Followers

Wednesday 4 January 2012

Pendaftaran Ainie di PDK Ijok

Salam 1Malaysia..

Hari ni semua ibu bapa g daftar anak tuk ke Tadika n sekolah Tahun 1. Sekiranya Ainie sihat seperti kanak2 lain, tentunya saya n ayahnya antara yang tersibuk untuk pendaftaran si anak. Tapi apakan daya, takdir Allah mengatasi segalanya.

Walaupun kami tak dapat merasai kesibukan mendaftarkan Ainie ke Tadika, tetapi tetap merasai mendaftarkan Ainie ke sekolah gak, PDK Ijok. Alhamdulillah, sangat menarik PDK Ijok berbanding dua PDK yang telah saya pergi. Bukan nak kata yang lain2 tak elok tetapi yang ini lebih menarik hati kami, rasa bersyukur sgt bila dah pindah ke Ijok. Kenapa saya kata menarik?

1. Ainie cuma pergi kelas hari Khamis n Jumaat sahaja. Sebab hanya budak2 yang belum boleh berjalan sahaja kerana perlu ikuti kelas terapi yg hanya ada pd hari Kamis n Jumaat.

2. Therapist akan datang pada minggu pertama n minggu ketiga setiap bulan. So klu kat sini dah ok, tak yah g ulang laik ke PPUM dah. Jauh tu...hehehehe..

3. Kawasan yang sangat selesa, luas.

4. Penyelia, Pn Rokiah yang sangat mementingkan kabajikan pelatih.

5. Cikgu2 akan mengajar (terapi) bersama2 dgn parent. Tidak seperti di setengah tempat, parent yg wat sendiri tuk anak mereka.

6. Yang membuatkan kami berpuasa hati, pelatih ada seramai 52 org. Tetapi tak semua datang serentak sbb penyelia Pn. Rokiah dah wat jadual supaya PDK tidak padat dengan pelatih. N kawan2 Ainie nanti ada seramai 8 orang je, so blh diorg bg tumpuan kat pelatih2 yg perlu terapi.

Wat masa ni, ni je yang saya baru nampak. Sok adalah ari pertama Ainie g 'sekolah'. hehehehe.. Nak juga perkataan 'sekolah' tu.

5 comments:

  1. semoga aini seronok kat situ.. ju sory sesangat tak hadir. ila pg umah mak.

    ReplyDelete
  2. hehehe..mmg ainie sronok sgt, ramai member. x pe ila.. lenkali leh dtg..

    ReplyDelete
  3. salam k.jue (ntah2 sebaya)wan pun teringin nk daftar hasif ke PDK tp tak berkesempatan lg,skrg ni dia ke taska.Naktnya,berapa umur start blh daftar ke PDK?

    ReplyDelete
  4. wasalam..umur saya 34 tahun. dari umur baru lahir boleh daftar dengan PDK. cuma perlu ada kad OKU, n kena dapatkan surat dari JKM nak daftarkan anak kat PDK mane. tu je

    ReplyDelete
  5. k.jue (wan 30thn),thanks for the info...oo,klu gtu,blh la dftar hasif ke PDK nnti ;)mesti ainie suka buat aktiviti ni..

    ReplyDelete