Ayah : Ainie, meh kiss ayah. Meh, cam ni..Ayahnya cium pipi Ainie... Senyum2 Ainie.. Memang suka dicium.. Last2nya Ainie tundukkan muka dia n dahi diletakkan atas muka ayah nya.
Ayah :'Yang, tgk ni, Ainie kiss ayah'.. Ainie lagi sekali'..
Sambil senyum2 n ketawa kecil, aini tundukkan kepalanya lagi sekali. Ini saya lihat sendiri. Ianya tidak berhenti setakat malam tu aje.
Siangnya pulak, dia kiss adiknya. Saya bermain dengan Ainie sambil meriba 'Alim. Ainie berpaling sambil ketawa kecil n bercakap dalam bahasa yg tidak difahami, dia menundukkan kepalanya dan dahinye terkena muka adiknya. Dia punya hepi, bertepuk tangan sambil terbongkok2. Adiknya pun senyum2 tengok gelagat ayongnya.
Mungkin Ainie kata ' ibu, ayong nak cium adik. Adik, ayong cium adik ya. Ayong sayang adik tau(sambil cium). Yeay! Yeay! Yeay!..Ayong cium adik'.
Agaknya itu yang Ainie cakapkan sebelum dan selepas dia cium adiknya. Walaupun Ainie menggunakan dahi, tapi ibu n ayah gembira sangat sayang. Dan adiknya, macam faham keadaan ayongnya, diam aje apa yang dilakukan ayong padanya. Ada masanya adik akan tersenyum n ketawa bila diacan ayongnya.
Petangnya.. 'aboo..aboo..aboo..boo..boo..boo...' bising mulutnya sambil memegang tangan saya.
'Ya, ya, ya sayang.. Ainie panggil ibu ye?'
'Ainie dah pandai panggil ibu, ye?' kata maid.
'Betul ke Tek, dia panggil ibu?'
'Betul la tu, Ju. Tak pe, pelan2. Dah nak mula la tu'
'Alhamdulillah'
Begitu la keadaannya bila saya tgglkan dia bermain seorg n bila saya datang balik padanya. Mungkin katanya, 'yeay3, ibu datang, ibu datang'. Alhamdulillah, Ya Allah.
Dan satu lagi kejadian petang tadi. Selepas bangun dari tido petang, dgn ibunya sekali tido, cam biasa letak Ainie kat depan TV dengan toys nya. Dari pagi memang terperasan yang dia punggah semua toys n cam cari sesuatu. Tak terfikirplak apa yang dicarinya. Bila dah petang, baru la saya tau yang sebenar2nya, dia mencari satu lagi toy kesayanganya, Igor. Saya perasan pun bila dia menangis sambil bergerak hendak ke kerusi. Rupanya dia nampak Igornya kat atas tu. Semalan tghr saya basuh Igor tu, sbb cam dah kotor (suka gigit ekor Igor). Cuaca x berapa panas semalam. Jadinya bila jemur balik ari ni, Igor nya ada bau masam. Ingatkan letak atas kerusi nak basuh semula esok. Bila Ainie dah nangis nak Igor, bagi jer dulu. Esok pagi baru basuh semula.
Dalam hati terus berkata ,'Ya allah, Ainie memang nampak jelas. Subhanallah. Syukur, Ya Allah'. Terus saya teringat peristiwa di klinik di Kemuning. Akan saya ceritakan dientry akan datang.
Banyak sungguh perkembangan positif Ainie sejak kebelakangan ni. Adakah ini kesan dari pengambilan Vitamin Appeton (taurine) n NeuroGain (utk ibu pregnant) yang disarankan Doktor? Atau juga sebab Ainie dah ada kawan (adiknya)?
Semuanya di atas Kehendak dan KekuasaanMu, Ya Allah. Engkau kuatkan lah kakinya jua untuk dia berdiri sendiri dan berjalan seperti kanak2 lain, Ya Allah. Dan Engkau berikan lah keajaiban, Ya Allah. . Aku memohon dariMu jua. Engkau bertuturkan lah anakku. Ya Allah. Engaku teruskan perkembangan demi perkembangan pada anakku Ainie, Ya Allah. Ya Allah, aku hanya insan yang lemah, hanya tahu memohon dan berdoa. Makbulkan doaku Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
wah..bagus ainila.. insya allah nanti dia akan makin baik..perlahan2 ye ju..
ReplyDeleteAlhamdulillah..ainie dah ada banyak perubahan positif.Semoga akan ada lebih perkembangan yang baik dari ainie.
ReplyDeleteaisya pun baru pandai kiss guna dahi dia gak.hihihi..
salam kenal dari aisya utk ainie..muaahhs
Bestnya dia dah pandai kiss
ReplyDeletehehe..sama cam Nabila..aboo..aboo...mcm incik abu lak..hehe..
ReplyDeleteila: tq, ila..insya allah..
ReplyDeleteaisya : muuahh utk aisya dr ainie
ziela : alhamdulillah..
ina : hehehe..x pe ina..tp best,kan? saya tak tau nak kata..senyum memanjang..
salam ahad.. simple je. goreng kangkung bercili, ayam goreng tepung (KFC) & lemak pucuk..hehehe
ReplyDelete