak tak sihat

Dah lama tak update blog, cuma ber'blogwalking' jer. Bukan apa, anak2 tak sihat.
Mula2 Ainie, Ainie dah ok 'Alim plak. 'Alim masih tak ok, Ainie selsema semula. Kali ni agak teruk gak sebab dia tidur tak selesa, hidung tersumbat. Kesian dia, bernafas ikut mulut.

Maafkan ibu sayang. Ni semua salah ibu, takbawa Ainie punya 'pam hidung'. Setiap kali selsema Ainie kena guna alat tu sbb tak reti buang hingus. bila alat tu tak de, cam gini le jd nyer. Nasib baik ada minyak yu yi, dapat legakan sikit hidungnya.

Ayahnya dah cuba cari kat Pasar Aceh tadi, tp tak ada jual. Maybe tak jumpa tempatnyer kot. Sian anak ibu. Sabar sayang, esok ibu suruh bibik dgn uncle Nizam g cari kat Farmasi Pasar Aceh. Ermm..sementara nak tunggu samapai esok, alamat kurang tidur la ibu. Tak pe sayang, demimu, ibu rela tidur ibu diganggu asalkan anak2 ibu dapat tidur dengan nyenyaknya.

Esok hb akan g Jakarta. Ada urusan kerja di sana. Tak pasti berapa hari, m b 2 ari dan m b 3 hari. Ermmm...nampaknya tidur ibu akan ditemani anak2 ibu dan bibik jer la. Harap2 anak2 ibu tak banyak ragam nye sayang selama ayah tak ada ni. Ya Allah, Engkau sembuhkan lah anak2 ku dengan segera dan Engkau permudahkan lah segala urusan dan peliharalah suamiku di Jakarta nanti, Amin.

11 comments:

  1. huhu..kat sini pun ramai yang tak sihat Ju..huhu..

    ReplyDelete
  2. ala ciannya 2 beradik tu ..smg cpt sembuh ye..

    ReplyDelete
  3. sabar.. bila anak2 sakit mmg maknyelah yg penat..kalau abah ada sekali boleh bahagi dua penat tuekan??

    ReplyDelete
  4. ina: cuaca x elok sekarang ni.. tu yg ramai x sihat..

    azma: tq..

    ila: ha ah..tu la tu..ibu selalu yg byk berkorban..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. hm,,,semoga aini n alim cpt sht..
    kami sentiasa mendoakan kesejahteraan u all.
    bersabar la my sweet aunty yaw..

    ReplyDelete
  6. jue, semoga ainie cepat sembuh... kami di sini pun tak lega2 lagi batuk. last week siap dmm2. thanks singgah blog kak min. moga terus tabah & kuat..

    ReplyDelete
  7. semoga anak2 cpt sembuh...cuaca kot...

    ReplyDelete
  8. moga cepat sembuh anak2 berdua ni...susah bila takleh nafas tu..mesti meragam.tp oklah juga dia mau di sapu balm.
    jue..masa mandi basahkan kepala.mandi lama2..bg keluar panas.cepat sembuh selsema tu nanti.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. anak-anak beransur pulih.. terima kasih di atas doa kalian...

    ReplyDelete