Followers

Friday 21 January 2011

AiNie LaGi..

Di suatu petang yang terik, hatiku berlagu girang.. "Oh Tuhan, aku bersyukur  padaMu kerana telah menunjuk sedikit demi sedikit perkembangan Ainie. Walaupun ia sekadar menyapu mukanya sendiri, tetapi aku bersyukur sangat dengan kurniaanMu itu. Engkau tunjuki lah lagi perkembangan demi perkembangan dari anak kecil ini. Amin." Tanpa ku sedar airmata ku meleleh membasahi pipi. Telefon segera kucapai n ibu di kampung segera ku ceritakan berita gumbira itu dan disambut dengan syukur oleh ibuku. Terima kasih ibu kerana hanya dirimu sahaja yang memahami diriku.

Cewah2 cam dalam novel pulak. Citernya cam gini. Petang tadi cam biasa kul 5.15 time untuk Ainie bermain air dalam tub mandi adiknya (syer). Mesti semua tertanya2 muat ker Ainie kat dalam tu. Memang tak muat tapi saya suruh dia bersila. Ermm...apalagi, seronok la dia..menepuk air. Saya syampo kan rambut dia. Bila saya bilas n lalukan air kat kepala n air jatuh la ke muka, kan?..nak tau dia wat aper? Dia sapu sendiri muka dia. Sebelum2 ni mmg saya ajar dia wat cam gitu, dan akhirnya dia boleh ikut. Saya punya gembira, saya terus cium dia n tepuk tangan. Dia ketawa n pas tu bila saya ulang semula, dia tak wat dah. Terkejut agaknya tgk ibu dia excited sgt. Sapa yang tak hepi, kan? Hehehe..tak pe sayang, nanti2 wat lagi tau.

4 comments:

  1. Hmm..nampak kecik, tp bagi kita sangattt besar kan Jue.. tetiba turut terharu..

    ReplyDelete
  2. BAGUS AINI..TUNJUKKAN IMPROVEMENT LAGI YE NAK..

    ju nak ajak ju join contest ne pulak

    http://mamasayanakmenang.blogspot.com/2011/01/hrefhttpbabybiey.html

    ReplyDelete
  3. Terharu baca entry nih.Walaupun nampak kecil namun itu satu perkembangan yang baik.
    Bagus ainie..terus usaha lagi ye sayang.Insyaallah..ibu ayu yakin, ainie pasti boleh buat lebih dari itu.

    ReplyDelete