Followers

Friday 31 December 2010

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Salam Tahun Baru semua..

Lagi beberapa jam sahaja, tirai 2010 akan berlabuh dan tirai 2011 pula akan diselak. Jika tahun-tahun lepas, saya tak ada azam yang khusus, tapi tahun ni saya mempunyai beberapa azam.

1. Ingin mendekatkan lagi pada Yang Maha Esa dan tidak cuai dalam menunaikan segala perintahNya.

2. Ingin menjadi isteri yang solehah kepada En. Abdul Aala, suami tersayang.

3. Ingin menjadi ibu yang mithali kepada puteri 'Ainun Syafiqah dan Abdul A'lim dalam melayan karenah mereka.

4. Ingin menjadi anak dan menantu yang patuh dan 'bertambah baik'.

5. Ingin meningkatkan lagi usaha dan exercise kepada puteri Ainie dan saya akan cuba usahakan untuk Ainie boleh berjalan pada tahun 2011 berdiri sendiri sekurang2. Insya allah.

6. Tidak akan skip lagi exercise untuk Ainie.

7. Ingin sekali berjumpa dengan ibu-ibu anak syurga ini.

7. Cuba untuk menambahkan tahap kesabaran.

8. Akan cuba untuk memajukan lagi bisnes online dengan menjual pelbagai barang.

Rasanya itu je azam yang akan cuba saya laksanakan. Sebab saya ni tak pernah ada azam pun. So tahun 2011 cuba untuk menunaikan azam2 ini dan semoga dipermudahkan oleh Allah.

Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak syurga ini, sempga kita dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat kita berkhidmat dan terus berusaha untuk kebaikan mereka. Saya juga berharap agar kita dapat berkongsi segala info berkaitan anak2 kita dan dapat mengeratkan lagi perhubungan.

5 comments:

  1. semoga tercapai segala azam dan seperti kata Jue smg kita sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik utk menjaga insan2 istimewa tu..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..ada info kita kongsi2 k.. :) Selamazt Tahun Baru Jue.. Moga segala impian akan tercapai nanti..InsyaAllah..Amin

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru..semoga semua azam n impian tercapai:-)

    ReplyDelete