Followers

Monday 3 October 2011

Ainie & Rawatan Kak Raw

Salam 1Malaysia..

Ainie memulakan rawatan dengan Kak Raw, seminggu selepas hari raya. Sejam setengah gak la dari Shah Alam nak ke Felda Gedangsa tu. Kami bertolak jam 8.30 pagi selepas Ainie makan pagi n sampai sana lebih kurang jam 10.00 pagi. Masa kami sampai tu ada 3 buah kete je. Dalam hati seronok la orang tak ramai. Kami diberitahu ramai yang masih bercuti hari raya. Saya juga telah diberitahu oleh Ina (ibu Nabila) bahawa orang memang terlalu ramai jika hari2 biasa.

Ainie orang ke 4, sambil masa balut tu, hujan tengah hujan lebat, so tak berapa jelas apa yang diterangkan oleh kak Raw. Ainie, jangan tak tau, kuat lagi dia nangis dari bunyi hujan kat luar. Kami membawa 12 bandage, tapi tak cukup sebab tuk baut badan kena bandage yang besar.
Masa ni kepala tak balut lagi sbb x cukup bandage. & masa ni Ainie x sihat


Masa ni dah start nangis sikit2

Dah tertido, masa ni dah penat menangis, Seninnya admit kat DEMC

Ainie telah diminta untuk mandi dengan air rebusan daun pandan. Minggu pertama 35 helai, minggu kedua 25 helai dan minggu ke tiga 15 setiap hari. Kadang2 terputus gak bekalan sbb susah nak cari banyak tu setiap hari n kata kak Raw tak pe teruskan sampai minggu ke tiga. Ikut kata Kak Raw, muka Ainie ada kuning sikit n ada sawan sikit. Kata2 Kak Raw ni pernah juga disuarakan oleh arwah ayah saya sebelum ni. Selepas mandi tak boleh dilap n terus dipakaikan baju. Setiap hari rumah saya berbau sangat wangi dengan bau pandan. Ainie, jangan cakap la, semerbak baunya sampai keesok harinya. 

Minggu kedua rawatan Kak Raw kata, kuningnya dah nampak kurang n tulang kat peha dah rapat sikit. Kali ini Ainie menangis lagi kuat sebab dah sihat, x batuk n selsema. Tenaga pun kuat, sampai nak terjatuh ibu dbuatnya.

Minggu ketiga pun sama. Tapi minggu ketiga ni, saya dan suami dah nampak sedikit perubahan pada Ainie, iaitu Ainie dah ada perasaan cemburu pada adiknya. Satu malam tu, saya menyusukan adiknya n membelakangkan dia, dia boleh tarik baju saya. Selagi saya tak mengadap dia, dia akan tarik sambil menangis. Bila saya berpusing kearah dia, terus diam n peluk tangan saya, tak nak lepas. Dan satu lagi Ainie dah kerap buat perkara cam kat bwah ni.

Ibu tengah bagi makan

Minggu ke empat, Kak Raw kata Ainie dah boleh ditarik tulang. Sepatutnya buat mnggu ke lima nanti, tp disebabkan kak Raw dah nampak perubahan pada Ainie, so step tuk tarik tulang diawalkan. Dan Kak Raw memberitahu pada kami bahawa Ainie perlu dimandikan dengan air masjid sebab ada yang mengganggu Ainie. Kami telah memaklumkan pada Kak Raw bahawa kami pernah mendapatkan rawatan dengan Darul Syifa' n Kak Raw kata benda tu tak habis kaluar lagi. Sebab tu kadang2 Ainie melentik2 dan kami menyiakan sebab ada masa2nya Ainie akan takut bila dibacakan AlFatihah. Jadinya kami kena datang semula malamnya.

Penatnya hanya Allah jer yang tau. Bayangkan kami sampai rumah jam 4.30 ptg, buka balutan Ainie jam 6.30 petang. Siapkan Ainie, n bagi mandi n makan dah jam 7.30 mlm. Sian Ainie, biasanya bila dah buka balutan dia tido tp ari tu kami x bg dia tido sbb dah lambat sampaikan ibu makan pun ala kadar jer. Jam 8.00 malam dah bertolak semuala ke Gedangsa. Sampai jam 9.30 malam. Ya Allah, ramainya org, n nasib baik OKU didahulukan, dan kami ada 4 orang semua. Alhamdulillah, masa mandi je Ainie menangis sbb terkejut kot, sebab kena libas dangan air. Ibunya terkejut, inikan Ainie. Jam 12 tgh malam baru la samapi rumah n kami berempat tido dengan lenanya n sedar2 jam 7.30 pagi. Itu pun AInie yang kejut. Sampai ari ni masih berbai lagi penatnya. Alhamdulillah gak selepas mandi air masjid tu, tido malam Ainie agak lena tidak masa sebelum ni seperi yng saya citer dientry lepas. Dan minggu depannya kena mandi air masjid lagi sekali. Semoga Ainie akan hilang dari gangguan.

Harap2nya Sabtu nanti boleh jumpa dengan rakan2 yang lain. Minggu ni kami akan datang pagi.Pagi pun dalam jam 8.30 kua rumah, sebab sabtu lepas, kami sampai jam 2 petang pun orang ramai.

Harapan saya n suami, semoga dengan rawatan kak Raw ni akan memberi sinar baru pada Ainie. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ya Allah, kami memohon padaMu agar peliharala perjalanan pergi n balik kami dari membuat rawatan Ainie ni dan Engkau redhaila usaha kami ini. AMIN..

* ada lagi perubahan Ainie ari ini. Akan saya citerkan di next entry, dah nak tido...zzzzzzz


3 comments:

  1. huhu..teringat dulu kami..pun sama kena libas dengan air..siap bawak baju spare tido umah kak raw ramai2..huhu..skrg dah tak boleh tido umah kak raw ek?

    ReplyDelete
  2. ha ah ina..baru last week nampak ada org tido kat dalam. mggu nikali ke 3 ainie mandi air masjid. tapi kami wat ari sabtu je, ahad x..

    ReplyDelete
  3. assalam, boleh tak share dgn sy no tel kak raw ni? sy nak bawa anak pergi berubat. boleh sms pada sy atau emel akma@tvalhijrah.com, terima kasih.

    ReplyDelete