Followers

Tuesday, 14 December 2010

Penerokaan Si Kecil

Ainie mula meneroka.
Ainie cuba untuk pergi ke dapur (cubaan pertama). Sebelum ini, Ainie tidak pernah untuk ke dapur.
"Wah, anak ibu sudah mula nak menyibukkan diri ke dapur. Lepas ni, seronok la ibu, ada teman untuk memasak dan tolong ibu kemas dapur"


"Ibu, Ayong tak berani la nak ke dapur. Tinggi plak 'bendul' ni. Nanti jap Ayong rehat jap. Ermm.. nanti Ayong cuba lagi yer, bu. Rehat jap, penat la, jalan jauh"
Jarak dari hall nak ke dapur (tempat Ainie skrg) 5 langkah orang dewasa.
"Ibu, Ayong datang semula. Alamak bu, ayong ak dapat nak naikkan kaki Ayong ni. Ayong dah cuba, tak dapat la bu. Ermm...nanti2 la Ayong tolong ibu kat dapur yer. Ayong nak tgk kartun Ninja Hatori. "
Setelah 2 kali mencuba, akhirnya si kecil ni kembali ke tempat asalnya tadi, seolah2 berputus asa.
Oh anakku, jangan la dikau cepat berputus asa, sayang. Teruskan niatmu itu. Jangan toleh lagi kebelakang kerana dikau perlu terus ke depan mengejar kawan-kawan mu yang lain. Ibu n ayah sentiasa ada dibelakang mu, nak.

4 comments:

  1. Tak pe Jue..pasti akan datang lagi kali ke-2, ke-3 dan seterusnya hingga dia berjaya.
    Usaha lagi tau Ainie..

    ReplyDelete
  2. Bila tengok pergerakan ainie ni, saya teringat beginilah perkembangan anak buah saya yang sangat saya sayang..Hanie..dia CP, dr sahkan otak kanan dan kirinya ada bahagian yang tak bersambung. Dia mengesot..lama2 dia berdiri bersandar ke dinding..akhirnya dia berjaya berjalan sendiri pada umur 4 tahun lebih slps adiknya pandai berjalan..insyaAllah Ainie pun boleh..HAnie hanya duduk di rumah dengan ibunya tanpa pergi ke mana2 sekolah. Memang nampak perkembangannya makin cepat lepas dia ada adik..InsyaAllah ainie pun begitu..malah boleh lebih bagus lagi bila ada pendorongnya 'alim...

    ReplyDelete
  3. azma : insya allah..harapnya cam tu la... tq n ok aunty azma..

    mamasofy : iyer...minta2nya ainie pun cam tu juga,Ya Allah..

    ReplyDelete
  4. wow..bestnya ainie dah mula meneroka semua tempat.. :) nanti ajar Nabila yek ainie.. :)

    ReplyDelete