Followers

Thursday 27 January 2011

Mengapa Baru Sekarang?

Entry kali ini renteten dari entry Ayu, ibu Aisya. Sedih saya membaca entrynya kali ini. Dan yang membuatkan saya bertambah sedih adalah kisah 1. Seolah2 terkena tepat pada saya. Di mana anaknya tidak diberikan perhatian atau terapi oleh parents nya.

Tiba-tiba saya menjadi sedih dan saya menyalahkan diri saya dengan keadaan Ainie sekarang yang masih belum boleh berjalan. Terus terang saya katakan yg saya sgt2 jeles dengan tahap pencapaian Aisya dan Rayyan. Saya sangat2 cemburu. Bagaiman keadaanmereka semasa lahir hinggalah sekarang yang sangat baik perkembangannya, berbanding dengan Ainie. Ya. Semua tu saya salah saya. Saya telah 'merehatkan' Ainie selama setahun tanpa membawa dia terapi di hospital. Ini semua gara-gara  H1N1 yg mana waktu tu Ainie terlalu mudah dijangkiti selsema dan dinasihatkan agar jgn terlalu dedahkan dengan enviroment yg tidak sihat. Di rumah pun hanya wat yg mana terdaya sahaya kerana waktu tu saya pregnant anak kedua. Kejamkah saya? Ya, saya memang kejam dan tidak memikirkan perkembangan Ainie yang sangat penting di saat umur dia waktu itu. Saya berhenti keje kerana ingin menjaga n membuat terapi utk AInie di hospital dan di rumah, tetapi tidak banyak yangdapat dilakukan dan akibatnya Ainie belum lagi boleh berjalan yang sepatutnya dia sudah boleh berdiri sendiri sekurang-kurangnya. Ya Allah, mengapa begitu tega aku membiarkan anak ku begini. Kejam, aku memang kejam.

Saya tetap menyalahkan diri saya dalam keterlambatan Ainie sekarang. Kenapa? Sebab saya terlalu percaya dan mengharap sangat pada PDK Shah Alam. Dientry yg lepas saya ada menceritakan serba sedikit mengenai PDK tersebut. Selama setahun lebih iaitu selama Ainie tidak keterapi yang mana sebenarnya say aingin menghantar Ainie di sana. Satu kebodohan saya juga agaknya, mengapa saya mengharap dan terus mengharap di PDK Shah Alam. Kenapa saya tidak mencari inisiatif lain? Mengapa? Menyesal sekrang tiada gunanya. Seolah-olah saya seorg ibu yang tidak mementingkan kemajuan anaknya. Maafkan ibu, Ainie. Ibu bingung waktu itu. 

Tetapi, saya bersyukur sangat2 kerana telah menemukan saya dengan anda semua, Family Super Kids. Walaupun kita tidak pernah bertemu tetapi kemesraan tetap terasa. Dengan keprihatian anda semua, berkongsi info dan kata2 semangat yang dihulurkan, sangat berkesan pada saya dan seolah2 anda semua sudah macam saudara sendiri. Cuma saya selalu bertanya, mengapa baru sekarang saya bertemu dengan anda semua? Kenapa tidak di saat saya kebingungan dulu?  Mengapa ? Adakah sudah terlambat untuk saya memberi yang terbaik utk Ainie?  

Tetapi, saya tetap bersyukur pada Yang Berkuasa kerana telah menemukan saya dengan anda semua walau pun sudah agak terlewat. Sekarang, setelah saya berhubung dengan anda semua, semangat saya datang semula. Terima kasih semua. Yana, terima kasih krn telah byk membantu dalam memberi contact PDK Klang. Insya allah saya akan mendaftarkan Ainie di sana. Cuma keadaan yang masih belum mengizikan. Akan ibu usahakan Ainie. Sabar yer sayang. 'Ya Allah, Engkau permudahkan dan berikan kelapangan kepada kami untuk kami mendaftar Ainie di PDK Klang dengan kadar segera. Amin.'

