9 bulan lepas bila disahkan pregnant dgn ujian UPT yg buat dirumah amat menggembirakan. Sbb mmg niat nak tambah lagi zuriat, tidak kora boy or gurl. Asalkan sihat semuanya.
Alahan yg ni agak teruk berbanding 1st n 2nd. Sampai tak boleh bau minyak gorengan atau apa2 bau. Nak tak nak kena gak masak, kalau tak anak2 nak makan apa.. beli kat kedai, ermmmm.... mmg bukan kebiasaan.
Hari2 yg dilalui penuh dgn cabaran. Dengan badan yg semakin berat dan dgn keadaan ayo g yg masih belum berdiri dan berjalan sendiri... Semua ditempuhi dgn tenang, walau kadang2 terdetik rasa di hati yg pelbagai rasa dan kesedihan yg teramat.
Bila kandungan memasuki ke 7 bulan, ainie tidak lagi dihantar ke PDK. Dengan berat bdan yg menghampiri 29kg, mana mungkin utk ku mengangkatnye lagi. Tetapi di rumah, nak tak nak kena juga angakt utk mandikan dia, basuh beraknya, makan pakainye tetap kena uruskan. Walau sebenarnya badan mmg tak berdaya. Tetapi kukuatkan semangat.
Setiap malam, badan semua rasa sakit2. Kaki, tangan semua rasa lenguh2. Pinggang jangan la cakap, rasa macam nak tertanggal. Tidur malam sering terjaga, sbb badan rasa lenguh2. Walau sudah disapu minyak sblm tido.
~~~Kadang2 bila terjaga ditengah malam akibat badan yg tak selesa, ku akan menangis dan memikirkan dugaan yg ku tanggungi. Hati sering berkata, kenapa dugaan yg begitu berat terpaksa ku tanggung? Kenapa aku? Aku tak mampu menanggungnya? Sampai bila anak ku akan berkeadaan begitu? Kenapa aku dan dia yg dipilih utk semua ni... kenapa?? Kadang2 terfikir, alangkah seronok jika dpt merehatkan badan di spa, bercuti di pulau2 yg indah.. tetapi bila sedar semula, terus teringatkan ainie. ALLAHUAKBAR.... ada hikmak disebalik semua dugaan mu buat kami.
Ya Allah... kuatkan semangat ku. Hanya pada Mu aku memouon kekitana utk menangani semua dugaan ini.~~~
Dengan kandungan yg semakin besar. Tmbhn pula skrg sudah memasuki mggu ke 37. Kiranya tggu masa utk bersalin.
Semoga ku masih di beri kekuatan utk menguruskan anak syurgaku shgga tiba masa ku bersalin nanti.