Followers

Thursday, 15 September 2011

SeLaMaT HaRi RaYa

Salam 1Malaysia..

Lama sudah saya tidak megupdate blog. Bukan tak ada cerita yg mahu diceritakan, tapi saya dah x pandai utk menyusun ayat supaya sedap bunyinya. Maklum la dah lama meninggalkan bidang penulisan. Ok, saya akan mencerita secara ringkas perkembangan Aini yang terkini.

Pada bulam Ramadhan yang lepas merupakan bulan yang sangat menggembirakan kami sekeluarga. Banyak perkambangan yang Ainie tunjukkan. Ianya tidak la besar. Kecik2 jer. Contohnya jika sebelum ni Ainie tak nak bangun melutut sendiri di meja, KINI dia telah mula menunjukkan kemahuannya dan telah melakukannya di depan therapistnya n therapistnya sesangat la hepinya (sy ada syer kat FB). Jika sebelum ni dia akan buat dalam bilik air jer, kat baldi besar. Sekiraya dulu di PPUM dia tak nak berdiri (tanpa dipegang) di tangga kayu (apa ntahnya) KINI dia dah mula ada keyakinan bila dilepaskan. Ni pun therapistnya hepi. Sekiranya dulu Ainie amat susah utk menggenggamkan tangan KINI dia sudah mula menggenggamkan tangan (berpaut). Sekiranya dulu Ainie hanya duduk di kerusi makannya sahaja bila tiba time makan KINI Ainie sudah mula bangun utk berdiri walaupun separuh jer (sebab terhalang dengan tray). Walaupun sekali dua jer dalam sehari dia wat, tapi saya tetap rasa berbangga dengan perkembangan yang Ainie tunjukkan.

Dan yang terkini Ainie baru jer discharge dari DEMC, ari Rabu lepas. Citer cam gini..... Nak dijadikan sebab raya ari tu, saya cuti lama kat kg ( 5 ari 4 malam). Tak ada apa yang berlaku. Cuma kami asyik keluar berjalan, ye la, namanya pun raya kan. Cuaca gak panas la jugak. Tapi tak de kami berjjemur. So balik sini ari Ahad pagi. Petang tu dah nampak 'Alim nak selsema, asyik bersin jer. Ainie ok lagi. So esoknya 'Alim dah selsema n tengharinya Ainie plak selsema. So, saya pun bg la balance ubat yang ada. Ari Rabu plak diorg dua beradik dah start batuk2. Ari Kamis g kinik, tp doc lambat masuk n dah nak mahgrib, kami ambik ubat jer tanpa jumpa doc. Ari Sabtu plak bawa Ainie g rawatan Kak Raw. Start dari petang lepas rawatan tu, Ainie nampak lembik jer. Batuk makin kuat n bila bg ubat kahak kua byk sgt. N dari ari sabtu sampai ahad, Ainie x nak makan. Macam2 bg x nak. Ari Senin bawa Ainie g DEMC tempat rawatan dia sebelum ni (2 tahun lepas). Sekali paed check, kahak dah byk sgt kena neb setiap 3 jam n perlu diawasi, so admit la 3 ari 2 malam.

Masa jumpa paed Ainie tempoh ari, rata2 ibu bapa bawa anak2 diorg batuk n selsema. Dari bb hingga yang sudah bersekolah. Apala agaknya puncanya, kan? Klu nak dikatakan lama kat kg, kotor persekitaran, so budak2 tu pun agaknya balik kg n kg diorg pun x bersih kot. Klu nak kata saya jaga tak betul, tak bersih, agaknya ibu bapa diorg pun jaga x betuk kot, tak bersih. Klu nak katakan badan byk kuman, agaknya badan anak2 diorg pun byk kuman kot. Ntah la. Saya dah jaga anak2 saya sebaik yang mungkin. Tapi klu ditakdirkan diorg sakit, saya hanya menerima qada' dan qadar dari Allah yang sentiasa menguji hamba-hambanya.

Ni saya selitkan sekeping gamba raya kami sekeluarga.

SeLaMaT HaRi RaYa
MaaF ZaHiR & BaTiN

2 comments:

  1. salam aidilfitri jue n family ...
    musim kot mmg ramai skrg batuk selsema nii ...

    ReplyDelete
  2. sebaik mana pun kita jaga kalau Allah nak duga , sakit tue akan datang jugak. Betul tak? Kadang-kadang sakit ne nak menguji kesabaran ibubapa anak-anak.. Reda dan sama-samalah cari jalan penyelesaian betul kan ju?

    ReplyDelete