Followers

Monday 8 November 2010

- UruT-

Salam bahagia semua. Saya dah bersiaran dari Malaysia sekarang. Macam DJ radio plak. hehehe...Cuti 2 mggu kat sini. Cam la keje atau belajar jer, bunyinya. Cewah-cewah cam pergi jauh jer, kan? Padahal g negara jiran jer.

Kali ni saya nak bercerita pasal Ainie dah start semula urut. Ermmm.. last Ainie berurut, 5 bulan lepas. Itu pun masa saya dalam pantang. Lepas urut tu byk juga la perubahannya. So, pas tu terus tak urut lagi sebab kat sini susah nak dapat tukang urut. Therapy pun tak p g sebab hb selalu outstation. Ermm, ada PDK dekat pun tak dapat pergi. Pasal PDK ni, akan saya cerita di next post yer.

So, last-lastnyer Ainie jumpa tukang urut yang buat therapy sekali. Tukang urutnya dari negara jiran, Indonesia. Ermm, ada hikmah juga saya ikut hb yang pada mulanya memang tak nak ikut. Alhamdulillah. Ni antara aksi-aksi Ainie bila diurut.



Ini masa mula kakak tu urut, dia diam sbb belum kena part2 yg sakit.


Ni, dah start menangis bila kakak tu urut bahagian bawah ketiak dan tapak kaki. Kakak tu kata tempat yang perlu diutamakan belakang telinga, bawah ketiak dan tapak kaki sebab urat-urat kat situ yang tegang. Klu orang yang kena strok dan tak boleh berjalan pun, bahagian-bahagian itu yang perlu ditekankan, dan insya allah berjalan semula.

Selepas habis atu badan Ainie diurut, kakak ni akan bawa Aainie berjalan ke balkoni utk ambil matahari pagi yang dikatakan elok utk kaki dan saraf Ainie.

Yang ni kakak tu urut lagi belakang telinga Ainie sambil bersembang-sembang dengan Ainie. Dan kakak tu wat therapy kat Ainie, untuk Ainie berlajar melangkah. Alhamdulillah, hari ketiga Ainie dah mula melangkah walaupun 4 langkah sahaja. Kami punya la gembira sampai Ainie pelik tengok kami bersorak. Ibu gembira sayang. Teruskan sayang. Go Ainie go!!!

Jadinya, selama kami di Banca Aceh ni, Ainie akan embunkan kaki seawal jam 7 pagi. Disebabkan kat sini banyak lembu dan kambing biri-biri yang bebas, so saya terpaksa tanam rumput kat depan rumah. Lebih bersih dan selamat.

Jadinya sebelum urut, Ainie akan bejalan atas rumput ni. Ainie akan diurut 2 kali seminggu dan upahnya ikut berapa kita nak bayar. Alhamdulillah sehari sebelum balik Malaysia, Ainie diurut dan ditherapy, Ainie melangkah 10 langkah. Kiranya ada perkembangan, Ainie juga sudah boleh duduk bersila sendiri tanpa bantuan. Sebelum ni, Ainie duduk 'W' sided dan dia akan lunjurkan kaki atau duduk bersimpuh, tetapi sekarang sudah boleh kuarkan kaki dari 'W' sided dan duduk bersila walaupun belum kerap dilakukan. Itu sudah satu perkembangan yang baik.
Ainie juga akan berdiri tegak sekiranya dia disandarkan di kerusi atau dinding, yang sebelum ini akan membongkokkan badan. Dia juga akan melangkah sekiranya didirikan. Kadang-kadang Ainie juga akan menyuap keropok atau biskut sendiri ke mulut walaupun banyak dimain dari makan. Pergerakan Ainie juga makin pantas. Aksi-aksi tu tak sempat nak snap. Lain kali yer.
Alhamdulillah. Ainie semakin menunjukkan perkembangan demi perkembangan. Aku bersyukur padaMu, Ya Allah. Ainie, teruskan sayang. Ibu akan bersama-sama Ainie. Ibu lakukan ini bukan nak bagi Ainie sakit, tapi ibu nak tengok anak ibu yang comel ni, boleh berjalan seperti anak-anak seusiamu yang lain, nak. Terus maju sayang.

6 comments:

  1. bestnya kalau dapat bawak hasif berurut jugak. Selalu baca kawan2 bw anak berurut dgn Kak Raw kat sini. Tapi, jarak yg agak jauh & dengar kawan2 bercerita pelanggan beliau yg terlalu ramai menyebabkan niat saya terbantut..Harap2 suatu hari nanti ada kesempatan macam Ainie..

    ReplyDelete
  2. baguslah kak urutan2 tuh. nanti kalau akak berkesempatan, akak ceritakan macam mana turutan urut belakang telinga, ketiak & kaki tu buleh?(urut kebawah ke, picit2 ker...) nak try kat alisya lah.

    ainie, semoga kamu terus-terusan berjuang dan semakin sehat ye nak! acik ita tumpang gembira!

    ReplyDelete
  3. azma & ita : kat gedangsa mmg x dapat pegi sbb hb selalu keje balik lewat. ok, insya allah k.ju akan ceritakan cam ner sbb kakak tu kata, kita kat rumah pun leh wat sendiri cuma kat belakang badan jer jgm sentuh..next post yer..tq acik ita..alisya pun sama tau...

    ReplyDelete
  4. amboi sedapnya dia berurut.....nabila pun suka kalau diurut tp saya buat sendiri ja kat rumah...ikut suka ja..bukan reti sgt pun.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya tgk ainie diurut.dah lama terpikir nak try kaedah berurut ni pada aisya tp xtau kat mana nak g.saya hanya urut sendiri jer kat rumah selain terapi yang dijalankan di hospital.semoga ainie diberikan kesihatan yang baik dan bertambah baik pencapaiannya.

    ReplyDelete
  6. ieda : x pe kak..asalkan berurut. walaupun sendiri.

    ibu aisya : tq..insya allah.. aisya pun cam tu jugak yer.. masa2 maju..

    ReplyDelete