Followers

Wednesday, 28 September 2011

Dugaan Lagi...

Salam 1Malaysia...

Awal bulan Sept, lepas raya Ainie dimasukkan ke wad di DEMC. Semuanya gara batuk berkahak. 3 hari 2 malam gak la kami berkhemah kat sana. Alhamdulillah dah pulih sepenuhnya.

Tengah  tengok Tv

Dan Aini juga telah memulakan rawatan dengan kak Raw seminggu sblm admitted tempoh ari, dan dah 3 kali pegi. Nak dijadikan cerita selepas rawatan yang ke 2 dan dalam proses mandi daun pandan (35 helai sehari - smggu) setiap malam Aini akan bangun n merengek2 dan akan membawa kepada tangisan yg syahdu. yang tak tahannya kakinya akan menendang2 ayah atau ibunya. Tak tau apa yang silap. Setiap kali bangun tu saya akan urut kaki dan badannya dgn minyak. Tetap sama. Bila dah penat menangis (sejam lbh krg) akan tido semula. Begitu la setiap malam shgga ari ni dan bukan sekali, kdg2 2, 3 kali satu malam.

Tak tau kenapa. Kadang-kadang membuat kan ayah dan ibu hilang sabar, dilepuk juga punggungnya. Sebab semua dah dibuat ak juga menjadi. Diurut kaki dan tangan, dipeluk, dibacakan alfatihah, ayatul kursi, 3 qul, zikir, semua dah. Tapi tetap sama. Marah, kesian semua ada. Anak, anak, apa la puncanya dikau menangis begini. Andai la ibu dan ayah tau.

Adakah badan terasa lenguh2 sebab balutan bandage tu?
Adakah badan rasa berbisa-bisa?
Adakah badan tak selesa sebab mandi dengan air daun pandan? (lepas mandi x leh lap)
Adakah sebenarnyanya Ainie ingin bermanja?
Issshhhh.... fening ibu memikirkannya. Kadang-kadang rasa trauma bila malam menjelma.

Ya Allah, Engkau lindungi lah anak ini dari perkara-perkara yang tidak diingini, berikanla kekuatan kepada dia dan kami jua untuk mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan, kuatkan semangat dia untuk memajukan dirinya sendiri. Tabahkan hati kami untuk menghadapinya, hentikan tangisannya pada setiap malam, berikan kesihatan kepada dia, tolong lah kami, Ya Allah. Kami dah tak sanggup lagi mendengar tangisan setiap malam kerana kami tidak tau apa punca. Kepada Mu, kami berserah. Amin Ya Rabbal Ngalamin.

2 comments:

  1. Sian ainie..sian jue jugak..sabar ye..
    Nape kena mandi ngan daun pandan ye? baru2 ni kawan pegi sana pun camtu jugak. Saya je la ntah bila dapat ke sana agaknya.. Harap2 berpeluangla satu hari nnt..

    ReplyDelete
  2. Sukarnya membaca hati mereka kan?Kalaulah mereka boleh menerangkan apa yang mereka rasai.Itulah juga yang sering saya rasakan ju.Sayu hati membacanya.Sabar banyak2 ye ju.Insyaallah, semoga ainie dah xtantrum lagi.

    ReplyDelete