Followers

Tuesday 18 October 2011

Alat Bantuan Ainie

Reverse Walker
Sekarang di rumah setiap pagi jika ada masa kelapangan saya akan wat sedikit exercise utk Ainie. Sepatutnya RW ni digunakan untuk Ainie berjalan kehadapan. Tetapi disebabkan saya tak mampu tuk melakukannya sendiri, saya hanya dirikan dia sahaja sambil menyanyi dan bersembang. Biasanya saya akan memakai dia kasut khas seperti yang di bawah. Alhamdulillah, mula2 Ainie akan kekiri dan kekanan badannya, tp lama kelamanaan, dia sudah boleh berdiri tegak dan lama (Walaupun agak mahal, tetapi rasa berbaloi dgn perkambangannay sekarang). Yang bestnya dia sudah tidak marah lagi. Saya wat ni tak lama, adalah dalam 10-15 minit sebabnya adiknya mengacau. 


Selepas itu saya akan melatih Ainie jalan mengiring, iaitu meniti 4 buah kerusi makan sambil diumpan dengan tasbih yang digantungkan di kerusi. Alhamdulillah, tak marah. Seterusnya saya akan menatihkan dia untuk berdiri dihadapan pintu, biar di berpegang di grill pintu. Aktiviti ni dia agak kurang suka. Dalam bising2 mulutnya nak juga dia melangkahkan kaki. Bila sampai je kat grill terus nak duduk. Saya akan riba sekejap n paksa dia untuk berdiri sambil berpaut. Maranya, jangan nak cakap, tp akan cool semula biasa saya wat berbagai bunyi, dari bunyi burung, kucing, sampai la menggoyangkan grill. Baru la nak bg kerjasama. Saya wat semua tak sampai sejam pun. Tapi lepas tu saya sambung semula dgn aktiviti merangkak, melutut n bangun dari duduk bertinggung. Alhamdulillah, sekarang dah tak susah sangat nak wat semua tu sebab dia dah bg banyak kerjasama. Mungkin dah biasa kot.

DAN ini yang dia dapat dari aktiviti posisi merangkak.


Tapi waktu ni dia dah turunkan badan sebab 'hero malaya' tu sudah block ibunyer hp camera. Dan alhamdulillah sekarang Ainie dah kerap wat posisi ini. Syukur sangat2. "Aku bersujud padaMu Ya Allah. Engkau teruskan perkembangan demi perkembangan pada anak ini. AMIN"
Teruskan Ainie. Ibu sentiasa bersama Ainie.

*Adalagi perkembangan Ainie. Saya akan update bila ada gambar sekali.

3 comments:

  1. Alhamdulillah, byk dah kemajuan aini. Akak bangga dengan jue n hb yg sentiasa berusaha utk kemajuan aini, tak penah putus asa dan sanggup lakukan apa saja utk aini.
    Semoga jue n hb tidak putus harap dan akak juga mendoakan semoga aini dpt berjalan dan berdikari satu masa nanti.... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dah banyak perkembangan baik dari Ainie.Semoga akan ada lebih lagi perkembangan baik selepas ini.Buat jue, jangan patah semangat.Insyaallah, di mana ada usaha...di situ pasti ada hasilnya.

    ReplyDelete
  3. Kak dude n ayu: insya allah dan tme kasih gak sbb u all x putus2 mendoakan kebaikan ainie dan sentiasa memberi saya semangat..thx a lotssss...

    ReplyDelete