Followers

Sunday 8 August 2010

ORANG BARU

Dua bulan perkahwinan, aku disahkan pregnant... Happy dapat berita tu. Alhamdulillah, tiada alahan teruk. kiranya semua berjalan dengan baik sekali.. Mengidam? Tak la tereuk2 sangat, cuma tak dapat makan kulat kayu jer..

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hari yang ditunggu pun bakal tiba.Pada 23.2.2007, jam 10.15 mlm, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel seberat 2.2 kg.. Walaupun tidak berpa besar, tp sakit utk melahirkannya Allah jer yg tau. Alhamdulillah, kami namakan bayi tersebut dengan nama 'Ainun Syafiqah (mata yang penyayang).

Sepanjang dalam pantang, syafiqah sangat senang dijaga. Tak banyak ragam. Masa tu aku masih bekerja. Setelah habis berpantang, aku pun mula bekerja n setiap kali bekerja, aku perlu mengapam susu sbb aku berazam utk memberi 'susu badan' pada anak sehingga umurnya 2 tahun. Kita merancang, Allah menentukan.

Baru 3 ari naik kerja, badan ku ditumbuhi dengan bintik merah. Mula2 nampak sebiji, tiba2 bila tgh hari tumbuh lagi 2 biji. Mula2 tak syak apa2, tp bila dah petang sikit, tumbuh pulak di muka. Hb bawa g kinik malam tu, n doktor sahkan 'chicken pox'. Doktor cuma kata x leh dkt dgn bb. Nak bg suntikan pun x boleh sbb bb kecil lagi. So terpaksa la aku bg susu tin. Susu ISOMIL sbb bb alergic dgn susu lembu.

Aku dihantar ke kg boleh suami sbb mak boleh jaga bb. Mmag aku tidak dibenarkan dekat dgn bb. Rindu tu. Tapi utk sementara jer. Bila aku hampir sembuh, lbh kurang seminggu, mak dapati belakang bb ada bintik merah, bila di bawa ke klinik, doc sahkan anak dijangkiti 'chicken pox' gak. So doc bg calamine lotion utk sapu pd badannya. Badannya agak panas sehingga suhu mencecah 38.5 darjah. Aku dan mak cuma pantau suhu badannya dengan letak tuala di bwh ketiak n leher seperti yg disyorka oleh sil. Alhamdulillah suhu turun.

Dua mggu gak la sampai aku ambil cuti tanpa gaji sbb pas tu anak x nak hisap botol. Susah gak nak apply cuti ni...mggu berganti bulan..anakku berumur 6 bulan..berat masih 4 kh lebih.. bulan2 check up kat Klinik Kesihatan Puchong, kita disalahkan. Kononnya bagi susu x betul la, susu yang dipump tu dah tercemar la, itu dan ini. aku juga yg dipersalahkan bila berat anak tidak memuaskan..

Kami mula berasa tidak puas hati apabila disalahkan cam gitu, n kami berpakat utk membawa anak ke hospital private (DEMC). Setelah berjumpa paed n bersoal jawab dgn paed, kami disyorkan utk membuat CT scan pada anak. Paed tidak kata anak bermasalah tapi nak kan kepastian knpa bb berkeadaan sedemikian. Aku dan hb mula rasa risau dan berbelah bahgi n wat ke tak nak. Sebab kosnya terlalu tinggi, anggaran 1k. Setelah berbincang dgn family, akhirnya kami wat CT scan di Sunway MEdical Centre.

Laporan diterima amat mengecekan hati aku sbg seorg ibu. Doc di situ mengatakan anak ku sindrom. Hati masih x puas. Kami terus ke DEMC berjumpa dgn paed. Paed meneliti laporan CT Scan tersebut. Paed tgk muka kami suami isteri. Aku memang hujan dari tadi lagi. Paed bangun n berdiri kat sebelah ku, sambil mengusapa bahuku. Bertambah lebat hujan kat DEMC.

'Puan, puan kena bersabar. Ini dugaan dari Allah. Puan dengar saya cakap baik2. Anak puan bukan Sindrom spt yg doc Sunway cakapkan tu. Tapi otak anak puan ada maslaah sikit. Otak kanannya kecil sikit dari otak kiri. Itu sebab dia lambat. Saya akan refer puan kpd paed kat SJMC pakar saraf. Insya allah puan, bykkan bersabar'..
Luluh hatiku bila paed tu kata cam gitu. Rasa cam tak mampu utk berjalan.. Allah jer yg tau perasaan ku waktu tu..

'Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini berat? Kenapa Engkau jadikan anak ku begini? Anakku lahir normal n tiada apa2 masalah, kenapa Ya Allah? Sekiranya aku pernah buat dosa, hukum la aku, jgn hukum anak aku, Ya Allah.' Aku seolah2 hilang pertimbangan dan menyalahkan takdir.

Mujur ada suami yang menenangkan aku. Airmata asyik keluar jer bila terpandangan anakku yang comel itu. Anakku begini adakah berpunca dari aku? Tidak menjaga nya dgn baik? Tidak makan makanan yang berzat?

Kami telah berjumpa dgn paed di SJMC. Paed juga mengatakan ia m b berpunca dari demam 'chicken pox'. Paed mengatakan anakku mampu utk berjalan tapi mungkin lambat. Bila, paed x dapat menetukan. Ia bergantung kepada dirinya. Aku n hb bersyukur bila dikhabarkan begitu. Sekurang2nya anak ku ada harapan utk berjalan. Insya allah. Kemudian kami diminta membawa anak membuat fisiotherapy kat PPUM.

Kami bersyukur, rupanya anak kami tidak la seteruk kanak2 lain di sana. Ada lagi yang lebih teruk dari anak kami yang menjalankan fisio di PPUM. Hatiku sebagai ibu tersentuh pada mula2 anakku menjalankan fisio tersebut. Aku tak sangka anakku akan berkeadaan sedemikian. Hatiku bertambah pedih, bila dia mula menangis. Mungkin dia berkata, 'ibu, kenapa diorg wat saya cam ni.. saya tak nak ibu..'. Ibu pun tak nak sayang diperlakukan begitu, tp sayang itu utk kebaikan sayang juga. Ibu dan ayah sayang kat aini. Ibu dan ayah sanggup wat apa aje untukmu sayang.

Anakku dijaga oleh ibu mertuaku. Akhirnya kami berpakat dan aku berhenti kerja semata utk menjaga anakku. Dan ditambah pula tempat ku bekrja kurang memahami keadaanku. Biar lah..Rezki ada dimana-mana. Dan tak sia2 aku berhenti kerja, apabila baru 2 minggu anakku telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik setiap kali p g fisio. Ada ajer benda baru dibuatnya. Dan menambah gembirakan kami bila beratnya naik 1 kg dlm masa sebulan yg sebelum ini hanya naik dalam 200 ke 500 sahaja. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah.

Pada bulan June sebelum aku berhenti, Wartawan dari majalah PA & Ma ada menelefon utk menginterview aku n anakku. Wah anakku glamor, kua kat majalah Pa & Ma, Keluarga n Mingguan wanita.



Bukan aku berbangga anakku masuk dalam majalah, tapi aku ingin beri kesedaran pada diri aku sendiri dan ibu2 diluar sana. Jangan jadi seperti ku yang pada awalnya sangat malu ada anakku istimewa macam tu. Mereka bukan minta dijadikan begitu, tp itu semua takdir dari Allah untuk menguji kita. 'Allah tak akan menguji hambanya, sekiranya hambanya itu tidak mampu'. Kita adalah hamba pilihanNya. Antara aksi2 anakku sayang.





Sudah 3 tahun 6 bulan umurnya sekarang. Cepat berjalan yer sayang. Ibu dan ayah sayang kat ainie.. MUUUAAAHHHHH..

4 comments:

  1. ehhhhh ada ke majalah keluarga & minggguan?
    ila dapat beli yang ma&pa je

    ReplyDelete
  2. hehehe..ada..lebih kurang sama jer citernyer..lupa nak upload sekali..

    ReplyDelete
  3. bertuah ainie dpt mama yg menyayanginya sepenuh hati. semoga tabah menghadapai dugaannye ye kak :)

    ReplyDelete
  4. Salaam Puan, Kami doakan keluarga Puan sentiasa di rahmati oleh Allah. amin

    ReplyDelete