Followers

Tuesday 19 October 2010

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH....Aku bersyukur padaMu Ya Allah.
Anakku Abdul 'Alim sudah mula meniarap sejak semalam. Asyik2 niarap, pastu nangis minta angkat sebab tak tau pusing balik. Mesti ada yang kata 'apa yang seronok sangat, anak meniarap. Biasa la budak'.
Ya, saya memang seronok sebab anak pertama ku mula meniarap umur 7 bulan. Itu pun kepala tak angkat lagi. Insya allah anakku yang kedua ini akan menjalani kehidupan normal seperti kanak2 lain..

'Alim juga sudah mahu dengan maid yang baru ni (aceh). Syukur sangat-sangat. Dapat la saya membuat exercise kat kakaknya. Ari ni, tak banyak yang kami buat. Saya cuma urut2 kakinya dengan menggunakan krim Nivea. Dia suka sangat.

Dan lagi satu, kakak dan adik sudah mula mahu main bersama. Bila si kakak tepuk tangan, si adik akan mengikik ketawa. Kakak dah tak tampar muka adiknya. Kakak dah pegang baik2 muka dan kepala adiknya. Tapi si adik pula dah mula tarik rambut kakaknya. Kesian si kakak. Tapi kakak senyum jer, tak balas pun.

3 comments:

  1. hehe.. baru nak tanya mana gambarnya.. tak syokla tak de gambar..

    insya-allah kuasa allah dimana2..nanti aini pun boleh berjalan & seperti biasa..lagi2 di indnesia banyak kiai2 yang hebat2 penuh ilmu agama cuba tanyakan mungkin ada cara tradisonal supaya aini dapat menjalani hidup spt kanank2 lain..jangan putus asa ye ju.. ila sentiasa doakan aini sihat spt amana&arif&alim..lorrrrr semua anak kita mula dgn huruf 'A'. anak2 kita mesti boleh dapat stright A

    ReplyDelete
  2. hehehe..insya allah sy upload esok..
    tq ila..dari dulu sampai skrg,ila tak jemu2 bg sokongan kat saya. terharu pulak, huhuhu..tqvm..

    ha ah ila, baru terperasan.. ada chemistry diorg ni...

    ReplyDelete
  3. ila cuba carikan baju mcm tue ye... tapi ila mmg jarang ke shoping complex..lagila sekarang ala2 pinggir bandar..g bandarkalau diorang bawak..masa pun singkat gila

    ReplyDelete