Kali ni saya nak bercerita sikit mengenai dua beradik ni yang bagai tak boleh dipisahkan. Di mana ada Ayong, di situ ada adik. Tapi tak pulak di mana adik di situ ada Ayong. Yang sebenarnya adik yang jeles dengan ayong nye. Pantang tengok ayong nyer pegang apa pun, pasti dia nak jugak. Kalau ayong dengan ibu lagi la, menangis terus. Dipanjat nya badan ayongnya, nak duduk dekat riba ibu, tak bagi ayong. Yang ayongnya pulak tak heran sangat kalau adik dengan ibu, tapi kalau dibiarkan dia main sorang-sorang tak dilayan, menangis la dia. Bila ibu datang dekat n tanya kenapa, terus baring atas riba ibu. Yang adiknya tengok jer. Mungkin dia kata 'yeay, alim dah menang, ibu dukung alim'. Kadang-kadang kelakar ada, nak marah pun ada. Ermm...anak-anak. Masing-masing nak meraih simpati ibu. Ibu sayangkan anak-anak ibu. Baik ayong mahupun 'alim. Korang la permata dan pengarang jantung ibu.
* mari kita saksikan aksi-aksi dua beradik ni.
adiknya pun sibuk nak tolak buai
tgh berebut. adik pancung depan, ayong pancung atas.
ibu tengah pakaikan baju tido ayong, adik sibuk panjat ayong
selagi daya nak kesebelah kanan ibu pulak. yang ayongnya lagi kuat menyandar kat ibu
'Alim saje je tu.. dia jeles kat ayong tu sbnrnya... :)
ReplyDelete"Air dicincang xakan putus."
ReplyDeleteSeronok kan tengok telatah anak-anak.Hilang penat selepas bekerja bila tengok ragam anak-anak nih.
Kiss untuk ainie dan 'alim
pabila apa yang dirasa itu serupa....apa yang dipandang itu sama....seringnya akan terbenih la kefahaman....menumbuhkan keserasian...
ReplyDeletedalam lengkap melengkapi...hadirnya bahagia pabila saling memberi dan menerima....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
amboi adiknya....kecik2 dah pandai menyakat ayong...
ReplyDeleteadik beradik mcm tulah....gaduh2 pn kejap jer...cincang air x putus...hrp Alim n Ainie saling melengkapi antara 1 sama lain k...comeinyer 2 beradik nie...siap berebut tolak buaian lagi..hehehe
ReplyDelete