Followers

Tuesday, 23 February 2016

23hb Feb 2016 - genap 9 tahun

Hari ni 23hb feb 2016, genap sudah anak ibu meningkat usia ke 9 tahun.
Besar sudah anak ibu ini.
Harapan ayah dan ibu hanya semoga dikau dikurniakan kesihatan yg baik, pulih seperti kanak2 seusia mu, boleh berjalan, berlari, bercakap, berkawan...
Ayah dan ibu akan menanti saat2 itu sayang..
Walaupun kadang2 tahap kesabaran ibu teruji dan diuji oleh mu, percaya lah, ibu sgt sayang kat ayong..
Ibu tak tahu apa mahu mu..
Semua telah ibu lakukan, buka tv, buka ipad-kartun kegemaranmu, semuanya ditolak.
Dan ibu biarkan mu menangis seorg diri.
Sebab jika ibu tunggu, takut kesabaran ibu akan hilang..
Apa2 pun percayalah, sayang ibu pada mu mengatasi segala2nya.
Petang ni ayah dan ibu beli kek utk auong dan kita celebrate kat rumah mak cik eja, bersama2 cik ana dan opah
Alhamdulillah, ayong dah tak takut dengan api, tetapi masih belum dpt meniup lilin.
Tak apa, adik boleh tiup kan... hehe

  


No comments:

Post a Comment