Followers

Monday 7 February 2011

PDK Klang Selatan

Alhamdulillah, Allah telah melapangkan masa untuk kami pergi survey PDK Klang Selatan. Tempatnya memang menarik. Banyak alat-alat terapi kat situ. Penyelianya Puan Rusnah juga sangat ramah dan beliau mempunyai pengalaman selama 20 dalam bidang PDK ini. Tenaga pengajar kat situ pun semuanya ramah-ramah belaka. Saya dan hb telah diberi sedikit taklimat oleh Puan Rosnah. Kat sana dah tersedia jadual harian. Maknaya hari-hari ada aktiviti dilakukan dan di sana juga pada hari Selasa, anak-anak bermain kolam (air). Terdapat juga bilik 'disco', lupa la apa namanya. Saya tak ambil gambar sebab handphone dalam kete. Masa saya datang tu, tak ramai sangat anak-anak sebab esoknya CNY. Lagipun saya datang dah lewat, jam 11 pagi. Tapi senang kata memang selesa dan kawasannya bersih dan teratur. PDK Klang Selatan adalah antara PDK yang terbaik.

Kepada mereka yang hendak hantar anak-anak kat sini perlu sediakan beberapa dokumen. Yang penting perlu pergi JKM Klang untuk mendapakan surat permohonan. Saya hari tu tak tau, so tak daftar lagi Ainie kat situ. Kena pergi JKM dulu. Kena tunggu hb lapang sikit. Lagi perlu ada surat dari doktor (salinan borang OKU), surat beranak dan mykid anak, KP ayah dan ibu. Gambar, rasanya 2 keping. Rasanya itu jer. Oh yer, yuran pendaftaran RM50, duit makan RM30 sebulan. Untuk elaun anak RM150 @ RM300 sebulan, ikut kategori. Bagi melayakkan anak dapat elaun perlu hadirkan diri sebanyak 4 kali dalam sebulan. Ermm...itu jer rasanya. Apa2 maklumat akan saya update kendian yer. 

8 comments:

  1. Jue, thanx for the info.
    Nak tanya.. Bukit Raja dekat dgn PDK mana ye Jue? My hubby beli rumah kat sana & kalau jd hjg tahun pindah sana..(kalau jd la..) So, nak tau jugak kemudahan2 utk anak istimewa ni kat situ.
    Mekasih ye..

    ReplyDelete
  2. Wah..macam seronok jer kalau aisya dapat g PDK camtuh tp saya kerja takut xterkejar lak nak antar dia ke PDK.dengan temujanjinya yang banyak lagi.Huhuhu..jue lupa nak bgtau,apa kata jue selalu bawak ainie g main air kat kolam.elok tuk kuatkan kaki malah banyak fungsinya untuk anggota badan.trylah sebab ayu mmg tetiap mgu bawak aisya g swimming.

    ReplyDelete
  3. Salam Jue.

    TErima kasih share info hal PDK Kelang Selatan. Saya tahu kelang ada banyak PDK. Tapi yang ni beralamat di mana ya? Jue duduk area Kelang ke? Kalau dari Shah Alam dekat tak PDK Kelang Selatan ni?

    Lagi satu.. PDK ni kena ada parents bersama ke setiap sesi atau dia boleh tinggal anak ke di sana? Aktiviti dia seharian atau beberapa jam sahaja?

    Alahai banyak tanya lak haha.. Nanti nak try cari no telefon PDK ni laa.. thanx a lots Jue!

    ReplyDelete
  4. azma : dekat dgn PDK Klang Selatan klu tak silap saya sbb Klang Utara dkt dgn Kapar sana.

    ReplyDelete
  5. ayu : klu ayu nak hantar aisya, sy boleh tgk2 kan sekali. o yer ker. Ermm kat sini susah sikit, tak ada kolam. Kolam yg tiup sendiri tu ada la. tapi x selalu main pun. Tq

    ReplyDelete
  6. Tika : tak salah tanya Tika. Kita share info. saya dduk kat Kemuning Utama,kiranya shah alam. Dekat 40 minit gak la tuk smpai PDK tu. Tapi tu jer yg ada. Parents kena ada sekali bg yg x boleh berdikari lagi. Start dari kul 9 pagi hingga 12 tghr. Tp ada certain parents kul 11.30 dah balik sbb kena ambik anak sekolah plak. Diorg kat sana x kisah. Asalkan anak terdedah utk bersosial. Tika ni no tepon PDK tapi kdg2 tepondiorg ada probelm..03-33719091, Puan Rusnah (Penyelia) 0129021871.

    ReplyDelete
  7. terima kasih banyak Ju share info. Semalam dah taip panjang reply di sini.. ntah mana pergi..hehe.

    PDK tu kiranya tak mengapalah kalau kita tak hantar hari² ek? boleh pilih hari atau ditetapkan? Sabtu dan Ahad dah tentu tak ada kan.. hmmm.. Jenuh juga kalau asyik nak kena bercuti...hmmm. Nak tinggal bibik dgn Aimy.. kang sapa pula nak tunggu kakaknya balik tadika. Tak apa fikir kemudian haha.. Than anyway Jue.. jasa mu dikenang hehe

    ReplyDelete
  8. sama2 tika. seminggu 2 kali pun ok.. sy pun m b 2,3 kali smggu. ni pun x g JKM Klnag pun lagi, m b ainie start bulan 3.. apa2 nanti sy inform, mana tau kot2 aimy boleh tumpang saya ker..

    ReplyDelete