Followers

Tuesday, 23 November 2010

Antara FB & Blog

Dahalu setiap malam bila anak-anak dah tido, dalam kul 9 malam, saya mesti dah ngadap FB. Lepas satu, satu saya member saya check. Lama-lama boring sebab rasa tak dapat apa-apa. Tapi still nak gak ngadap FB. Dah macam ketagih. Selalu gak baca blog Ina dan Put. Memang follow dari dulu. Tgh2 baca tu, terfikir plak nak wat blog gak tapi tak tau nak tulis apa. Sampai la satu ketika tu Ina dan Ila (kawan opis lama) kata, kat blog kita boleh tulis apa aje yang kita fikirkan, pasal anak2, masakan, berita, "APA-APA AJE". Tapi sebelum saya wat blog ni, saya dah wat research (konon2) dulu sebelum terhasilnya blog ni. Saya dah wat perbezaan FB n Blog.

- Kat FB, tak boleh wat luahan perasaan tapi di blog boleh luah apa saje.
- Kat FB kawan-kawan dikalangan member opis atau kenalan lama tapi di blog, kawan-kaawan adalah kawan-kawan baru yang senasib dengan kita.
-Kat FB, bila kita menceritakan mengenai anak, komen-komen biasa-biasa aje. Maksudnya diorang tak dapat memahami atau berkongsi bersama tapi tidak di blog. Di blog segala masalah anak, adalah masalah bersama dan klu boleh sama-sama nak selesaikan bersama.
-Kat FB, bila kita menceritakan mengenai anak, ada yg meminta utk kita menceritakan dari A-Z pasal anak kita tapi di blog ia tidak berlaku sebab kita saling berhubung.
-Kat FB, ada saje nak add kita sebagai kawan. Rupa-rupanya nak masukkan iklan ntah apa2 iklan kat wall kita tapi tidak di blog. Di blog kawan-kawan baru adalah kawan yang menyokong dan sama-sama follow memfollow.
-Kat FB, ada kalanya komen-komen tu menyakitkan hati tapi di blog komen-komennya semua yang membina.
-Kat FB, bahasa-bahasa yang diguna adalakanya memalukan orang tapi di blog ia tidak berlaku.

Ini lah antara perbezaan yang saya sempat research.. Sekarang dah 70% saya tinggalkan FB. Saya still on FB setiap hari untuk update saya nya biz danutk chat dgn kawan. Sekarang masa malam saya, saya habiskan dengan membaca dan memberi komen pada kawan-kawan blogger saya. Dari kawan-kawan blogger la, banyak info yang saya dapat. Banyak yang saya tak tau jadi tau. Boleh dikatakan setiap hari ada sajer cerita yang dapat dikongsi bersama, suka dan duka, tawa dan riang. Walaupun tidak pernah bersua muka, tetapi kemesraan tu tetap ada.

Terima kasih semua kerana sudi menjadi follower blog saya. Terima kasih yang tak terhingga kepada meraka yang telah memberi komen-komen yang membina. Sebelum mengenali kalian, saya rasa dunia saya gelap, saya rasa malu, dan berbagai perasaan lagi. Rupa-rupa masih ada lai insan yang sudi berkongsi perasaan dengan saya. Terima kasih semua. Sayang u all.

6 comments:

  1. di blog..ia merupakan terapi untuk kita meluah rasa.. :)

    Dulu masa ina mula2 berblog..tak ramai yang senasib..dan sekarang ni..ina bangga sebab ramai yang senasib yang cuba menulis dan berkongsi rasa bersama yang lain di luar sana.. :)

    ReplyDelete
  2. Yup..thanks ina :)
    Ju, dulu ayu pun seperti ju.rasa malu, sedih, rasa macam dah xmampu nak hadapi semua ujian ini..hari-hari menangis mengenangkan nasib aisya tp alhamdulillah, dengan berblog/ membaca blog kawan2 yg senasib buat ayu jadi semakin kuat.Sebab dari situ ayu tahu..masih ramai yang senasib dgn kita dan kalau kita susah,di luar sana ada yang lebih susah dari kita.
    Moga kita semua dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menempuhi ujian ini.

    ReplyDelete
  3. yup satu terapi
    kat sini jugak dapat kenalan baru yg akhirnya blh rapat walau tak penah jumpa tau!!

    ReplyDelete
  4. sama la kita..FB saya dah semakin sepi..tapi blog pun agak sepi skit skrg ni cos bila anak2 bercuti, sibuk melayan kerenah anak je.. harap2 dapat berblog aktif cam dulu.. Betul tu, di blog kita dapat banyak maklumat, banyak sokongan dari rakan2 senasib..

    ReplyDelete
  5. pabila saling mengenali...kan terbina jua suatu hubungan...dalam diri saling berkongsi...akan tercipta jua ruang dan peluang...kerana hidup ini saling berkait...terbuka nya minda dan hati pabila saling memberi dan menerima...dalam menuju keredhaan-Nya...

    ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  6. setuju sgt2 dengan u all.. Tq frezzz.. U all la sahabat yg sangat2 memahami. Semoga kita sering berhubung dan tak berhenti memberi sokongan dan info sesama kita. Suka dengan kata2 dari insan kerdil. Salam perkenalan. Sayang u all.

    ReplyDelete