Followers

Thursday 10 February 2011

HaRi PeNuH DenGAN DugaAN

Hari ni adalah hari pertama Ainie buat terapi di PPUM setelah hampir setahun stop. Saya ada g tau puncanye kat sini . Appoitmentnya jam 2.15 petang. Hari ni p g dgn hb sbb hb nak tunjuk tmpat parking sbb dah berubah. Tengah siapkan anak-anak hb call n mengatakan tayar kete pancit n kat workshop. Time tu dah jam 1.15 ptg n katanya insya allah 1.30 ptg sampai sbb workshop dekat dgn rumah jer. 1.30 ptg, tak sampai gak, saya dah gelisah. Anak-anak pun sama sebab dah siap nak jalan. Tunggu punya tunggu jam 2 petang baru hb sampai. Sian hb tak sempat nak makan sebab nak kejar masa. Tanya kenapa lambat, rupa2nya skru satu skru tak boleh masuk. Kena buka semuanya.

Tengah sembang2 tu, saya bertanya kan kat hb ada bawa stroller tak? Rupa-rupanya tak bawa. Dah kelam kabut. Padahal kat pintu rumah jer. Nasib baik la jalan tak berapa jammed. Tapi.... parking plak jammed. Tgk jam dah 2.30 ptg, kete tak park lagi. Last2nya 2.50 ptg baru sampai kat tempat terapi. Ingat Puan Azah tak nak wat dah sebab ada berapa minit jer lagikan? Alhamdulillah, dia kata wat sikit jer sbb nak tunjuk kan saya cara yg betul untuk ajar Ainie kat rumah nanti. Dan apa yg saya wat kat Ainie sama yg Puan Azah tu wat cuma perlu ikut step by step, dgn teratur. Dari duduk nak berdiri n berpaut. Yang saya wat terus berdiri n berpaut. Tak pe katanya boleh teruskan cam saya selalu buat cuma perlu perbykkan lagi sbb Ainie masih jauh ketinggalan. Tak pe Ainie, ibu akan pergiatankan lagi terapi kat rumah dan ibu cuba capai target utk Ainie berdiri sendiri sekurang-kurang dalam tahun ni juga seperti kata Puan Azah tadi. Insya allah, anak ibu boleh buat.

Settle kat fisio kat OT plak. Kat sini Ainie byk bg kerjasama sbb dia rasa lebih enjoy. Kat fisio tadi lebih kepada 'memaksa'. 'Memaksa' utk kebaikan. Kat OT, saya diminta untuk memperbykkan meletak Ainie atas Gym Ball sebab Ainie ada perasaan 'gayat'. Utk bg keseimbangan badannya, exercise ini perlu utk kakinya juga. Sebelum ni, Ainie dah lulus dah seimbangkan badan kat atas GBall tu, tapi..ye lah dah lama tak wat, kan? Salah ibu gak. MAafkan ibu Ainie, ibu tak tau. Dan Ainie diminta utk memegang objek n bertukar-tukar tgn. Dan Ainie gagal gak. Sebelum ni, ujian ni pun Ainie dah lulus. Salah ibu lagi. Adoyyyai, kesian anak ibu... Kalau la ibu alert dari dulu, mesti benda2 cam gini tak terjadi, kan? Ibu leka dan ibu baru tersedar dari mimpi. Tak pe Ainie, lepas ni, kita usaha sama-sama yer, nak.

Setelah selesai ambik date appoitment semua, kami pun bergerak balik. Nak dijadikan citer lif nak ke pariking tak berfungsi. Ya Allah. Bayangkan la nak mendukung Ainie sampai ke tingkat 4 dengan berat yang melebihi 12 kg... Allah jer yang tahu betapa seksanya. Tersemput2 hb utk menyampaikan ke kereta. Dah la dengan tak makannya. Mujur la Ainie dan 'Alim tak meragam. Alhamdulillah..

4 comments:

  1. syukur ke hadrat Ilahi....kerana masih diberikan ruang dan peluang....menikmati hidup bersama yang tersayang...dan yang menyayangi......

    semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan urusan dunia akhirat....buat insan yang teruji dan diuji...dalam menuju redha Ilahi...aminn

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..walaupun pelbagai rintangan namun ainie dapat gak ke terapi kan?Usaha lebih ye sayang.Jue, xper walaupun ainie 'lambat', yang penting jur dan ainie jangan putus asa dan teruskan usaha.ainie can do better.Ibu ayu doakan agar segalanya dipermudahkan buat ainie.

    ReplyDelete
  3. chaiyok ainie n ibu...semoga dipermudahkan segalanya:-)

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua. insya allah, ibu n ainie akan berusaha bersungguh2.

    ReplyDelete