14 comments:

  1. Jue..saya pun sehingga sekarang masih rasa sama mcm Jue...tp nak wat camna kiter manusia ni bukan perfect pun..ada masa kita alpa ...alpa pun bkn sengaja...byk komitmen yg perlu kita lakukan sbg seorg ibu,isteri,pekerja...apapen jgn tunduk dgn perasan negatif itu,bangun & terus bangun utk buat lebih baik dari hari semalam...abaikan kata2 yg negatif..usaha & terus usaha tanpa menoleh ke belakang..insyaAllah semua ujian itu dapat kita tempuh dengan rasa tenang k..apepn Jue beruntung sangat dpt peluang menjaga anak-anak di rumah sendiri jd ambil peluang ini untuk membantu Ainie menjalani terapi setiap hari k...sama-samalah kita berdoa moga anak-anak kita ini dapat hidup berdikari di masa depan...aaaamin..jgn putus asa ye:-)

    ReplyDelete
  2. ju, dah jadi ibu yang terbaik tau.. sanggup berenti keja demi anak2.. ini aturannya percayalah ada hikmah tersembunyi.. cakap memang sennag sbb ju yang lalui tapi ini tanda sokongan ila utk ju yg tak berbelah bagi.. ju BOLEH!!

    ReplyDelete
  3. Amin.
    Salam jue...Sebak rasa baca entry ju nih.Terus terang maaf seandainya entry saya buat jue 'terasa' dan gelisah.Sungguh saya xberniat begitu.Saya faham perasaan jue.Perasaan yang dirasai oleh semua ibu-ibu seperti kita.Saya doakan agar segalanya dipermudahkan buat jue dan ainie.Jue,sementara tgu PDK tuh..sekarang pun dah boleh buat sendiri semua terapi dan stimulasi yang sesuai untuk ainie.Jue beruntung sebab jue xbekerja.Teruskan usaha dan ikhtiar.Cuma perlu yakin, usaha dan doa yang berterusan.Insyaallah ainie juga boleh.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah xterlewat...usaha jgn putus...Ainie akan bertmbh improve...

    ReplyDelete
  5. salam jue..

    insyaalah jue masih belum terlewat ..selagi ada usaha n tidak putus asa tiada yg mustahil dalam dunia nii jue ..kuatkan semangat n yakin pada diri sendiri ...

    ReplyDelete
  6. yana: tula yana saya rasa menyesal sgt.. insya allah, saya tidak akan menoleh kebelakang lagi. mmg skrg sy wat terapi utk ainie tak kira masa.

    ila : tima kasih ila..kata2 semangat dari ila pun dah cukup ila..doa2kan kabikan ainie sekali yer..

    ReplyDelete
  7. ayu : ayu tak perlu minta maaf. Entry tu telah menyedarkan sy yg separuh sedar sbnr.. tq ayu..

    ReplyDelete
  8. zura :tq, zura..insya allah.

    ummmi : wslm ummi. tq..

    * terima kasih semua. kata2 semangat dan doa dari kalian akan saya semat dalam meniti hahari2 menjaga ainie.

    ReplyDelete
  9. jue..better late then never.
    setiap anak punya tahap perkembangan yg berbeza.jgn kecewa.usahalah selagi hayat kita ada dan selalu berdoa moga Dia berikan yg terbaik untuk anak2 kita.hanya Allah yg tahu apa yg terbaik itu.

    ReplyDelete
  10. k.ieda: time kasih kak..insya allah saya akan berusaha selagi terdaya..

    ReplyDelete
  11. betul jue (sikit kekok panggil nama sendiri, hehe), better late than never. marilah sama2 kita berusaha demi anak kita

    ReplyDelete
  12. agak terlewat utk komen tp saya setuju dgn ieda & nuyin2u.. ada insan lain yg lansung terlambat dan dah x boleh nak buat apa2 dah.. so jue sbnrnya sgt2 bertuah..sedar semasa ainie masih kecil lg.. teruskan usaha ya!

    ReplyDelete
  13. Jue
    tak ada istilah terlambat untuk ilmu.. cuma bila dah besar sikit kesabaran kita yang perlu ditingkatkan.

    Jue, PDK Kelang yang mana Jue nak hantar? nak tahu info boleh? Nanti bagitahu ya.. Terima kasih banyak2.

    ReplyDelete
  14. saya dah g survey PDK Klang Selatan..Memang best, penyelianya dah ada pengalaman 20 tahun di PDK. Nanti saya wat entry tentang PDK ni yer..

    ReplyDelete