Salam semua..
Mood minggu ni, tak berapa nak ada. Semuanya gara-gara kegagalan berurusan dengan pegawai JKM untuk dapatkan surat permohonan kemasukan Ainie di PDK Klang Selatan. Pegawai tersebut cuti, staff yang bertugas pulak kata, nak masuk PDK, mana ada surat. Masuk je la. Dan bila call penyelia PDK tak angkat la plak. Padahal hb dah kat sana. Last2nya balik dgn tangan kosong. Dan petang tu saya call semual penyelia PDK Klang Selatan n dia ternyata terkejut bila dimaklumkan masuk PDK tak perlu surat permohonan. Jika 7 tahun dulu yer, katanya. Surat itu perlu sekiranya berlaku apa-apa masalah dan proses pembayaran elaun. Ia akan lebih mudah. Adoi fening kepala. Sehingga la kehari ini saya call pegawai PDK semua tak ada, terlibat dengan perbarisan la pulak.
Adakah ini memberi pertanda bahwa saya tak perlu hantar ke PDK Klang Selatan. Bukan apa setelah kami g ke PDK tersebut, memang kami sangat teruja untuk menghantar Ainie ke sana. Tetapi bila urusan pertama di JKM gagal, dan hb pergi waktu bekerja, terus hb bertukar fikiran utk tidak menghantar Ainie ke sana. Bukan apa., hb tak berapa yakin melepaskan kami 3 beranak ke sana sendirian. Ini kerana keadaan kenderaan yg banyak terutama sekali lori n traler. Hb riasukan keselamatan kami dan lagipun saya tidak pernah drive seorang diri dngan anak-anak di jalan begitu. Tetapi setelah kami berbincang semula, kami tetap akan menghantar Ainie ke sana tetapi dengan syarat. Syaratnya adalah bila saya lulus 'driving' esok. Semua Allah permudahkan segala urusan. Amin
No comments:
Post a Comment