Tiada yang lebih indah dalam hidup ini selain melihat anak-anak ketawa gembira. Pemberian dariMu, tidak akan aku sia-siakan, Insya allah. Aku memohon kekuatan dariMu, Illahi.Tabahkan hatiku.
Followers
Friday, 31 December 2010
Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011
Lagi beberapa jam sahaja, tirai 2010 akan berlabuh dan tirai 2011 pula akan diselak. Jika tahun-tahun lepas, saya tak ada azam yang khusus, tapi tahun ni saya mempunyai beberapa azam.
1. Ingin mendekatkan lagi pada Yang Maha Esa dan tidak cuai dalam menunaikan segala perintahNya.
2. Ingin menjadi isteri yang solehah kepada En. Abdul Aala, suami tersayang.
3. Ingin menjadi ibu yang mithali kepada puteri 'Ainun Syafiqah dan Abdul A'lim dalam melayan karenah mereka.
4. Ingin menjadi anak dan menantu yang patuh dan 'bertambah baik'.
5. Ingin meningkatkan lagi usaha dan exercise kepada puteri Ainie dan saya akan cuba usahakan untuk Ainie boleh berjalan pada tahun 2011 berdiri sendiri sekurang2. Insya allah.
6. Tidak akan skip lagi exercise untuk Ainie.
7. Ingin sekali berjumpa dengan ibu-ibu anak syurga ini.
7. Cuba untuk menambahkan tahap kesabaran.
8. Akan cuba untuk memajukan lagi bisnes online dengan menjual pelbagai barang.
Rasanya itu je azam yang akan cuba saya laksanakan. Sebab saya ni tak pernah ada azam pun. So tahun 2011 cuba untuk menunaikan azam2 ini dan semoga dipermudahkan oleh Allah.
Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak syurga ini, sempga kita dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat kita berkhidmat dan terus berusaha untuk kebaikan mereka. Saya juga berharap agar kita dapat berkongsi segala info berkaitan anak2 kita dan dapat mengeratkan lagi perhubungan.
Saturday, 25 December 2010
AiNiE DiDeRa
Jangan terpengaruh dengan tajuk ye. Sejak balik dari Banda Aceh, saya nekad yang saya akan 'mendera Ainie' dengan beberapa exercise. Kalau sebelum2 ni, kalau wat exercise sikit dia nangis, saya stop. Tapi tidak lagi sekarang. Bukan lama pun, 10-20 minit jer sebelum tido pagi.
Ainie makan pagi roti n telur hancur campur mayonis kul 8 pagi sampai 9 pagi. Kena melayan dia bercakap, tu yang lama tu. Maklum la makan sambil tengok tv. Bila part yang dia suka, sibuk bercerita. Kalau tak layan, ditepuk2nya muka kita. So, layan jer la. Bak kata Fafau, layannn...
Kul 9.30 pagi mandi. Pas mandi urut Ainie dalam 15 minit. Ada belajar sikit2 dari tukang urut kat Aceh ari tu. Dia minta saya tumpukan pada kaki kanan Ainie yang lemah, dan ada ditunjuk beberapa titik penting. Nak syer kat blog pun tak reti nak wat camner.
Bila dah siap bermakeup, siapkan si adik plak. So, maknanya siap dua2nya dalam pukul 10.30 pagi dan sesi mendera pun bermula. Saya mulakan dengan regangan di kaki (bengkok-lurus). Sambil AInie meniarap saya akan gerakkan dia seperti posisi menjulur yang betul. Ok lagi waktu ni. Pastu, tiba la part yang dia tak suka, merangkak. Ini memang dia akan menangisnye.Tapi, alhamdulillah walaupunn marah, tapi Ainie dah bagi kerjasama yang baik. Dia dah mula menggerakkan lututnya walaupun mulut bising marah. Bila dtg malasnya, dia akan melutut. Tak kisahla Ainie, asalkan Ainie ada kemajuan.
Pas tu, posisi bertinggung. Ini yang paling2 dia tak suka. Posisi melutut dikerusi sambil bermain, dia suka sikit. Tapi sekejap je, x samapai 10 minit pun dah nangis. Dan yang paling dia suka adalah sandarkan dia kat kerusi dan lepaskan. Tengokla, seronoknya dia sampai tepuk2 tangan. Siap ketawa menjerit lagi. Alhamdulillah, sekarang agak lama juga Ainie berdiri menyandar. dan yang terakhir adalah melatih Ainie menapak. Memang agak susah sebab dia dah semakin besar.
Semuanya saya lakukan sendiri. Dan akibatnya badan2 akan rasa sengal2. Terutama bahu dan pinggang. Tak apa Ainie, ibu ikhlas melakukannya. Selagi terdaya akan ibu usahakan untuk Ainie, walaupun ibu tak dapat rehat yang cukup. Ditambah pula dengan karenah 'Alim yang manja sesangat. Tak apa. Itu semua dugaan untuk ibu. Ibu akan gunakan tulang empat kerat ibu untuk 'mendera dan mendera' Ainie yer sayang.
p/s: Post tak bergamba sbb wat sendiri2
Wednesday, 22 December 2010
Oh Handphoneku..
Aduh sedihnya...
Sepanjang menggunakan handphone, ni la baru sekali rosak..
Agaknya cam ni la perasaan org bila handphone kesayangannya rosak...
Tuesday, 14 December 2010
Penerokaan Si Kecil

"Ibu, Ayong tak berani la nak ke dapur. Tinggi plak 'bendul' ni. Nanti jap Ayong rehat jap. Ermm.. nanti Ayong cuba lagi yer, bu. Rehat jap, penat la, jalan jauh"
Thursday, 9 December 2010
Ubat CaCiNg
Monday, 6 December 2010
Anak-anak tak sihat

Maafkan ibu sayang. Ni semua salah ibu, takbawa Ainie punya 'pam hidung'. Setiap kali selsema Ainie kena guna alat tu sbb tak reti buang hingus. bila alat tu tak de, cam gini le jd nyer. Nasib baik ada minyak yu yi, dapat legakan sikit hidungnya.
Ayahnya dah cuba cari kat Pasar Aceh tadi, tp tak ada jual. Maybe tak jumpa tempatnyer kot. Sian anak ibu. Sabar sayang, esok ibu suruh bibik dgn uncle Nizam g cari kat Farmasi Pasar Aceh. Ermm..sementara nak tunggu samapai esok, alamat kurang tidur la ibu. Tak pe sayang, demimu, ibu rela tidur ibu diganggu asalkan anak2 ibu dapat tidur dengan nyenyaknya.
Esok hb akan g Jakarta. Ada urusan kerja di sana. Tak pasti berapa hari, m b 2 ari dan m b 3 hari. Ermmm...nampaknya tidur ibu akan ditemani anak2 ibu dan bibik jer la. Harap2 anak2 ibu tak banyak ragam nye sayang selama ayah tak ada ni. Ya Allah, Engkau sembuhkan lah anak2 ku dengan segera dan Engkau permudahkan lah segala urusan dan peliharalah suamiku di Jakarta nanti, Amin.